Thursday 9 October 2014

Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar oleh Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki

Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar oleh Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki


Berikut adalah salinan hadis-hadis yang diambil daripada kitab Al-Qaulul Muhtasar Fi
Alamatil Mahdiyul Muntazar, karangan ulama besar Ahlus Sunnah, Imam Abul Abbas Ahmad
bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki al-Ansari (909H - 974H). Beliau
lahir di Bandar Haitmam, Mesir dan meninggal dunia di Bandar Dahwan. Kitab karangannya yang
terkenal berjumlah 88 buah yang meliputi pelbagai bidang ilmu, sesuai dengan kedudukannya yang
tinggi sebagai ulama besar.
Kitab ini adalah sebuah kitab yang agak nipis, memandangkan beliau hanya memasukkan
hadis, tanpa sebarang huraian yang panjang lebar. Di dalam bahasa Arabnya, kitab ini pernah dicetak
sebanyak dua kali, kedua-duanya oleh Darul Kutub al-Misriyah. Cetakan pertama bernombor daftar
2921, setebal 19 muka surat manakala cetakan kedua bernombor daftar 2393, setebal 46 muka surat.
Semasa membuat rujukan ini, penulis menggunakan kitab yang dicetak pada kali kedua itu.
Kitab beliau ini dinyatakannya dengan memasukkan hadis-hadis yang terlepas daripada unsur
Jahalah (tidak dikenal rawinya) dan Tughah (rawi yang tercela). Selain itu, beliau telah memasukkan
isi sebahagian kitab susunan ulama kenamaan yang lain, guna memperkuatkan hujah terhadap hadishadisnya.
Penulis telah meringkaskan kitab ini dengan hanya memasukkan hadis-hadisnya sahaja,
membuang sanad dan rawi-rawinya, kerana memandangkan bahawa sedutan kitab ini adalah untuk
bahagian lampiran sahaja.
Muqaddimah
Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi adalah dari keturunan Al-Abbas RA, bapa saudaraku.”
Sabda Nabi SAW,
“Ingatlah wahai pamanku, bahawa aku membawa khabar gembira buatmu. Sesungguhnya keturunan
paman adalah orang-orang yang suci, daripadamu akan lahir Al-Mahdi pada akhir zaman nanti,
dengannya Allah akan menebarkan hidayah dan menghancurkan kesesatan. Sesungguhnya Allah
memulakan (agama) ini denganku dan akan menutupnya dengan keturunanmu.”
Sabda Nabi SAW,
“Ingatlah, bahawa aku membawa khabar gembira buatmu wahai Abul Fadhal (Al-Abbas RA).
Sesungguhnya Allah memulakan agama ini denganku dan akan menutupnya dengan keturunanmu.”
Doa Nabi SAW,
“Ya Allah, tolonglah Al-Abbas dan anak-anak keturunan Al-Abbas (tiga kali). Wahai paman,
ketahuilah bahawa Al-Mahdi itu adalah dari keturunanmu, yang menyayangi dan disayangi itu.”
Sabda Nabi SAW,
“Kekhalifahan (umat) ini akan sentiasa berada pada keturunan pamanku, yakni Al-Abbas sehingga
mereka menyerahkannya kepada Dajjal.”
Sabda Nabi SAW,
“Wahai Abbas, engkaulah pamanku, saudara kandung bapaku, dan sebaik-baik orang yang menjadi
khalifah selepasku, daripada keturunanku. Selepas tahun 135 (Hijrah) nanti, maka kekhalifahan adalah
untukmu dan anak-anak (keturunan) kamu, yang antaranya adalah As-Saffah, Al-Mansur dan Al-
Mahdi.”
Sabda Nabi SAW,
“Wahai paman, ketahuilah bahawa aku memberitahukanmu bahawa Allah memulakan agama ini
denganku dan menutupnya dengan keturunanmu.”
Bab 1
Enam Puluh Dua Buah Hadis Nabi SAW Tentang Tanda-tanda dan Keistimewaan
Al-Mahdi
1. Daripada Ahlulbait
“Al-Mahdi adalah daripada Ahlulbait.”
2. Daripada Keturunan Al-Hasan bin Ali RA
“Al-Mahdi adalah dari keturunan Al-Hasan bin Ali.”
