Mukaddimah

Sheikh Tok Ngah Hashim
An-Naqshbandi (Pulau Karimon, Indonesia) adalah salah seorang dari murid Sheikh
Ahmad Khatib Sambas
AHMAD KHATIB SAMBAS MURSYID
THARIQAT QADIRIYAH Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
KESOHORAN Syeikh Ahmad Khathib
Sambas di kalangan pengamal Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah, sama ada
peringkat Nusantara mahu pun antarabangsa pada zamannya tidak dinafikan.
Sekurang-kurangnya terdapat dua buah kitab yang ditulis dalam bahasa Arab oleh
orang Arab, menceritakan kisah ulama-ulama Mekah dan nama Syeikh Ahmad Khathib
Sambas juga terdapat di dalamnya.
Kitab yang pertama, Siyar wa
Tarajim, karya Umar Abdul Jabbar. Kitab kedua, Al-Mukhtashar min Kitab Nasyrin
Naur waz Zahar, karya Abdullah Mirdad Abul Khair yang diringkaskan oleh
Muhammad Sa'id al-'Amudi dan Ahmad Ali.
Kita sangat berterima kasih
kepada kedua-dua penulis Arab itu, walau bagaimanapun ketepatan data dan fakta
termasuk tahun lahir dan wafatnya perlu ditinjau kembali. Nama lengkapnya ialah
Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar bin Abdullah bin Muhammad as-Sambasi.
Lahir di Kampung Dagang, Sambas. Tarikh lahirnya hanya disebut oleh Umar `Abdul
Jabbar, ialah pada bulan Safar 1217 H (kira-kira bersamaan 1802 M, pen:), tidak
terdapat tulisan lainnya. Wafatnya di Mekah tetapi terdapat perbezaan pendapat
mengenai tahun kewafatannya antara Umar Abdul Jabbar dengan Abdullah Mirdad
Abul Khair.
Abdullah Mirdad Abul Khair
menyebut bahawa Syeikh Ahmad Khathib wafat tahun 1280 H (kira-kira bersamaan
1863 M, pen:), tetapi menurut Umar Abdul Jabbar, pada tahun 1289 H (kira-kira
bersamaan 1872 M, pen:). Tahun wafat 1280 H yang disebut oleh Abdullah Mirdad
Abul Khair sudah pasti ditolak, kerana berdasarkan sebuah manuskrip Fat-h
al-'Arifin salinan Haji Muhammad Sa'id bin Hasanuddin, Imam Singapura, menyebut
bahawa ``Muhammad Sa'ad bin Muhammad Thasin al-Banjari mengambil tariqat
daripada gurunya, Syeikh Ahmad Khathib yang tersebut itu di dalam negeri Mekah
al-Musyarrafah di dalam halwatnya, dan khatamnya pada hari Arba', yang ketujuh
hari dari bulan Zulhijjah sanah 1286 Hijrah''. Jadi bererti pada 7 Zulhijah
1286 H, Syeikh Ahmad Khathib Sambas masih hidup. Oleh itu Syeikh Ahmad Khathib
Sambas wafat tahun 1289 H yang disebut oleh Umar Abdul Jabbar menepati yang
sebenarnya. KEMUNCAK KEMASYHURAN Manusia menjadi terkenal kerana berbagai-bagai
sebab, Syeikh Ahmad Khathib Sambas terkenal kerana beliau sebagai Mursyid
Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Pada zamannya, di Mekah tentang tariqat itu,
Syeikh Ahmad Khathib Sambas merupakan Syeikh Mursyid yang teratas sekali. Ia
bukan sahaja bagi masyarakat dunia Melayu, tetapi juga diakui oleh ulama-ulama
dunia luar. Sepanjang sejarah perkembangan Tariqat Qadiriyah di dunia Melayu
dari dahulu hingga sekarang memang tidak dapat dinafikan bahawa tokoh yang
terbesar dan paling berkesan bagi ulama-ulama Jawi/Nusantara dalam penyebaran
Tariqat Qadiriyah itu ialah Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Nama beliau juga
dikenal di Uzbekistan, kerana salah seorang murid beliau bernama Syeikh Abdul
Murad, adalah seorang ulama Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang menerima
tawajjuh kedua-dua tariqat itu daripada Syeikh Ahmad Khathib Sambas. FAT-HUL
'ARIFIN Fat-hul `Arifin termasuk salah satu istilah yang banyak dibicarakan di
kalangan sufi. Tetapi yang dimaksudkan di sini ialah sebuah risalah atau kitab
yang berasal daripada imlak Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Imlak tersebut ditulis
oleh beberapa orang muridnya, dan yang sempat diterbitkan hanyalah versi
catatan Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim al-Bali. Manuskrip Fat-hul
`Arifin yang dinisbahkan kepada Syeikh Ahmad Khathib Sambas, yang ada pada
penulis ialah: 1. Judul Silsilah Tariqat Qadiriyah wan Naqsyabandiyah yang
dicatat oleh Abdul Hakim ibnu Marhum Lebai Abdul Kari Sambas, Kampung Asam.
