Thursday 9 October 2014

AQIDAH AHLUSSUNAH WAL JAMAAH: Syahadatain, Ilmu Tauhid, Ilmu Aqaidul Iman, Ilmu Kalam, Ilmu Sifat, Ilmu Usuluddin

AQIDAH AHLUSSUNAH WAL JAMAAH: Syahadatain, Ilmu Tauhid, Ilmu Aqaidul Iman, Ilmu Kalam, Ilmu Sifat, Ilmu Usuluddin



SYAHADATAIN

Syahadatain adalah merupakan asas yang terpenting sekali bagi tertegaknya Islam
secara menyeluruh pada diri setiap manusia. Islam tidak akan tertegak jika tidak ditegakkan
empat rukun yang lain (solat, puasa, zakat dan haji) dan empat rukun tidak akan tertegak jika
tidak sempurna syahadatainnya bahkan tidak ada Islam sebelum adanya syahadatain.
Islam bermula dengan syahadatain diikuti dengan syariat yang sahih, iktiqad yang
tepat dan ubudiyyah kepada Allah s.w.t.. Syahadatain melambangkan jiwa islam yang syumul,
seumpama nyawa nadi kepada badan seluruhnya. Setiap anggota daripada badan tiada
berperanan lagi sebagai seorang manusia yang hidup jika tiada nyawa. Begitulah kalimah
Lailahaillallah Muhammadurrasulullah, merupakan nyawa bagi setiap aspek atau bahagian
dari Islam. Setiap ibadat atau amalan orang Islam yang tidak keranaNya, diibaratkan seperti
menanam benih yang mati. Oleh itu, sebarang amalan oleh orang-orang yang tidak
mempedulikan # pemilikan pengetahuan serta pengalaman dan pemeliharaan akan
syahadatain tidak ada harga di sisi Allah s.w.t. kerana ia dianggap sebagai bangkai seperti
firman Allah:

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

Maksudnya: Dan Kami hadapkan segala amal yang mereka kerjakan (yang baik-baik) lalu
kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.
(Al-Furqan:23)
Begitulah juga dengan amalan-amalan kebajikan yang dikerjakan oleh kebanyakan
orang Islam, sekiranya tidak disertakan dengan ruh syahadatain adalah tidak diterima sama
sekali oleh Allah. Rugilah tempoh hidup yang diberikan oleh Allah kerana manusia tidak
menggunakannya sebagaimana yang telah ditunjuki oleh baginda Rasulullah s.a.w..
Islam yang diajarkan oleh Rasulullah bukanlah sebagaimana yang difahami oleh
sesetengah orang iaitu terletak pada hati, kerana jikalau demikian semua orang kafir menjadi
Muslim. Sebenarnya Islam terletak pada syahadatain. Menerima syahadatain adalah dengan
serentak melalui lidah, hati dan anggota. Maknanya dilafazkan dengan lidah # ditasyhidkan
dengan hati dan diamalkan dengan anggota serta dipelihara akan apa yang diucapkan itu pada
setiap masa, waktu dan keadaan walau di mana jua berada. Keingkaran salah satu dari ketigatiga
perkara itu atau meninggalkan satu daripadanya maka batallah syahadah tersebut.

Rukun dan syarat mengucapkan syahadah
 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Rukun dan syarat mengucapkan syahadah adalah seperti berikut:-

1) Orang yang mengucapkan syahadah.
Disyaratkan pada orang yang mengucapkan itu
i) Berakal
ii) Memahami kandungan syahadah sekurang – kurangnya makna yang hakiki iaitu tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu adalah utusan Allah.
iii) Dengan rela hati tanpa dipaksa.
iv) Yakin dengan percaya dengan syahadah yang diucapkan

2) Lafaz.
Disyaratkan pada lafaz itu
i) Mengandungi kedua – dua syahadah iaitu pengakuan bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan pengakuan bahawa nabi Muhammad itu utusan Allah.
ii) Berturut – turut antara dua kalimah syahadah dengan tidak diselangi oleh diam yang panjang atau diselangi oleh perkataan yang lain yang tidak ada kena mengena dengan ucapan syahadah.
iii) Dengan lafaz “asyhadu” yang bererti “aku naik saksi” dan tidak memadai dengan lafaz yang lain daripada itu seperti a’lamu (aku mengetahui) atau uqirru (aku berikrar) atau sebagainya.
iv) Menyebut nama Allah tertentu dengan lafaz Allah sahaja dan tidak memadai dengan nama Allah yang lain seperti dikatanya “Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Arrahman” maka yang demikian tidak memadai.
v) Dengan lafaz nafi dan isbat iaitu menafikan ketuhanan selain daripada Allah kemudian menetapkan ketuhanan itu bagi Allah. Tidak memadai dengan lafaz isbat semata – mata seperti dikatanya aku naik saksi bahawa Allah itu Tuhan.

