Tuesday, 23 September 2014

Dari Blog MerahSilu 3

Sepeninggal aku telah wafat kelak akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.

Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu,
serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah.
Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama.

Kitab Sulalatus Salatin menyebut Mengiri sebagai negeri Muktabar. Apapun, fakir yang dimaksudkan adalah orang yang sama, Fakir Muhammad, seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang turun takhta untuk mengikuti rombongan menjalankan wasiat Nabi tersebut ke Samudera (dalam Aceh sekarang).
Untuk makluman, nakhoda kapal rombongan ini ialah Sultanul Arifin Sheikh Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka.
Dalam mission ini, baginda telah berjumpa dengan pengasas keSultanan Samudera iaitu Sultan Malikus Salih.
Kenapa wasiat ini menyebut dari negeri itu akan muncul banyak wali? Apakah ada rahsia berkaitan peristiwa akhir zaman (kebangkitan Islam dari Timur) di sebalik semua ini?
bila dikatakan sabda Nabi mengenai Samudera ini tidak wujud dalam kitab hadis sahih. Sebab itu saya ajak saudara semua berbincang.
Tentang sahih tak sahih, banyak juga hadis-hadis Nabi termasuk hadis Qudsi yang tidak ada dalam Sahih Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan sebagainya muncul pula dalam pengajian tariqat dan kitab-kitab Tasawuf. Saya tidak dapat memberi contoh off-hand tetapi confirm memang ada. Sebabnya, ada hadis-hadis yang telah digelapkan sepanjang tempoh pemerintahan Bani Umaiyah selama hampir 100 tahun dan Bani Abbasiyah selama hampir 500 tahun atas sebab-sebab tertentu tetapi terus dipegang oleh golongan tertentu terutama ahli Sufi yang menyanjung tinggi kaum kerabat Rasulullah SAW. Proses pengumpulan hadis secara rasmi dimulakan semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Aziz, lebih 80 tahun selepas Nabi Wafat. Kitab-kitab Sahih pula wujud sekitar 120 kemudian. Maka logiklah jika ada hadis-hadis yang hilang.
Perhatikan dalam bab ilmu Sahih Bukhari dan Muslim, ada tersebut Abu Hurairah berkata dia ada menyimpan dua karung hadis, satu disiarkan kepada umum, satu tidak. Kerana katanya, jika disiarkan satu karung lagi nescaya lehernya akan dipancung. Kebetulan dia juga hidup semasa zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan dan anaknya Yazid, orang-orang yang diketahui sedikit anti pada Ahlul Bait. Pada zaman itu, sesiapa yang memperbesarkan kelebihan Bani Umaiyah boleh mendapat pelbagai ganjaran sedangkan sesiapa yang menceritakan apa-apa kelebihan anak cucu Nabi boleh disiksa malah dipenjarakan dan dibunuh.
Untuk kefahaman lanjut, elok kaji apa yang berlaku setelah Perang Siffin, pertembungan antara golongan yang menyokong Saidina Ali dengan penyokong Muawiyah. Apa berlaku seterusnya setelah Saidina Hassan mati diracun dan Saidina Hussein terbunuh di Karbala. Jangan anggap ini semua perspektif Syiah. Sila berfikiran terbuka.
Apapun, jika sabda Nabi mengenai negeri Samudera itu tidak dapat dibuktikan kesahihannya, persoalan seterusnya kenapa ia boleh muncul dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sulaltus Salatin? Kedua-dua ini adalah kitab besar sejarah orang Melayu, bukan kitab sebarangan. Saya percaya ada rahsia besar di sebalik ini - anak zuriat tertentu yang ditinggalkan di bumi Serambi Mekah yang akan bersambung terus sehingga ke akhir zaman, sehingga kemunculan panji-panji hitam dari Timur. Insyaallah!

No comments:

Post a Comment