Wednesday 8 October 2014

34:D: Perjalanan Menuju Allah

INILAH MIKRAJ MUHAMMAD atau PERJALANAN YANG BESAR.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

STESEN PERTAMA



Si hamba membetulkan niatnya:

“Ilahi! Engkaulah maksud dan tujuan. Keredaan Engkau yang daku cari”.

Ilahi Ya Rabbin Anta Qalaq Tani Ya Rahman Wa Ana Abduka Ya Rahim
Inni Kuntu Minal Zalimin
Inni Kuntu Minal Ghafilin
Ilahi Ya Rabbi Anta Maksudi Wa Redhaka Maqlubi
'Atini bihamabatthaka Wal Ma'rifataka
La ilahaillallah Muhamad Rasulullah s.a.w.
Inni Ana Minallah al-Haqq
Wa Zatullah al-Haqq
Wa Sifatullah al-Haqq
Wa Nurullah al-Haqq
La Haula Wala Quwwata illa Billahi al-Alim Yil 'Azim
Jika kita imbau sejarah yang terdahulu, bahawa ulamak terdahulu dan sekarang tentu banyak berbezaannya terutama dalam soal ijtihad dan beramal, ini mungkin kerana perkembangan arus tamadun kemanusiaan, ulamak terdahulu banyak membuat penumpuan berfikir tentang masalah akidah dan sekarang banyak membuat penumpuan masalah semasa agama yang menjurus dalam soal tanggungjawab tugas khalifah di bumi, kerana itulah yang awal tugas manusia yang di perintahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia, namun asanya adalah terletak kepada akidah, jika akidah tidak di fahami maka tugas khalifah akan menjadi sia-sia dan tidak bermakna

Orang zaman dulu membuat penumpuan kepada ilmu akidah berasaskan kepada ilmu sifat 20, yang mana ilmu ini sudah tidak lagi di dengar di mana-mana kerana di katakan membawa kepada kesesatan dan menjurus kepada Jabariyah seratus peratus yang kesan akibatnya boleh menyebabkan manusia lupa kepada tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang sebenar, kesannya akan membawa kepada bumi akan di penuhi oleh cara pentadbiran yang batil, ertinya bumi akan di tadbir oleh orang yang tidak mengambil akidah sebagai asasnya

Adapun ilmu sifat 20 itu di kaji dengan cara yang mendalam, maka kita akan dapat mengesan maksud yang terdapat di dalamnya berbagai-bagai istilah alam kehidupan yang membawa kepada akidah serta tamadun kepada seluruh alam ciptaan Tuhan, ertinya di dalam ilmu itu terkumpulnya asal usul makhluk yang ghaib dan nyata dan istilah perhubungan di antara manusia dan Allah serta alam yang lain kerana itu terdapat istilah Nafsiyah, Salbiyah,Maani dan Maanawiyah serta maksud-maksudnya

Di dalam ilmu ini juga terdapat bab yang menyatakan soal Rububiyah dan Uluhiyah, tidaklah semata-mata Rububiyah sahaja kerana perhubungan di antara Rububiyah dan Uluhiyah adalah dua perkara yang tidak akan berpisah-pisahkan di antara satu dengan yang lainnya, oleh yang demikian ujudlah istilah Istaghna dan Iftiqar, apabila ada istilah tersebut maka ujud pula istilah lazim melazimi, demikian juga dengan istilah kharij dan Zihin dan istilah-istilah yang lain yang membawa kepada puncak maksud kalimah LA ILAHA ILLALLAH DAN MUHAMMADARRASULLULLAH yang membawa kefahaman kepada kita bahawa Allah dan Muhammad itu tidak mungkin bercerai