“Demi Allah yang mengutusku sebagai nabi yang benar, sesungguhnya daripada kedua-duanya
(keturunan Al-Hasan dan Al-Husain RA), akan lahir Al-Mahdi untuk umat ini.”
3. Nama Al-Mahdi Adalah Muhammad
“Sesungguhnya nama yang digunakan oleh Al-Mahdi adalah Muhammad.”
4. Nama Ayahnya
“Nama ayah Al-Mahdi adalah seperti nama ayah Nabi SAW.”
5. Perawakannya
“Dia berdahi lebar, berhidung mancung dan giginya berjarak.”
6. Masa Pemerintahannya
“”Dia akan memerintah selama tujuh tahun.”
7. Perubahan Situasi Dunia
“Situasi dunia akan dipenuhi keadilan dan kebenaran, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan
kezaliman dan penindasan.”
8. Keredaan Seluruh Makhluk
“Penghuni bumi dan penghuni langit semuanya reda terhadap pemerintahan Al-Mahdi.”
9. Perbezaan Pendapat dan Gempa Bumi Dahsyat
“Al-Mahdi akan muncul ketika suasana seluruh dunia dipenuhi oleh perbezaan pendapat dan bumi
digoncang oleh gempa yang dahsyat.”
10. Keadilannya Semasa Membahagi-bahagikan Harta
“Al-Mahdi akan membahagi-bahagikan harta secara adil dan merata kepada umat manusia.”
11. Al-Mahdi dan Hati Umat Muhammad SAW
“Al-Mahdi akan membuatkan hati umat Muhammad SAW kaya-raya.”
12. Keadilan Al-Mahdi
“Keadilan Al-Mahdi meratai seluruh umat. Beliau beramal sesuai dengan sunnah Nabi sehingga
beliau menyuruh orang untuk menyeru, “Sesiapa yang berkehendakkan bantuan, datanglah
kepadaku.” Kemudian tidak ada yang datang kepadanya melainkan seorang lelaki sahaja.”
13. Pembaiatan Al-Mahdi
“Perselisihan terjadi semasa kmatian seorang khalifah. Al-Mahdi yang merupakan seorang penduduk
Madinah melarikan diri ke Makkah. Kemudian dia didatangi oleh penduduk Makkah dan diusir,
namun dia enggan. Lantas penduduk Makkah membaiatnya di antara Hajar Aswad dengan Makam
Ibrahim.”
14. Pasukan Daripada Syam
“Setelah dibaiat, datanglah pasukan dari arah Syam, tetapi pasukan ini ditelan bumi di suatu padang
(pasir) dekat Zul Hulaifah.”
15. Kesejahteraan Umat Pada Zaman Al-Mahdi
“Pada zaman Al-Mahdi, seluruh umat sama ada ang taat mahupun yang jahat, akan hidup sejahtera,
iaitu suatu kesejahteraan yang belum pernah dinikmati sebelumnya. Langit menurunkan hujan yang
lebat, yang pada setiap titisannya menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan setiap tumbuh-tumbuhan
mendatangkan keuntungan.”
16. Panji-panji Hitam
“Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari arah Timur, yang pasukan ini sentiasa
tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.”
17. Penyerahan Kuasa
“Orang ramai dari Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaan kepada Al-Mahdi.”
18. Panji-panji Hitam Dari Khurasan
“Panji-panji Hitam keluar dari Khurasan, sementara itu kawan-kawan Al-Mahdi keluar menuju ke
Baitulmaqdis.”
19. Masa Pemerintahannya
“Al-Mahdi akan memerintah selama tujuh tahun atau lapan tahun. Jika lebih, maka hanya akan
bertambah satu tahun sahaja.”
20. Pasukan Dari Iraq
“Pasukan daripada Iraq keluar mencari seorang lelaki dari Madinah, iaitu Al-Mahdi. Kemudian Allah
menyelamatkan Al-Mahdi daripada kejaran pasukan ini. Ketika mereka melintasi suatu padang di Zul
Hulaifah, mereka akan ditelan bumi sehingga yang di atas sampai hari kiamat.”
21. Penguasaan Al-Mahdi Terhadap Harta Benda
“Al-Mahdi akan mendapatkan harta benda dengan mudah dan tidak terkira-kira banyaknya.”