Naskhah ini merupakan satu-satunya yang ditulis oleh orang yang berasal dari
Sambas sendiri. 2. Manuskrip tanpa judul, hanya dinyatakan ``Talkin, zikir dan
bai'ah tariqat yang diijazahkan oleh guru kita Maulana asy-Syeikh Ahmad Khathib
bin Abdul Ghaffar Sambas yang di dalam negeri Mekah al-Musyarrafah kepada
sekalian muridnya''. Pada manuskrip ini dimulai nama pencatatnya bernama Haji
Muhammad Sa'id bin Hasanuddin, Imam Singapura, bahawa beliau ``... mengambil
talkin, dan bai'ah, dan tawajjuh, serta ijazah daripada gurunya Sayid Muhammad
bin Ali al-'Aidrus. Dia mengambil daripada Sayid Ja'afar bin Muhammad as-Saqaf
Pontianak, mengambil daripada Muhammad Sa'ad bin Muhammad Thasin al-Banjari
mengambil daripada Syeikh Ahmad Khathib... `` Manuskrip ini ditulis tahun 1286
H dan selanjutnya disalin oleh Sayid Ahmad bin Ismail al-'Aidrus pada hari
Khamis, 4 Zulhijah 1293 H/21 Disember 1876 M, diperoleh di Pontianak pada 8
Syawal 1422 H/22 Disember 2001 M. 3. Fat-hul `Arifin, naskhah yang ditulis oleh
Haji Muhammad bin Syeikh Abdus Samad al-Kalantani diselesaikan pada tahun 1294
H/1877 M. Dalam manuskrip ini dikombinasikan dengan Tariqat Syathariyah.Tiga
versi yang tersebut di atas merupakan manuskrip yang pernah diterbitkan iaitu
versi catatan Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim al-Bali, beliau
selesai menulis kembali setelah diteliti dan bersih daripada corat-coret pada
bulan Rejab 1295 H/Julai 1878 M. Naskhah tersebutlah yang ditashhih oleh Syeikh
Ahmad al-Fathani, kemudian dicetak pertama kalinya oleh Mathba'ah al-Miriyah
al-Kainah Mekah, 1305 H/1887 M, yang diterbitkan itu diberi judul Fat-hul
`Arifin.Walaupun Syeikh Ahmad Khathib Sambas sebagai seorang tokoh sufi, namun
selain ditonjolkan karya tasawuf Fat-hul `Arifin, beliau juga menghasilkan
karya dalam bidang ilmu fikah. Penulis juga memiliki manuskrip fikah karya
beliau, iaitu Fatwa Syeikh Ahmad Khathib Sambas Perihal Jumaat. Naskhah tulisan
tangan itu dijumpai tahun 1986, bekas koleksi Haji Manshur yang berasal dari
Pulau Subi, Kepulauan Riau. Kandungan naskhah selain membicarakan masalah
Jumaat terdapat pula fatwa beliau mengenai hukum penyembelihan secara Islam.
Pada bahagian akhir naskhah terdapat pula suatu nasihat beliau yang panjang,
kemudian ditutup dengan beberapa amalan wirid beliauselain amalan Tariqat
Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Sebuah karya (judul yang sebenar tidak terdapat) yang
membicarakan fikah mulai taharah, sembahyang dan pengurusan mayat. Manuskrip
tanpa dinyatakan tarikh, hanya terdapat tahun penyalinan dinyatakan ``... Hari
Khamis, 11 Muharam 1281 H oleh Haji Ahmad ibnu al-Marhum Penggawa Nashir ahli
al-Kayung jama'ah Tuan Syeikh Ahmad Khathib Sambas di Mekah al-Mukarramah ...''
