Mengenai sabda Nabi tentang negeri Samudera itu sahih atau tidak, saya pun tak berani nak confirm. Yang pasti, ia memang ada dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang dikarang oleh Tun Sri Lanang, Bendahara Johor pada abad ke 17. Tun Sri Lanang dan kerabat diraja Johor pernah ditawan ke Aceh pada zaman pemerintahan Raja Aceh Sultan Iskandar Muda (mangkat 1636 Masihi) lalu pernah dilantik menjadi pembesar bertaraf raja di Semerlanga Aceh. Sultan Johor ketika itu, Sultan Alauddin Riayat Shah III pula telah dihukum bunuh di Aceh tahun 1615 kerana bersubahat dengan penjajah Barat.
Refer to Jejak Rasul 11 yang ditayangkan di TV3 Ramadhan lalu tentang kehadiran Tun Sri Lanang di Aceh, seorang Bendahara Johor yang terpelajar. Maka itu hadis atau sabda ini bukannya baru muncul tetapi sudah lama terdapat di dunia Melayu. Cuma mungkin ramai yang tidak teliti lalu tak perasan pun ianya ada di depan mata. Refer balik kepada posting pertama saya dalam thread ini.
Kedua-dua kitab ini telah dirumikan dan pernah menjadi bahan text sastera wajib untuk pelajar Tingkatan Enam sekolah-sekolah Malaysia sehingga hujung tahun 80an. Jadi jika sabda Nabi mengenai Samudera di dalam adalah palsu semata-mata, kenapa dibiarkan dalam buku text yang boleh dibaca berjuta-juta umat Islam di Malaysia selama beberapa dekad?
Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu edisi rumi terbaru juga telah dibukukan kembali oleh Yayasan Karyawan juga Dewan Bahasa dan Pustaka, boleh didapati di kedai-kedai buku besar seperti Books Kinokuniya dan Bordes. Jadi pada siapa yang sangsi, silalah cari kitab-kitab ini dan baca dengan teliti.
Di sini biar saya beri sedikit latar-belakang kemunculan Islam di Aceh seperti yang diakui para sejarawan peringkat sarjana kemudian cerita-cerita lama dari mulut orang tua-tua dan sumber-sumber tertentu untuk renungan para forumers. Semoga kita semakin faham kenapa panji-panji hitam akan muncul dari Timur. Insya'allah

No comments:
Post a Comment