22. Seruan Dari Langit
“Pada kemudian kelak, akan terjadi bencana di mana orang yang berada di sebelahnya tidak
menyedarinya melainkan dia sendiri turut tertimpa bersama-sama sehingga datang penyeru dari langit
yang berkata, “Sesungguhnya pemerintah kamu semua adalah si fulan (maksudnya Al-Mahdi).”
23. Serban Al-Mahdi
“Al-Mahdi akan muncul dan dia selalu memakai serban di kepalanya. Di atas serban itu ada suara
yang menyeru, “Inilah dia Al-Mahdi, khalifah Allah. Maka taatilah dia.”
24. Malaikat yang Mendampingi Al-Mahdi
“Al-Mahdi akan muncul dan di atas kepalanya ada malaikat yang menyeru, “Inilah Al-Mahdi. Oleh
itu, ikutilah dia.”
25. Al-Mahdi Sebagai Penutup Agama
“Dengan Al-Mahdi, Allah akan menutup agama ini, seperti Dia mengawalinya dengan Nabi
Muhammad SAW.”
26. Pembaiatan Al-Mahdi
“Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dengan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang
mengikuti Perang Badar. Kemudian datang sekelompok orang dari Iraq dan para Wali Abdal dari
penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan dari Syam yang
kemudiannya ditelan bumi di Al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semua mereka itu binasa melainkan si
pembawa berita sahaja.” Dalam satu riwayat disebutkan bahawa jumlahnya adalah dua orang, iaitu
seorang akan menyampaikan berita tersebut kepada Al-Mahdi manakala yang seorang lagi
menyampaikannya kepada As-Sufyani. Menurut riwayat yang lain lagi, kedua-dua mereka
menyampaikan berita tersebut kepada As-Sufyani.”
27. Bilangan Orang yang Membaiat Al-Mahdi
“Tiga ratus empat belas orang yang antaranya adalah perempuan akan bergabung dengan Al-Mahdi,
bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menzahirkan keadilan seperti yang
diharap-harapkan oleh semua orang. Lalu dia memerintah selama tujuh tahun. Setelah itu tiada lagi
kebaikan di muka bumi ini ang melebihi kebaikan pada masa Al-Mahdi.”
28. Pembawa Bendera Al-Mahdi
“Pembawa bendera Al-Mahdi adalah seorang lelaki dari suku Tamim yang datang dari Timur.”
29. Baitulmaqdis
“Al-Mahdi akan singgah di Baitulmaqdis.”
30. Kembalinya Umat Manusia Ke Jalan yang Benar
“Al-Mahdi akan memerangi umat manusia sehingga mereka kembali ke jalan yang benar.”
31. Penguasaan Al-Mahdi Terhadap Harta
“Pada akhir umatku nanti akan muncul seorang khalifah yang amat mudah mendapatkan harta
dengan jumlah yang tidak terkira banyaknya.”
32. Kemakmuran yang Diberikan Oleh Al-Mahdi Untuk Penduduk Dunia
“Al-Mahdi akan datang di tengah-tengah umatku, dia dilahirkan oleh Allah untuk menjadikan umatku
kaya, menyebabkan umatku hidup sejahtera, binatang ternakan mereka amat biak, tumbuh-tumbuhan
amat banyak dan akan membahagi-bahagikan harta benda kepada umat manusia secara saksama.”
33. Ciri-ciri al-Mahdi
“Sungguh Allah akan melahirkan seorang lelaki dari keturunanku yang giginya berjarak, dahinya lebar,
keadilannya meliputi seluruh alam dan akan mendapatkan harta benda dengan melimpah ruah.”
34. Nama, Perawakan, Akhlak dan Kuniyahnya
“Nama yang digunakan oleh Al-Mahdi adalah namaku, perawakannya seperti perawakanku,
akhlaknya seperti akhlakku dan kuniyahnya adalah Abu Abdillah.”
35. Panji-panji Hitam
“Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah walaupun
kamu terpaksa merangkak di atas salji kerana sesungguhnya di tengah-tengah Panji-panji itu ada
Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.”
36. Terjadinya Bencana
“Al-Mahdi akan lahir pada akhir zaman, ketika melandanya bencana, dan pemberian Al-Mahdi adalah
amat bererti (menyenangkan).”