Wallahu aalamJika kita imbau sejarah yang terdahulu, bahawa ulamak terdahulu dan sekarang tentu banyak berbezaannya terutama dalam soal ijtihad dan beramal, ini mungkin kerana perkembangan arus tamadun kemanusiaan, ulamak terdahulu banyak membuat penumpuan berfikir tentang masalah akidah dan sekarang banyak membuat penumpuan masalah semasa agama yang menjurus dalam soal tanggungjawab tugas khalifah di bumi, kerana itulah yang awal tugas manusia yang di perintahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia, namun asanya adalah terletak kepada akidah, jika akidah tidak di fahami maka tugas khalifah akan menjadi sia-sia dan tidak bermakna Orang zaman dulu membuat penumpuan kepada ilmu akidah berasaskan kepada ilmu sifat 20, yang mana ilmu ini sudah tidak lagi di dengar di mana-mana kerana di katakan membawa kepada kesesatan dan menjurus kepada Jabariyah seratus peratus yang kesan akibatnya boleh menyebabkan manusia lupa kepada tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang sebenar, kesannya akan membawa kepada bumi akan di penuhi oleh cara pentadbiran yang batil, ertinya bumi akan di tadbir oleh orang yang tidak mengambil akidah sebagai asasnya Adapun ilmu sifat 20 itu di kaji dengan cara yang mendalam, maka kita akan dapat mengesan maksud yang terdapat di dalamnya berbagai-bagai istilah alam kehidupan yang membawa kepada akidah serta tamadun kepada seluruh alam ciptaan Tuhan, ertinya di dalam ilmu itu terkumpulnya asal usul makhluk yang ghaib dan nyata dan istilah perhubungan di antara manusia dan Allah serta alam yang lain kerana itu terdapat istilah Nafsiyah, Salbiyah,Maani dan Maanawiyah serta maksud-maksudnya Di dalam ilmu ini juga terdapat bab yang menyatakan soal Rububiyah dan Uluhiyah, tidaklah semata-mata Rububiyah sahaja kerana perhubungan di antara Rububiyah dan Uluhiyah adalah dua perkara yang tidak akan berpisah-pisahkan di antara satu dengan yang lainnya, oleh yang demikian ujudlah istilah Istaghna dan Iftiqar, apabila ada istilah tersebut maka ujud pula istilah lazim melazimi, demikian juga dengan istilah kharij dan Zihin dan istilah-istilah yang lain yang membawa kepada puncak maksud kalimah LA ILAHA ILLALLAH DAN MUHAMMADARRASULLULLAH yang membawa kefahaman kepada kita bahawa Allah dan Muhammad itu tidak mungkin bercerai Wallahu aalam
Tiada niat lain lagi baginya. Dia tidak mengharapkan untuk menjadi wali atau mendapat kekeramatan. Dia tidak meminta ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Dia adalah umpama seorang pesalah yang sedang menanti dengan rela hukuman pancung yang akan dijatuhkan kepadanya. Dia menyerahkan ‘batang lehernya’ bulat-bulat kepada ‘pancungan’ takdir.
Dalam penyerahan itu si hamba merasakan hatinya seperti disinari cahaya yang terang, lebih terang daripada segala cahaya yang ada di bumi. Dalam suasana hati yang demikian dia merasakan kewujudan jalinan hubungan yang erat dengan Kenabian Ibrahim a.s. Rasa kehadiran Ibrahimiyah membuat si hamba mengenangkan keluhuran Nabi Ibrahim a.s yang hanif, dengan kekuatan sabar, reda dan tawakalnya. Ibrahim a.s meninggalkan isteri yang sarat mengandung di tempat yang tidak ada penghuni, demi menjunjung perintah Tuhan. Ibrahim a.s sanggup mengorbankan anak kesayangan demi menjunjung perintah Tuhan. Ibrahim a.s mempunyai kekuatan hati kerana hati beliau a.s berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Sewaktu akan dicampakkan ke dalam api Ibrahim a.s berkata:
“Tuhanku melihat keadaanku. Dia tahu apa yang baik untukku. Dia tidak akan membiarkan daku”.
Api kehilangan keupayaan membakar apabila berhadapan dengan kekuatan penyerahan Ibrahim a.s.
Si hamba berdoa kepada Tuhan:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku sebahagian daripada apa yang telah Engkau kurniakan kepada Khalil-Mu, Ibrahim a.s. Kurniakanlah kepadaku rasa penyerahan yang sebenarnya kepada-Mu. Perkuatkanlah kesabaranku menghadapi ujian-Mu. Teguhkan tawakalku menanti keputusan-Mu. Kurniakanlah kepadaku keredaan yang sebenarnya dalam menerima takdir yang datang daripada-Mu, baik atau buruk”.
Hati si hamba sentiasa memanggil Tuhannya:


“Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!”
Inilah hamba-Mu yang berdiri kerana menjunjung perintah-Mu. Inilah hamba-Mu yang rukuk kerana memuji dan memuja-Mu. Inilah hamba-Mu yang sujud kerana mengharapkan Wajah-Mu. Wahai Tuhanku. Janganlah Engkau jadikan kejahilan dan kedaifanku sebagai hujah untuk Engkau tidak menerima kedatanganku”.
Kemudian didatangkan kecenderungan membaca al-Quran kepada hati si hamba. Si hamba memulakannya dengan membaca Surah al-Hadiid(Surah 57)
Dia membacanya dengan penuh penghayatan dan memahami maksudnya. Surah ini mengajar manusia supaya sanggup berkorban kerana Allah s.w.t demi menegakkan kebenaran. Diterangkan bahawa kehidupan di dalam dunia ini adalah perjuangan di antara yang benar dengan yang salah. Orang yang beriman kepada Allah s.w.t, Rasul-Nya dan hari akhirat mestilah mempertahankan keyakinan yang benar dan apa sahaja yang benar. Surah ini juga memperingatkan bahawa mengenakan tipu daya kepada manusia. Manusia mestilah sedar bahawa dunia dengan segala kemewahannya tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan perjuangan pada jalan Allah s.w.t. Manusia digesa supaya mengejar nikmat yang ada pada sisi Allah s.w.t, disediakan untuk orang yang bertaubat dan bertakwa. Manusia juga diperingatkan supaya bersabar menerima ujian daripada Allah s.w.t. Ia mengajar manusia supaya beriman kepada Qadak dan Qadar.


Tidaklah mengena satu bencana atas bumi dan tidak pula pada diri kamu melainkan semua itu sudah tercatit dalam Kitab sebelum Kami melakukannya. Yang demikian bagi Allah sangatlah mudah. Allah khabarkan demikian supaya kamu tidak berputus asa terhadap apa yang telah hilang daripada kamu dan tidak menyombong dengan apa yang datang kepada kamu. Dan Allah tidak suka kepada orang yang menyombong. (Ayat 22 & 23 : Surah al-Hadiid )

