Thursday 9 October 2014

STESEN KE SEBELAS - STESEN KE DUA BELAS

STESEN KE SEBELAS



Si hamba telah menyerahkan apa sahaja yang bernama hak kepada Yang Empunya hak. Hati si hamba kosong daripada segala-galanya. Perhatian terhadap dirinya sendiri sudah tidak ada lagi, begitu juga dengan perhatiannya kepada segala sesuatu di sekelilingnya. Bila hati si hamba benar-benar kosong, maka Allah s.w.t penuhkannya dengan Kehendak dan Tujuan-Nya semata-mata. Allah s.w.t yang nengurus kehidupan si hamba yang telah terpisah daripada segala hak itu. Allah s.w.t yang menguasai Loh Kun. Si hamba menjadi alat yang melaluinya Urusan Allah s.w.t menjadi nyata.
Bila Allah s.w.t katakan: “Jadi!” maka jadilah ia.
Bila Allah s.w.t katakan: “Bergerak!” maka bergeraklah ia.
Bila Allah s.w.t katakan: “Diam!” maka diamlah ia.
Bila Allah s.w.t katakan:

Sesungguhnya Aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku! Sembahlah Aku!

Si hamba pun mengatakan:

Sesungguhnya Aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku! Sembahlah Aku!

Bila Allah s.w.t mengatakan:

Aku adalah Yang Haq !

Si hamba pun mengatakan:

Aku adalah Yang Haq !

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

STESEN KE DUA BELAS



Sesungguhnya Aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku! Sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku. ( Ayat 14 : Surah Taha )

RUKUN SOLATRUKUN SOLAT

وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَابَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ
يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُبِينٌ

Dan (ingatlah) ketika `Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata." (Surah As-Shaaf:006)


Allah s.w.t memerintahkan supaya mendirikan sembahyang. Si hamba berdiri mengerjakan sembahyang. Dalam suasana tong kosong yang berlubang, apa juga suasana sembahyang yang Tuhan kurniakan itulah yang zahir padanya. Bagaimana kedudukan sembahyang pada sisi Tuhan begitulah yang nyata pada si hamba. Allah s.w.t mengatakan sembahyang itu adalah ingatan kepada-Nya, maka yang ada dalam sembahyang itu adalah ingatan kepada-Nya. Bila kesedaran terhadap diri sendiri sudah tidak ada, si hamba hanya menjadi ‘yang menyaksikan’. Si hamba sudah ‘tidak ada’ untuk ingat kepada Allah s.w.t. Oleh itu ‘yang ada’ adalah Allah s.w.t yang ingat kepada Diri-Nya sendiri. Si hamba sudah ‘tidak ada’ untuk mengerjakan sembahyang, ‘yang ada’ adalah Allah s.w.t dan sembahyang itu adalah “Puji-pujian Allah s.w.t kepada Diri-Nya.” Pada ketika si hamba berada dalam suasana ‘dirinya tidak ada’. Dia mengalami suasana “Keesaan Allah s.w.t.” Dalam majlis keesaan tidak ada dua. Tidak ada yang ada dalam majlis keesaan-Nya melainkan Dia. Dia yang memuji Diri-Nya. Pujian Allah s.w.t kepada Diri-Nya adalah kelazatan yang paling lazat dan kebahagiaan yang paling bahagia, melebihi apa yang ada di bumi, di langit dan di syurga. Buat seketika hati si hamba diizinkan menikmati kelazatan dan kebahagiaan yang maha agung itu dalam suasana dirinya ‘tidak ada’, yang ada hanyalah Yang Maha Esa.

Siapakah yang layak mendampingi-Nya melainkan Diri-Nya sendiri.

Siapakah yang layak berhadapan dengan-Nya melainkan Diri-Nya sendiri.
Siapakah yang layak berkata-kata dengan-Nya melainkan Diri-Nya sendiri.
Siapakah yang layak mendengar ucapan-Nya melainkan Diri-Nya sendiri.
Dalam Majlis Keesaan yang ada hanyalah Yang Maha Esa. Allah s.w.t mengizinkan sebahagian daripada hamba-hamba-Nya mendapat pengertian tentang “Allah Maha Esa” melalui pengalaman kerohanian ketika hamba-hamba tersebut hilang perhatian dan kesedaran kepada sesuatu kecuali Allah s.w.t Yang Maha Esa. Apa yang berlaku kepada si hamba pada ketika itu seolah-olah Tuhan berkata:

“Aku cabutkan dirimu buat seketika untuk Aku masukkan suasana keesaan-Ku agar engkau mengenali keesaan-Ku.”

No comments:

Post a Comment