3) Ada saksi.
Ini bagi orang kafir yang memeluk Islam atau bagi orang yang murtad yang ingin kembali kepada Islam.

Rukun dan syarat syahadah
Rukun syahadah itu ada empat :-
1) Mengakui keesaan zat Allah. Syaratnya ada enam.
i) Wujud
ii) Kidam
iii) Baqa’
iv) Mukhalafatuhu taala lil hawadis
v) Qiamuhu taala binafsihi
vi) Wahdaniah

2) Mengakui sifat Allah syaratnya tujuh
i) Kudrat
ii) Iradat
iii) Ilmu
iv) Hayat
v) Sama’
vi) Basar
vii) Kalam

3) Mengakui af’al (perbuatan) Allah syaratnya tujuh
i) Kaunuhu kadiran
ii) Kaunuhu muridan
iii) Kaunuhu aliman
iv) Kaunuhu hayyan
v) Kaunuhu sami’an
vi) Kaunuhu basiran
vii) Kaunuhu mutakalliman

4) Mengakui kebenaran Rasulullah saw syaratnya tiga
i) Qauli membenarkan perkataan baginda
ii) Fi’li membenarkan perbuatan baginda
iii) Ahwali membenarkan sikap dan persetujuan baginda

Perkara – perkara yang membatalkan syahadah
Batal syahadah dengan salah satu daripada tiga jalan :-

1) Perbuatan.
Iaitu melakukan perkara – perkara yang pada urufnya menunjukkan telah hilang kepercayaannya kepada agama Islam seperti sujud kepada berhala , membuang ancak , mencium kitab agama lain dan seumpamanya.

2) Perkataan.
Iaitu dengan mengucapkan perkataan yang pada urufnya menunjukkan telah hilang kepercayaannya kepada agama Islam seperti mengejek – ngejek agama Islam dengan perkataan , menghalalkan perkara yang haram atau mengharamkan perkara yang halal. Begitu juga mempersendakan sunnah nabi dengan perkataan.

3) Niat.
Seperti diiktikadkan ada agama yang sama atau lebih baik daripada agama Islam. Begitu juga mengiktikadkan ada hukum yang sama atau lebih baik daripada hukum Islam. Atau berniat untuk keluar daripada agama Islam , walaupun niat tersebut digantungkan kepada suatu masa yang akan datang menjadi batal syahadahnya ketika itu juga.

Orang yang telah batal syahadahnya menjadi murtad (terkeluar daripada agama Islam) dan wajib diminta taubat daripadanya dengan diberi tempoh selama tiga hari. Sekiranya ia enggan maka wajib dibunuh oleh pemerintah dan jenazahnya tidak boleh diperlakukan sebagai jenazah muslim seperti dimandikan , dikafankan , disembahyangkan , dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam.

Sabda rasulullah saw
ﻣﻦ ﺑﺩﻝ ﺩﻳﻧﻪﻓﺎﻗﺗﻟﻭﻩ
Ertinya :Barang siapa yang menukar agamanya maka bunuhlah ia.

Sabda rasulullah saw lagi
ﻻ ﻳﺣﻝ ﺪﻡ ﺍﻣﺭﺉ ﻤﺳﻟﻡﺇﻻ ﻣﻦ ﺇﺣﺪﻯ ﺛﻼﺙ ﺍﻟﺛﻳﺏ ﺍﻟﺯﺍﻧﻲ ﻭﺍﻟﻧﻓﺱ ﺒﺎﻟﻧﻓﺱ ﻭﺍﻟﺗﺎﺭﻚ ﻟﺩﻳﻧﻪ ﺍﻟﻣﻓﺎﺭﻖ ﻟﻟﺟﻣﺍﻋﺔ
Ertinya :Tidak halal darah seseorang muslim itu melainkan salah satu daripada tiga perkara orang yang telah berkahwin tetapi berzina , orang yang melakukan jenayah membunuh dan orang yang keluar daripada agama dan memisahkan diri daripada jamaah.

