Wednesday, 24 September 2014

MerahSilu11

asa di alam Lahut. Tidak boleh seorang yang ditakdirkan memainkan peranan Captain mengaku General pasukan... Masing-masing ada tempat yang sesuai mengikut kemampuan yang akan diisyaratkan secara IKHLAS ke hati nurani yang terdalam.
Macam ni lah... Bayangkan seorang raja yang betul-betul berdaulat, yang sudah fana' kemudian baqa' dalam peranan khalifah negerinya yang bersifat zilullah fil'alam.
Sekarang bayangkan, raja ini ada empat bini dan entah berapa orang gundik. Katakan dia ada 20 orang anak lelaki... Maka setiap anak boleh membuktikan dia adalah anak raja yang berdaulat. Tetapi adakah ini bermakna setiap anak layak menjadi pengganti dan raja yang benar-benar zilullah fil'alam? Tentu tidak... Cuma seorang sahaja yang layak. Dan raja yang bernar-benar zilullah fil'alam dapat mengenali anak yang paling layak... Kerana mengikut syarat-syarat yang dikemukakan dalam kitab-kitab lama, seorang raja mestilah SEKURANG_KURANGNYA memiliki ilmu firasat, jenis yang tidak boleh diajar atau belajar tetapi melalui kelebihan zat berdaulat yang sentiasa hidup dengan zikir daim yang mengalir di dalam tubuhnya.
Tetapi masalahnya, selalu terjadi di mana setiap 20 orang anak itu mengaku dia lah orang paling layak menjadi raja. Sekarang bayangkan jika tiap-tiap 20 orang anak itu masing-masing memiliki 20 orang anak. Maka raja yang berdaulat itu telah memiliki 400 orang cucu yang masing-masing sahih berketurunan seorang raja yang telah mencapai martabat pemerintahan zilullah fil'alam. Tetapi lagi sekali cuma satu dari 400 yang benar-benar mewarisi zat berdaulat tertinggi datuknya. Yang lain jatuh sikit, mungkin layak menjadi raja dalam wilayah jajahan takluk datuknya atau raja bendahara, temenggung dan sebagainya.
Fahamilah ini...
Sekali lagi, sering terjadi anak-anak gila kuasa yang mahu menjadi raja kerana mahu menjadi orang paling berkuasa yang disembah dan ditakuti, lupa bahawa seorang raja bertanggungjawab untuk menaungi rakyat dan negara melalui limpahan daulat yang mengalir dari peribadi dan tubuh-badannya. Maka dalam kes ini, selalunya anak raja pewaris yang benar-benar berdaulat seringkali mengalah kerana kelembutan hati bertunjangkan Tasawuf serta sifat kasih-sayang kemanusiaan yang tidak rela rakyatnya mati sengsara bertumpah-darah kerana masalah takhta semata-mata.
Maka beliau dengan rela menyerahkan takhta kepada adinda, asalkan rakyat bahagia, negara terpelihara itu sahaja. Seringkali dalam hal ini, pewaris sebenar akan meninggalkan istana dan tanah-airnya untuk menjalani kehidupan zuhud dan mendekat diri kepada Allah... Fahamilah ini... Maka zuriat yang berdaulat masih hidup tetapi seringkali tersembunyi di kalangan rakyat kebanyakan, sedia melupakan istana buat selama-lamanya, bangkit cuma apabila kezaliman berleluasa terlalu teruk sehingga tidak dapat ditangani pihak-pihak yang sepatutnya memikul amanah keluarga.
Berbalik kepada persoalan saudara Belagak, tentang peranan keturunan Saidina Husin. Ini sudah tidak perlu diperbesar-besarkan lagi kerana sangat nyata. Banyak keturunan Saidina Husin boleh di trace melalui gelaran Sayyid, Sharifah, (tolak Sayid malam Jumaat dan Sharifah celup), Wan, Nik, Tuan, Engku juga ada yang berkahwin dengan puteri istana dan memakai gelaran Raja. Malah kebanyakan buku tentang Ahlul Bait juga sejarah kedatangan Islam menyerlahkan peranan jurai Saidina Hussin terutama Ba'Alawi dari Hadramaut sebagai peneraju utama syiar Islam di bumi Timur ini.
Jadi ini tidak ada masalah, memang terang peranan mereka.
Masalahnyaeturunan Saidinan Hussin terlalu diperbesarkan dan ini boleh merosakkan aturan saf perjuangan akhir zaman... Orang lupa tentang keturunan Saidina Hassan yang berada di Nusantara, keturunan cucu SULUNG Rasulullah SAW, dari satu-satunya darah-daging Rasulullah SAW yang pernah menjadi Khalifah seluruh umat Islam (selepas kebangkitan Saidina Ali), cucu Nabi yang mewarisi KEMULIAAN baginda dan RUPA-PARAS baginda, sedangkan Saidina Husin mewarisi KEBERANIAN dan KEMULIAAN, lebih dekat kepada rupa-paras dan perwatakan Saidina Ali.
Sekali lagi diingatkan, Captain janganlah mengaku General...
Ingat cerita Sang Nila Utama yang membuka Singapura?Baginda ada dua orang anak, yang tua menggantinya sebagai raja, begitu juga keturunannya dan yang muda menjadi BENDAHARA, begitu juga keturunannya. Apabila raja tiada waris, baru Bendahara boleh menjadi Raja. Tetapi selagi titisan zuriat raja ada, maka dia lebih utama memegang takhta daripada mana-mana zuriat Bendahara.