Allah s.w.t menerangkan bahawa segala yang berlaku adalah menurut takdir yang Dia telah tentukan. Membuat yang demikian sangatlah mudah bagi Tuhan kerana Ilmu-Nya meliputi yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin. Orang yang beriman tidak seharusnya berputus asa apabila berpisah daripada sesuatu yang dia sayangi kerana mungkin menurut Ilmu Allah s.w.t yang demikian baik baginya. Kesusahan dan bala bencana membuat manusia menjadi sabar, reda, bertawakal dan bersyukur, lalu dia dibawa hampir dengan-Nya. Ini jauh lebih baik daripada apa yang terpisah daripadanya.
Surah al-Hadiid juga memperkenalkan Allah s.w.t melalui nama-nama-Nya. Nama-nama Tuhan menjadi jambatan menghubungkan hamba dengan Tuhan. Jika nama Tuhan ditilik dengan hati nescaya terlihat apa yang tidak dapat dilihat oleh mata.
Seterusnya si hamba membaca pula Surah as-Sajdah, Surah yang ke tiga puluh dua. Surah ini mengajak manusia memerhatikan hubungan mereka dengan Pencipta. Tuhan menciptakan manusia pertama daripada tanah dan keturunan manusia dikembangkan melalui air mani. Tuhan sempurnakan ciptaan manusia dengan pengurniaan kepada mereka roh dan diperlengkapkan dengan berbagai-bagai bakat serta keupayaan. Surah ini menceritakan keadaan orang yang beriman sujud kepada-Nya apabila mereka diperingatkan dengan-Nya Orang beriman memisahkan diri mereka daripada tempat tidur pada malam hari kerana melakukan ibadat kepada-Nya, memuji dan memuja-Nya dengan rasa takut dan harap. Manusia diberitahu bahawa Allah s.w.t adalah Pencipta, Pengatur dan Pengurus segala-galanya. Hanya Dia yang berkuasa memberi pertolongan dan pembelaan. Dia Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Oleh itu layaklah jika hamba mengadu dan merayu kepada-Nya sahaja, tidak kepada yang lain. Manusia diperingatkan supaya menggunakan bakat dan keupayaan yang Tuhan kurniakan kepada mereka untuk berbakti kepada-Nya bukan berbuat maksiat.
Si hamba semakin merasakan keakraban dengan al-Quran. Dibacanya pula Surah Luqman dengan penuh penghayatan. Surah ini menceritakan sifat orang yang beriman seperti yang telah digambarkan oleh Surah as-Sajdah. Luqman adalah seorang hamba Allah yang salih. Beliau banyak bertafakur merenung alam keliling dan kehidupan di dalamnya. Tuhan bukakan kepadanya rahsia kehidupan. Beliau dapat melihat kehidupan ini dengan pandangan hikmah, kerana itu beliau digelar ahli hikmah. Ahli hikmah melihat yang tersirat sedangkan orang lain melihat yang tersurat.
Keseronokan membaca al-Quran berterusan. Dibacanya pula Surah Yusuf. Surah ini menceritakan bahawa orang yang memperolehi hikmah adalah orang yang tahan menanggung ujian. Ujian merupakan proses penyucian dan pembentukan jiwa manusia.
Si hamba beralih pula kepada Surah Saba'. Surah Yusuf menceritakan hamba-Nya yang diuji dengan kesusahan. Surah Sabaa pula menceritakan tentang hamba-hamba-Nya yang diuji dengan kesenangan dan kekuasaan. Nabi Daud a. s menjadi raja yang sangat luas daerah kekuasaannya, hinggakan angin dan gunung ditundukkan kepadanya. Anakandanya, Sulaiman a.s, mewarisi kekuasaan tersebut. Kekuasaan Sulaiman a.s ditambah lagi hinggakan haiwan dan jin tunduk kepadanya. Kerajaan dan kekuasaan yang begitu luar biasa tidak sedikit pun menggugat iman Daud a.s dan Sulaiman a.s.
Si hamba kemudiannya membaca Surah Faatir. Surah ini menggambarkan dengan indah bangunan alam maya ciptaan Tuhan. Diceritakan keharmonian perjalanan anggota-anggota alam. Manusia yang menggunakan akal fikiran akan dapat menghayati kerapian ciptaan Tuhan untuk mereka merasakan kebesaran dan keagungan Tuhan. Surah Faatir menekankan bahawa segala-galanya berpusat kepada Kudrat dan Iradat Tuhan yang tidak terbatas. Semuanya diciptakan dan diaturkan oleh satu kuasa sahaja, iaitu Allah Yang Maha Esa. Manusia diciptakan dan dihantarkan ke bumi. Kemudian dikirimkan petunjuk supaya manusia dapat menjalankan urusan dan bertugas sebagai khalifah di bumi. Mereka diberi peringatan bahawa mereka akan berhadapan dengan gangguan-gangguan. Gangguan tersebut memperingatkan mereka kepada tujuan mereka dihantarkan ke bumi.
Setelah membaca Surah-surah al-Hadiid, as-Sajdah, Luqman, Yusuf, Saba’ dan Faatir, si hamba mendapat keinsafan yang mendalam. Dibacanya pula Surah at-Taubah sebagai pengakuan bahawa dia bertaubat daripada segala kesalahan dan kekeliruannya.
Si hamba menghayati tujuh buah Surah daripada al-Quran. Pembacaan al-Quran kali ini sangat menyentuh jiwanya. Hatinya berasa terang dan jelas memandang kepada jalan yang mahu ditujunya. Tujuan dan matlamatnya untuk menghampiri Tuhan semakin teguh. Sesungguhnya membaca al-Quran dalam suasana kehadiran Hakikat Ibrahimiyah memperkuatkan tapak kakinya untuk terus berjalan kepada Tuhan. Tidak ada apa lagi yang boleh mengalihkan pandangannya daripada matlamatnya.
Kemudian hatinya dibawa kepada suasana kehadiran Hakikat Musawiyah. Musa a.s adalah Kalim Allah, iaitu orang yang Allah s.w.t bercakap-cakap dengannya. Musa a.s mengerti tentang Kalam Allah s.w.t yang tidak bersuara dan berhuruf. Dalam suasana kehadiran Musawiyah itu si hamba memulakan pembacaan al-Quran dari permulaannya.


No comments:

Post a Comment