Asas murtad
Asas murtad itu adalah keingkaran samada keingkaran itu dilakukan dengan perbuatan atau perkataan atau niat seperti berikut:-

1) Mengingkari Allah dan rasulnya atau salah satu sifat atau lebih daripada sifat – sifat Allah dan rasulnya atau salah satu nama atau lebih daripada nama – nama Allah dan rasulnya yang telah ijmak oleh sekelian ulama akan sabitnya.

2) Mengingkari satu ayat daripada ayat – ayat Al Quran atau lebih yang telah ijmak sekelian ulama Islam bahawa ayat tersebut merupakan ayat Al Quran.

3) Mengingkari hadis – hadis nabi yang mutawattir iaitu hadis - hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang ramai yang sampai kepada bilangan mustahil untuk mereka berpakat mengadakan dusta atau mustahil mereka melakukan kesilapan di dalam perkara yang sama.

4) Mengingkari satu rukun daripada rukun – rukun iman atau lebih atau mengingkari satu rukun daripada rukun – rukun Islam atau lebih.

5) Mengingkari satu kewajiban atau lebih yang telah ijmak ulama akan wajibnya seperti kewajiban berbuat baik kepada ibu bapa , kewajiban menunaikan janji dan seumpamanya. Ini termasuk juga jika perintah yang sunnat sekalipun.

6) Mengingkari satu keharaman atau lebih daripada perkara – perkara yang dilarang oleh Allah yang telah ijmak ulama akan haramnya seperti haram minum arak , makan daging babi dan seumpamanya. Ini termasuk juga walaupun larangan yang makruh.

7) Mengkafirkan orang yang beriman atau tidak mengkafirkan orang yang telah jelas kekafirannya.
Murtad boleh berlaku walaupun dilakukan dengan niat bergurau dan bermain – main. Wal iyazubillah.

Sabda rasulullah saw
Ertinya : Tiga perkara yang jika dilakukan bersungguh – sungguh jadi sungguh dan jika dilakukan secara bermain – main pun menjadi sungguh iaitu murtad , menceraikan isteri dan membebaskan hamba.

Walaubagaimanapun hukuman murtad tidak dapat dijatuhkan jika murtad itu berlaku di dalam keadaan dipaksa dengan ancaman bunuh atau disiksa dengan siksaan yang tidak tertanggung pada adat atau dilakukan di dalam keadaan lupa atau jahil.

Tuntutan dua kalimah syahadah

1) Membanyakkan zikir la ilaha illa llah dan menyungguh – nyungguhkan maknanya selama – lamanya selagi hidup.
2) Menjauhi perkara – perkara yang bertentangan dengan dua kalimah syahadah iaitu amalan kufur ,syirik , nifak ,bid’ah , maksiat dan lalai.
3) Melaksanakan perkara – perkara yang dituntut daripada amalan wajib dan sunnat khususnya rukun Islam yang lima.
4) Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar terhadap diri , keluarga dan masyarakat.
5) Menyebarkan akidah tauhid kepada sekelian manusia lebih – lebih lagi ke atas diri , keluarga dan masyarakat.
6) Ikhlas kepada Allah
7) Bertaubat kepada Allah dari dosa dan lalai.
8) Takut dan harap kepada Allah.
9) Bersyukur kepada Allah atas nikmat dan sabar serta reda atas musibah.
10) Membanyakkan berfikir atas kebesaran Allah.
11) Mencintai Allah , rasul dan orang – orang yang beriman.
12) Bertawakkal kepada Allah di dalam semua urusan.
13) Mengingati mati dan mencintai akhirat.
14) Berjihad menegakkan dan mempertahankan Islam samada dengan lisan , pena atau pedang.
15) Bercita – cita untuk syahid dan bersedia untuk mati syahid.

===========================================
Petikan karangan ini diambil daripada blog Al-Ihya.


Pengertian Tauhid
::::::::::::::::::::::
MengEsakan Allah , Tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .

Pengertian Iman
::::::::::::::::::::
Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.