37. Terjadinya Perang Besar
“Seandainya umur dunia ini tinggal satu hari sahaja lagi, nescaya Allah akan memanjangkannya
sehingga Dia mengangkat seorang Amir dari keturunanku, yang mana perang besar akan terjadi
semasa pemerintahannya, dan Islamlah yang akan menang. Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya
dan amat cepat pula hisab-Nya.”
38. Kemenangannya
“Al-Mahdi akan menundukkan Kostantinopel dan Jabal ad-Dailam.”
39. Keadilannya Meratai Penjuru Dunia
“Keadilan Al-Mahdi meratai seluruh alam. Kemudian dia diangkat menjadi Amir di Al-Qahtani.
Demi Zat yang mengutusku dengan sebenarnya, dia tidak ada yang (akan dapat) mengalahkannya.”
40. Nabi Isa AS Bersembahyang di Belakang Imam Mahdi
“Isa bin Maryam AS akan turun dan bersembahyang di belakang Al-Mahdi.”
41. Turunnya Nabi Isa AS dan Pemberitahuannya Akan Kekhalifahan Al-Mahdi
“Isa bin Maryam akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan Al-Mahdi. Apabila diminta
untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, “Tidak.” Lantas dia memberitahu,
“Sesungguhnya di kalangan kamu ada pemimpin yang dimuliakan oleh Allah untuk umat ini.”
42. Al-Mahdi Sebagai Pertengahan Kurun
“Sesungguhnya Al-Mahdi hidup pada pertengahan kurun, manakala Nabi Isa AS hidup pada akhir
zaman.”
43. Al-Mahdi Bersembahyang di Baitulmaqdis
“Ketika Al-Mahdi dan umat manusia yang berada di Baitulmaqdis mahu mengerjakan sembahyang
subuh, tiba-tiba Isa bin Maryam AS turun. Kemudian Al-Mahdi mundur agar Isa bin Maryam AS ke
hadapan untuk menjadi imam. Lantas Isa meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas kedua-dua
belah bahu Al-Mahdi seraya berkata, “Silakan maju dan jadi imamlah. Sesungguhnya sembahyang ini
diiqamahkan untukmu.” Kemudian Al-Mahdi menjadi imam bagi para mukmin dan Nabi Isa AS.”
44. Al-Mahdi Menjadi Imam Sembahyang Bagi Nabi Isa AS
“Al-Mahdi memalingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri, dan ketika itu Nabi Isa turun dari langit,
laksana menitisnya air dari rambut Al-Mahdi. Lantas Al-Mahdi berkata, “Silalah ke depan dan jadi
imamlah.” Nabi Isa AS menjawab, “Sesungguhnya sembahyang ini diiqamahkan untukmu.”
Kemudian Nabi Isa AS bersembahyang di belakang seorang lelaki dari keturunanku.”
45. Umur Al-Mahdi
“Al-Mahdi adalh dari anak keturunanku, dia berusia 40 tahun. Wajahnya bagaikan bintang yang
bergemerlapan, pipi kanannya bertahi lalat hitam, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah dia adalah
dari keturunan Bani Israel, dia akan mengeluarkan harta karun dan akan menundukkan kota-kota
maksiat.”
46. Pembaiatannya di Antara Hajar Aswad dengan Maqam Ibrahim
“Sebelum pembaiatan Al-Mahdi di antara Hajar dengan Maqam Ibrahim, ada kabilah yang menarik
perhatian Al-Mahdi mengenai sikp dan pembunuhannya terhadap jemaah haji di Mina.”
47. Ciri-ciri Al-Mahdi
“Kulit Al-Mahdi seperti kulit orang Arab, bentuk tubuhnya seperti bentuk tubuh Bani Israel, pipi
kanannya bertahi lalat dan kekhalifahannya diredai oleh seluruh penduduk bumi, penduduk langit dan
burung-burung di angkasa.”
48. Al-Mahdi Muncul dari Kampung Kurjah
“Al-Mahdi akan keluar dari Kampung Kurjah.”
49. Jihad Al-Mahdi Dalam Menegakkan Agama
“Al-Mahdi akan menegakkan agama secara keseluruhan seperti yang telah ditegakkan oleh Nabi SAW
semasa hayat baginda.”