Manuskrip di atas diperoleh di Kampung Mendalok, Sungai Kunyit, Kabupaten
Pontianak, Kalimantan Barat, pada 6 Syawal 1422 H/20 Disember 2001 M. MURID
MURID NYA Besar nian pengaruh Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang bersumber
daripada Syeikh Ahmad Khathib Sambas di dunia Melayu, melebihi tokoh-tokoh
penyebar Tariqat Qadiriyah seperti Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Syeikh Abdur Rauf
al-Fansuri dan lain-lainnya yang lebih dahulu. Di Jawa misalnya, dapat kita
semak pada beberapa lembar tulisan Zamakhsyari Dhofier dalam bukunya Tradisi
Pesantren, beliau menyebut, ``Dalam abad ke-19, organisasi-organisasi tariqat
di Jawa memperoleh semangat dan dukungan baru daripada masyarakat. Hal ini
disebabkan oleh kedatangan para pengikut Syeikh Ahmad Khatib Sambas dan
Sulaiman Effendi dari Mekah''. Seterusnya, ``Namun yang cukup menarik ialah di
Jawa Syeikh Ahmad Khatib Sambas dikenal sebagai pendiri suatu tariqat baru,
Tariqat Naqsyabandiyah''. Selanjutnya, ``Kedudukan Syeikh Ahmad Khatib sebagai
seorang sarjana Islam perlu kita sedari betul-betul ...''. Selanjutnya,
``Adalah suatu hal yang penting bahawa seorang sarjana besar seperti Syeikh
Sambas, kepada siapa hampir semua kiyai di Jawa menelusuri penealogi
intelektual mereka juga dikenal sebagai seorang pemimpin tariqat''.Kalau
demikian yang diperkatakan, sekarang mari kita menjejaki kemantapan sistem
pengkaderan yang dilakukan kepada murid-muridnya. Salah seorang muridnya bernama
Syeikh Zainal Abidin yang berasal dari Kelantan diutus oleh Syeikh Ahmad
Khathib Sambas ke Kalimantan Barat sebagai `Ketua Khalifah' di sana. Jadi
bererti murid-muridnya yang lain, yang semuanya berasal dari Kalimantan Barat,
adalah di bawah pengawasan Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani. Selanjutnya semua
mereka disuruh supaya mendalami pelbagai ilmu kepada ulama yang berasal dari
Kelantan itu. Kebenaran untuk mentawajjuh/ membai'ah sekali-kali tidak
dibenarkan kepada murid-murid yang lain selagi Syeikh Zainal Abidin
al-Kalantani masih hidup, atau selagi beliau masih berada di Kalimantan Barat.
Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani meninggal dunia di Kampung Sebedang,
Sambas.Yang dilantik oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas sebagai khalifahnya di
Mekah ialah Syeikh Abdul Karim al-Bantani, beliau mempunyai murid yang ramai
sesudah Syeikh Ahmad Khatib Sambas. Untuk di Jawa terdapat tiga orang wakil
khalifah, iaitu: Di Jawa Timur, Syeikh Ahmad Hasbullah bin Muhammad al- Manduri
(Madura) dan lain-lain. Di Jawa Tengah, Syeikh Zarkasyi Barjan, Porwajo Syeikh
Ibrahim Berumbung. Di Jawa Barat, Syeikh Asnawi Banten dan lain-lain.Murid
Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang bernama Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur
Rahim berasal dari Pulau Bali. Beliau juga diberikan kebenaran mentawajjuhkan.
Salah seorang muridnya yang menjadi ulama besar ialah Tuan Guru Haji Abdur
Rahman yang berasal dari Ambon. Murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang bernama
Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qadir berasal dari Sarawak. Di antara muridnya
ialah Haji Muhammad Arsyad bin Abdur Rahman Pontianak. Murid Haji Abdul Lathif
yang berasal dari Sarawak yang menjadi ulama besar, mengajar di Masjidil Haram,
Mekah, ialah Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab as-Sarawaqi. Tetapi selanjutnya
Syeikh Utsman Sarawak ini menerima tawajjuh Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah
sekali lagi daripada Syeikh Abdul Karim al-Bantani di Mekah.Masih banyak kisah
murid-murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang belum sempat disebutkan di sini,
penulis menyimpulkan saja bahawa institusi pengajaran Tariqat
Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang bersumber daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas
yang masih kekal sampai sekarang ialah daripada muridnya yang bernama Syeikh
Abdullah Mubarak. Pondok Pesantren yang beliau dirikan 7 Rejab 1323 H/ 5
September 1905 M masih kekal sam-pai sekarang, bahkan terkenal di seluruh
Indonesia dan Malaysia. Sistem pelajaran Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang
berasal daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas itu dikembangkan dengan penyesuaian
pada zaman moden.
Pengembara di atas jalan kepada kebenaran mestilah mempunyai kebijaksanaan, kefahaman dan pengertian yang mendalam akan fitnah sesuatu. Ini semua merupakan kelayakan awal yang perlu dimilikinya.
“Allah ciptakan hamba bijaksana dan berkebolehan
yang meninggalkan dunia tempat huru hara
mereka ke laut yang hanya ombak menjadi ujian mereka
perbuatan baik adalah kapal yang menempuh gelombang”.
Orang memasuki jalan ini kerana ada matlamat yang dia tuju. Perhatiannya tetap teguh kepada matlamat namun, dia tidak boleh abaikan pentingnya persiapan untuk pengembaraan ini. Bila dia mempersiapkan diri dia mesti berjaga-jaga jangan ditipu oleh rupa yang menawan dan dia mesti tidak membebankan dirinya dengan muatan atau menjadikan perhentian atau setesen kerohanian sebagai matlamat terakhir.