Pada mereka yang tahu, itulah perbezaan peranan keturunan Saidina Hassan berbanding Saidina Hussein. Maka ini perlu diterangkan supaya saf perjuangan tidak akan BERTERABUR nanti...
Seperti disebut awal tadi, cerita Ahlul Bait dari belah Saidina Husin memang selalu telah diwar-warkan. Jadi tidak perlu dipanjangkan. Sedangkan zuriat Saidina Hassan seolah-olah tidak wujud di Nusantara ini kerana banyak cerita telah digelap atas pelbagai sebab, salah-satu kerana perebutan takhta di mana keturunan yang lebih layak telah terbuang untuk memastikan mereka tidak akan dapat naik lagi, sejarah diubah... Lagi satu digelapkan kerana niat baik, untuk protect identiti mereka kerana ... Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim, Al-Mansur dan ramai peneraju utama panji-panji Hitam mempunyai nasab bapak bin bapak bin bapak sampai ke Saidina Hassan. Kalau tak mesti Zionis dah trace n wipe out family dia, itupun nasib baik ada pemeliharaan dari Allah SWT kerana amanah yang bakal dipikul mereka.
Apapun, mereka juga ada darah Saidina Hussin, dari sebelah ibu.
Untuk pengetahuan, anak Saidina Hassan yang dikenali sebagai Hassan al-Muthana adalah anak-cucu Nabi yang pertama sekali menemukan balik dua cabang, melalui perkahwinannya dengan seorang sepupu, anak Saidina Hussein. Salah seorang anak yang terhasil bernama Abdullah, dikenali sebagai Abdullah al-Kamil juga Sheikh Banu Hasyim kerana memiliki keturunan yang ramai.
Salah seorang anak Abdullah bernama Muhammad, juga dikenali sebagai Muhammad Nafs al Zakiyah (Nafas Suci). Oleh kerana namanya adalah Muhammad bin Abdullah, serupa seperti nama Imam Mahdi yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW, beliau telah dianggap sebagai Imam Mahdi pada zamannya (sekitar tahun 750an Masihi gitu). Lalu namanya telah digunakan untuk memimpin satu pergerakan besar untuk menjatuhkan pemerintahan keKhalifahan Bani Umaiyah yang zalim terutama terhadap anak cucu Nabi dan jatuhlah mereka. Kemudian terdirilah Daulah Abbasiyah sedangkan ini terjadi kerana nama Muhammad bin Abdullah telah digunakan di mana beliau telah menerima bai'ah untuk menjadi khalifah umat Islam yang baru oleh para penyokokngnya termasuk orang-orang Bani Abbasiyah. Tetapi beliau dikhianati, dan ahli keluarga beliau dibunuh.
Kajilah... Ini bukan cerita Syiah... Memang ada dalam sejarah, direkod oleh ulamak tertentu tetapi digelapkan banyak pihak terutama Bani Abbasiyah malah Syiah - kerana terlalu memperbesar-besarkan peranan dan perjuangan anak cucu Saidina Hussin.
Kalau ikut cerita Syiah, tak mahu di sebutnya perjuangan Muhammad Nafs al Zakiyah ni. Tapi yang diperbesar-besarkan adalah Imam Ja'afar al-Sadiq dari keturunan Saidina Hussein juga anaknya Muhammad bin Ja'afar yang pernah memberontak melawan Bani Abbasiyah kemudian mengisytiharkan diri sebagai khalifah di Madinah. Kemudian lari mengikut rombongan Nakhoda Khalifah yang mengandungi 100 orang pendakwah ke Aceh (sebelum ada nama Aceh) pada tahun 804 Masihi.
Seorang anak tua Ja'afar al-Sadiq disokong orang-orang tertentu yang menerbit golongan Syiah Ismailiyah. Golongan inilah yang berjaya menerbitkan Daulah Fatimiyah di Mesir sekitar tahun 900 Masihi. Anak Ja'afar lagi seorang, Musa al Khazim pula diangkat pengikut Syiah Ithnat Assyaariah (pengikut Imam 12) sebagai Imam maksum seterusnya. Lalu cicit Musa, Muhammad bin Hassan al-Askari dianggap sebagai Imam Mahdi, tetapi kononnya dighaibkan sampai akhir zaman.
Berbalik pada zuriat Saidina Hassan. Salah seorang adik-beranak Muhammad bin Abdullah Nafs al- Zakiyah dikenali sebagai Imam Musa al-Jaun. Dari beliaulah turun satu cabang yang menjadi Sharif-sharif atau Raja Mekah (memerintah Mekah, Madinah dan wilayah Hijaz selama 800 tahun sebelum digulingkan keluarga Saud yang menggunakan fahaman Wahabi untuk menuduh anak-cucu Nabi tahyul dan khurafat, dengan sokongan British dan Zionis). Lagi satu cabang sampai ke Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani.
Ini lagi satu kes pertemuan darah kembali dua cabang Rasulullah SAW kerana bapa Sheikh Abdul Qadir berketurunan Saidina Hassan sementara ibunyna Umi Khair berketurunan Saidina Hussein... Faham-faham ajelah power zat yang mengalir dalam tubuh-badannya. Sebab itu jadi raja segala wali.
Sultan-sultan Brunei pula berasal daripada Sharif Ali, Raja Mekah yang melarikan diri kerana perang saudara merebut takhta. So ada kena-mengena...

No comments:

Post a Comment