50. Memerangi Romawi
“Al-Mahdi akan memerangi Rom selama tiga hari. Pada hari ketiga itulah Rom runtuh, kemudian
menyerang Kostantinopel. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan emas di Kostantinopel
dengan menggunakan perisai sebagai penyukatnya, tiba-tiba ada orang yang berteriak, “Sesungguhnya
Dajjal telah menundukkan keluarga-keluarga kamu semua.”
51. Mengapa Umat Manusia Mengerumuni Al-Mahdi?
“Umat manusia mencari dan mengerumuni Al-Mahdi umpama lebah mengerumuni madunya.
Keadilan Al-Mahdi meratai seluruh alam, seperti sebelumnya dunia ini dipenuhi dengan
penyelewengan. Pada masa itu, umat manusia menjadi seperti semasa kecilnya, sentiasa bermain dan
tidak pernah menumpahkan darah.”
52. Penguasaan Al-mahdi Terhadap Harta
“Al-Mahdi akan menguasai dunia seperti yang pernah dilakukan oleh Zulkarnain dan Nabi Sulaiman
AS.”
53. Berkata-kata
“Al-Mahdi termasuk orang yang sukar bertutur kata.”
54. Apabila Sukar Bercakap
“Jika Al-Mahdi berasa payah berckap, maka dia menepuk pahanya yang di sebelah kiri dengan tangan
kanannya.”
55. Peperangannya Berdasarkan Sunnah
“Al-Mahdi akan berperang berdasarkan sunnah, sama seperti Nabi SAW yang berperang berdasarkan
wahyu.”
56. Hamba Allah yang Terpilih
“Al-Mahdi dizahirkan pada bulan Muharam dan ada satu suara yang menyeru dari langit, “Ketahuilah
bahawa hamba Allah yang terpilih adalah si fulan, iaitu Al-mahdi. Oleh itu, dengarlah perintahnya dan
taatilah dia.”
57. Munculnya As-Sufyani
“Sebelum Al-Mahdi, As-Sufyani muncul bersama-sama 360 pasukan berkuda, dengan diiringi oleh
30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. Kemudian As-Sufyani mengerahkan
askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini seratus ribu orang terbunuh di Zaurak, yakni sebuah bandar di
Timur. Setelah itu mereka menyerbu Kufah. Lantas muncullah Panji-panji Hitam. Yang memegang
benderanya adalah seorang pemuda dari Bani Tamim yang digelarkan dia Syuaib bin Saleh. Dia
kemudian menyerang sekelompok tawanan daripada penduduk Kufah dan membunuhnya. Setelah itu
As-Sufyani mengerahkan askar-askarnya ke Madinah. Mereka terus menyerang Madinah selama tiga
hari lalu menuju ke Makkah. Semasa mereka sampai di Al-Baidak, Allah memerintahkan Jibril agar
menghentakkan kakinya dengan sekali hentakan, yang mana dengan hentakan tersebut mereka
trbenam ke dalam bumi, hingga tiada yang tinggal lagi melainkan dua orang, yang kemudian
menyampaikan berita tersebut kepada As-Sufyani namun As-Suyani tidak menghiraukannya. Dia
segera mengirimkan dua orang Parsi untuk membantu menakluk Kostantinopel. Oleh raja Romawi,
permintaannya itu segera dikabulkan. Namun ketika kedua-dua orang utusan itu sampai di pintu
gerbang Damsyik, mereka dibunuh. Selain itu, As-Sufyani juga membunuh orang yang mengingkari
dirinya, bahawa ada seorang wanita yang duduk di atas pahanya di pintu gerbang Damsyik. Pada
ketika itu terdengarlah seruan dari langit yang menyatakan, “Wahai manusia, sesungguhnya Allah
telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutunya. Allah telah
mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh
itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah Al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.” Lantas ada
satu pertanyaan yang diajukan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasul, bagaimana kami dapat
mengenalinya?” Rasulullah SAW menjawab, “Dia adalah dari keturunanku, yang perawakannya mirip
Bani Israel, dia memakai dua lapis jubah Qutwani, seolah-olah wajahnya bercahaya laksana bintang,
pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia seorang yang tampan, berusia empat puluh tahun. Dia akan
didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, Wali-wali Nujabak dari Mesir, para Asoib dari Timur dan
pengikut-pengikutnya. Mereka lantas pergi ke Makkah serentak, kemudian berangkat pula ke Syam.