Orang yang berada pada jalan kerohanian mengatakan segala perbuatan kepunyaan Yang Menciptakannya, manusia tidak sepenuhnya bertanggungjawab; di dalam tangannya perbuatan boleh kelihatan lain daripada apa yang sebenarnya. Allah berfirman:
“Apakah mereka (berasa) aman (daripada) percubaan Allah? Kerana tidaklah ada yang berasa aman daripada percubaan Allah melainkan kaum yang muflis”. (Surah al-A’raaf, ayat 99).
Inilah dasar bagi jalan ini; meninggalkan semua muatan di belakang dan bergantung kepada Allah semata-mata, tidak dibingungkan oleh rangsangan pada setesen-setesen di sepanjang perjalanan. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman:
“Wahai Muhammad! Sampaikan khabar gembira kepada pendosa-pendosa yang Aku Maha Pengampun. Tetapi sampaikan kepada mereka yang benar-benar kepunyaan-Ku dan ikhlas pada niatnya untuk-Ku bahawa Aku sangat cemburu (terhadap apa yang mereka inginkan di samping Aku)”.
Kekeramatan yang zahir pada mereka yang hampir dengan Allah dan Setesen kerohanian yang mereka nyatakan adalah benar. Tetapi orang-orang yang seperti ini masih tidak terlepas daripada rangsangan Allah dan ujian-Nya merangsang kepada dosa – kadang-kadang mereka diberi kejayaan bila mereka mula berbuat dosa, jadi mereka fikir suasana atau keadaan mereka adalah milik mereka dan kekeramatan itu juga milik mereka. Hanya nabi-nabi dan mukjizat mereka yang bebas daripada ujian demikian. Adalah dikatakan ketakutan kehilangan iman ketika tercabut nyawa dari badan adalah satu-satunya penjagaan yang akan menjamin iman pada saat akhir.
Hassan al-Basri pernah berkata bahawa kepada orang yang hampir dengan Allah berjaya melalui ketakutan mereka terhadap Allah. Di dalam diri mereka takut jauh lebih kuat daripada harap kerana mereka tahu bahayanya diperbodohkan oleh sifat semula jadi manusia. Tipu daya ini menarik manusia keluar daripada jalan tanpa mereka menyedarinya. Dia juga berkata orang yang sihat takutkan penyakit dan harapannya adalah sedikit, sementara orang yang berpenyakit tidak lagi takutkan ditimpa penyakit dan harapannya untuk sihat bertambah.
Nabi s.a.w bersabda, “Jika ditimbang takut dan harap pada orang beriman kedua-duanya adalah sama”. Dengan rahmat Allah, ketika saat akhir kita, Allah lebihkan harapan kita daripada ketakutan. Nabi s.a.w bersabda, “Semua umatku akan menghembuskan nafas terakhirnya dengan kepercayaan dan harapan kepada rahmat Allah”, kerana Allah menjanjikan, “Keampunan-Ku meliputi segala-galanya”, dan, “Rahmat-Ku mendahului murka-Ku”.
Allah Maha Pemurah, Penyayang dan Pengampun, tentu sekali para hamba boleh bergantung kepada-Nya. Namun pengembara pada jalan kerohanian mesti takut dan menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah. Untuk itu perlu dia serahkan semua yang dimilikinya – dirinya sendiri, kewujudannya – letakkan segala-galanya di kaki-Nya dan berlindung dengan-Nya di dalam-Nya.
Wahai pencari. Duduklah di atas lutut kamu di hadapan Tuhan kamu! Akui dan bertaubat terhadap kesalahan-kesalahan kamu! Tanggalkan daripada diri kamu segala kewujudan kebendaan! Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa kamu yang lalu dan nantikan di pintu keampunan-Nya tanpa membawa apa-apa, dalam keadaan berhajat penuh kepada-Nya! Jika kamu lakukan ini tentunya kamu akan menerima rahmat-Nya, berkat-Nya, makrifat-Nya, kasih-Nya dan belas kasihan-Nya; dan semua dosa-dosa kamu dan kekotoran kamu akan hancur dan terlucut daripada kamu. Kerana Dia jualah Maha Besar, Pemurah, Penyayang, Tuhan yang kekal abadi, Maha Berkuasa!
Kami memohon keselamatan dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhamamd s.a.w, keturunan baginda, sahabat-sahabat baginda dan sekalian pengikut baginda. Segala puji dan syukur kepunyaan Allah; kami serahkan segala-galanya ke dalam tangan-Nya.
AMIN!

No comments:
Post a Comment