Tuesday, 23 September 2014

Dari Blog Merah Silu 1

Kelebihan yang diberi Allah kepada zuriat mulia Rasulullah SAW bukanlah untuk dibangga-banggakan apa lagi untuk mempelekehkan orang lain tetapi untuk memikul amanah memperjuangkan syiar Islam yang syumul sampai ke titisan darah yang terakhir.

Kelebihan-kelebihan ini (kalau ada le... bukan semua anak cucu Nabi dapat) seperti IQ tinggi, keberanian dan sifat kepimpinan semulajadi, kepetahan tanpa perlu belajar ilmu pidato berserta rupa-paras elok yang layak dicontohi dan sebagainya adalah untuk menjernihkan yang keruh. Jadi penunjuk jalan kepada ummah dalam zaman di mana perkara hak dan bathil sering bercampur-baur sehingga sulit untuk mengenal yang mana betul, yang mana mengarut. Merekalah yang patut ke hadapan melawan kezaliman di kala orang lain takut kerana kurang keberanian atau tidak cukup hujah.
Tentang Ba'Alawi ni, saya dah faham sangat. Tapi ada juga berapa kerat yang betul-betul muluk malah disanjung tinggi masyarakat tanpa meminta timbalan apa-apa macam Syed Ali (alamak tul ke? Nama tu lupa lak) kat Batu Pahat. Umur dan 80 tahun tapi steady lagi. Hidup pun simple je, rumah kecik. Tapi macam-macam orang seluruh Malaysia cari dia minta doa dan barakah. Sampai sekali tu kat Pulau Besar, Melaka saya boleh terjumpa orang dari Maldives, Africa bertanyakan tentang dia. Sebab ada orang pesan kalau nak barakah dalam perjalanan Tasawuf ni ziarahlah orang-orang cam dia...
Masalahnya banyak Syed n Sharifah dok bangga dengan nama dan keturunan tapi akhlaknya tak mencerminkan peribadi darah anak cucu keturunan Nabi. Punyalah bangga sampai ada Syed tu boleh kutuk Sheikh Ismail yang dimakamkan kat Pulau Besar... Katanya Sheikh Ismail tu "cuma" Sheikh sahaja, bukannya Syed. Padahal Sheikh Ismail tu lagi tinggi daulatnya daripada mana-mana keturunan Syed, sebab dia Sharif keturunan Saidina Hassan malah daripada jurai Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani yang bapaknya belah Saidinan Hassan, maknya belah Saidina Hussein!
Sebab itu ada yang buang nama Syed (atau Sharif), tak suka dikenali sebagai Ahlul Bait. Tanggungjawabnya besar, sekurang-kurangnya jagalah reputation Nabi, jangan sampai orang kata lek eleh... Macam ni ke anak cucu Nabi.
Sebab itu juga banyak darah-daging anak cucu Saidina Hassan langsung tak tau salasilah mereka yang tok-nenek moyang dulu tak mau cite, sampai le satu masa nanti... Salah satu sebabnya sebab kaitan darah-daging Saidina Hassan dengan watak-watak akhir zaman seperti Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi.

No comments:

Post a Comment