Tuesday, 23 September 2014

Dari Blog Merah Silu 2

Kata sesetngah orang, guru Hang Tuah yang bernama Adi Putra itu adalah seorang Wali Allah yang bernama Syed Thanauddin juga dikenali sebagi Syed Saman. Beliau adalah satu daripada wali tujuh lama anak cucu Nabi yang datang ke Nusantara dalam tahun 1350an Masihi gitu diketuai Sayyid Jamaluddin Kubra, datuk kepada Wali Songo, juga datuk kepada Syed Nurul Alam yang disebut sesetengah pihak sebagai nama sebenar Patih Gajah Mada, Perdana Menteri Majapahit.

Dari keturunan Syed Nurul Alam (juga dikenali sebagai Sultan Qumbul) jadi pula Raja-raja Patani dan Kelantan.
Untuk saudara penyapu, saya kurang dengar le pasal Syed Abdullah di Melaka ni... Ada details tak? Kat mana makamnya, agak-agak meninggal tahun berapa?
Oh... Alang-alang bercerita pasal makam ni, saya nak war-warkan lah. Kat Kampung Ketek (dulu dikenali sebagai Kampung Pali), tak jauh belakang Masjid Kampung Hulu yang berdekatan bus-stand lama bandar Melaka ada makam seorang wali Allah terkenal dari Aceh iaitu Sheikh Shamsuddin Sumatrani @ Shamsuddin Pasai.
Beliau adalah anak murid Sheikh Hamzah Fansuri (ingat Kias Fansuri?) dan seorang khalifah tariqat Qadiriyah yang menjadi guru kepada Sultan Aceh yang sangat terkenal, Sultan Iskandar Muda (memerintah 1607-1636) yang pernah menakluki hampir seluruh Nusantara. Sheikh Shamsuddin juga ada Qadi Malikul Adil Aceh (jawatan ulamak tertinggi) zaman itu selain seorang pahlawan jihad.
Beliau dipercayai mangkat dalam perang Aceh-Portugis di Melaka tahun 1629 di mana Aceh nyaris-nyaris merampas balik Melaka jika tidak kerana
1. Pergaduhan antara Perdana Menteri dan Laksamana Aceh tentang pergerakan dan strategi tentera.
2. Perdana Menteri silap strategi (dengar cite dia ikut cakap penasihat Belanda) lalu meletakkan armada laut Aceh yang sebanyak 300 kapal dan 20,000 tentera di kuala Sungai Pongor sehingga tersepit nanti.
3. Portugis yang terkepung hampir dua tahun (semua port diaorang dah kena tawan kecuali A Famosa iaitu Bukit St. Paul) mendapat bantuan MELAYU, terutama askar-askar Pahang dan Johor yang telah dihasut membenci orang Aceh

No comments:

Post a Comment