Pada waktu itu, Jibril berada di depannya dan Mikail berada di belakangnya. Penghuni langit,
penduduk bumi, burung-burung, binatang-binatang buas dan ikan-ikan di laut semuanya reda
kepadanya. Air menjadi mudah di negeri mana pun yang dikuasainya, sungai-sungainya mengalir deras
dan galian-galian mudah ditemui. Kemudian dia pergi Syam dan menyembelih As-Sufyani di bawah
pohon yang dahan-dahannya menjulur sampai ke Laut Tibriyah.”
“Orang yang gagal adalah orang yang gagal pada hari pembunuhan Kalb, walaupun hanya sekadar
mengikat kakinya sahaja.”
58. Bencana yang Berlaku Sebelum Al-Mahdi Muncul
“Al-Mahdi akan dibaiat pada bulan Muharam, setelah berlaku bencana dan peperangan pada bulan
Ramadan hingga Zulhijah. Kemudian terjadi ancaman terhadap jemaah haji di Mina yang
mengakibatkan banyak kematian an darah mengalir di Jamrah. Sebahagian daripada jemaah haji itu
ada yang menyelamatkan Al-Mahdi lalu dibaiat di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, namun
dia enggan menerimanya. Dia lalu diancam, “Jika kamu tidak mahu menerima baiat daripada kami,
maka lehermu akan kami penggal.”
59. Ciri-ciri Kedua-dua Belah Pahanya
“Kedua-dua belah paha Al-Mahdi lebar dan renggang.”
60. Mematahkan Salib dan Membunuh Babi
“Al-Mahdi akan muncul dengan bijaksana dan adil. Salib-salib akan dihancurkan dan babi-babi akan
dibunuh. Dia akan membahagi-bahagikan harta, namun tidak seorang pun yang mahu menerimanya.”
61. Kemenangan-kemenangan Al-Mahdi
“Al-Mahdi akan menundukkan Rom dengan meneriakkan empat kali takbir, dan membunuh enam
ratus ribu orang. Dia akan mengeluarkan apa sahaja yang ada di Baitulmaqdis, Peti Tabut, maidah
Bani Israel, lembaran-lembaran Kitab Taurat, mhkota Nabi Adam AS, tongkat Nabi Musa AS,
singgahsana Nabi Sulaiman AS, alat penyukat Manna Bani Istael. Al-Mahdi kemudian memasuki
Kota Al-Qatik yang panjangnya seribu batu dan lebarnya 500 batu, dengan pintunya berjumlah 360
buah. Setiap pintu itu dijaga oleh seribu orang askar. Kemudian mereka meneriakkan takbir sebanyak
empat kali, maka runtuhlah benteng Kota Al-Qatik itu, lalu mereka merampas seluruh harta yang ada
di dalamnya. Mereka kemudian tinggal di sana selama tujuh tahun, lalu seluruh harta yang ada di Al-
Qatik itu dipindahkan ke Baitulmaqdis. Maka datanglah perkhabaran yang mengatakan bahawa Dajjal
telah keluar di tengah-tengah kaum Yahudi Isfahan.”
62. Al-Mahdi dan Perhiasan di Baitulmaqdis
“Tahir bin Asmak menyerang Bani Israel, kemudian menundukkannya dan merampas perhiasan yang
berada di Baitulmaqdis. Sebahagian daripada harta ini dibakar dan sebahagian lagi diangkut dengan
1,700 buah kapal untuk dibawa ke Rom.”
“Al-Mahdi akan mengambil dan mengembalikan semua harta tadi ke Baitulmaqdis. Kemudian dia
dan orang-orang yang bersama dengannya berjalan hingga melalui Rom, iaitu sebuah kota yang
berukuran seratus suq, yang mana setiap suq berukuran seratus ribu kaki, lantas kota ini dikalahkan
juga. Kemudian mereka melalui kota Al-Qtik yang berada di Laut Akhdar yang diliputi harta benda,
panjangnya seribu batu dan lebarnya pula 500 batu, serta memiliki tiga ribu buah pintu.”

No comments:

Post a Comment