Rukun Iman dan Pengertiannya
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Rukun
-------
1. Percaya kepada Allah

Sifat Allah:
a.Wajib 20
b.Mustahil 20
c.Harus 1

Sila rujuk SIFAT 20

2. Percaya kepada Malaikat

Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili

Jibril Menyampaikan wahyu
Mikail Membawa rezeki
Israfil Meniup sangkakala
'Izrail Mencabut nyawa
Munkar Menyoal mayat di dalam kubur
Nakir Menyoal mayat di dalam kubur
Raqib Mencatit amalan kebajikan
Atid Mencatit amalan kejahatan
Malik Menjaga pintu neraka
Ridwan Menjaga pintu syurga

3. Percaya kepada Kitab

Kitab Samawi:

Al-Quran-----Muhammad s.a.w---------- Bahasa Arab

Injil-----------Isa a.s ---------------------- Bahasa Siryani

Zabur--------Daud a.s--------------------- Bahasa Qibti

Taurat-------Musa a.s--------------------- Bahasa Ibrani


4. Percaya kepada Rasul

1. Adam
2. Idris
3. Nuh
4. Hud
5. Saleh
6. Ibrahim
7. Luth
8. Ishak
9. Ismail
10. Ya'qub
11. Yusuf
12. Ayub
13. Syu'aib
14. Harun
15. Musa
16. Ilyasa'
17. Zulkifli
18. Daud
19. Sulaiman
20. Ilyas
21. Yunus
22. Zakaria
23. Yahya
24. Isa 25. Muhammad S.A.W.

4. Percaya kepada Hari Akhirat

5. Percaya kepada Qadha’ dan Qadar
o Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkara
o Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara

Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah

Adapun Mubadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara:
1. Nama ilmu ini yaitu ilmu Tauhid, ilmu Kalam, ilmu Sifat, ilmu Ussuluddin, ilmu ‘Aqidul Iman
2. Tempat ambilannya : yaitu diterbitkan daripada Qur’an dan Hadits
3. Kandungannya yaitu mengandung pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangan kepercayaan kepada Tuhan dan kepada rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh I’tikad yang yakin (kepercayaan yang putus/Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramal menurut bagaimana kepercayaan itu.

4. Tempat bahasannya atau Maudu’nya kepada empat tempat:

a. Pada Zat Allah Ta’ala dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil padaNya dan sifat-sifat yang harus padaNya.
b. Pada zat rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil padanya dan sifat-sifat yang harus padanya
c. Pada segala kejadian dari segi jirim dan jisim dan aradh sekira-kira keadaannya itu jadi petunjuknya dan dalil bagi wujud yang menjadikan dia
d. Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran rasul-rasul Allah seperti hal-hal surga dan neraka dan hari kiamat

5. Faedah ilmu ini yaitu dapat mengenal Tuhan dan percaya akan rasul dan mendapat kebahagian hidup didunia dan hidup di akhirat yang kekal.

6. Nisbah ilmu ini dengan lain-lain ilmu, yaitu ilmu ini ialah ilmu yang terbangsa kepada agama islam dan yang paling utama sekali dalam agama islam.

7. Orang yang menghantarkan ilmu ini atau mengeluarkannya yaitu, yang pertama mereka yang menghantarkan titisan ilmu tauhid dengan mendirikan dalilnya untuk menolak perkataan mereka yang menyalahi ialah dari pada ulama-ulama yang mahsyur yaitu Imam Abu Al hasan Al Asy’ari dan Imam Abu Mansur At Maturidi tetapi mereka pertama yang menerima ilmu tauhid daripada Allah Ta’ala ialah Nabi Adam alaihissalam, dan yang akhir sekali Nabi Muhammad SAW.

8. Hukumnya, yaitu fardhu ‘ain bagi tiap-tiap orang yang mukallaf laki-laki atau perempuan mengetahui sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada Allah Ta’ala dengan jalan Ijmal atau ringkasan begitu juga bagi rasul-rasul Allah dan dengan jalan tafsil atau uraian

9. Kelebihannya yaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu yang lain-lain, karena menurut haditsnya Nabi Muhamad s.a.w:

Inallahata’ala lam yafrid syai’an afdola minattauhid wasshalati walaukana syai’an afdola mintu laf tarodohu ‘ala malaikatihi minhum raakitu wa minhum sajidu,

Ertinya: Tuhan tidak memfardukan sesuatu yang terlebih afdhol daripada mengEsakan Tuhan. Jika ada sesuatu terlebih afdhol daripadanya niscaya tetaplah telah difardhukan kepada malaikatnya padahal setengah daripada malaikatnya itu ada yang ruku’ selamanya dan setengah ada yang sujud selamanya.
Dan juga ilmu tauhid ini jadi asal bagi segala ilmu yang lain yang wajib diketahui dan lagi karena mulia , yaitu Zat Tuhan dan Rasul dan dari itu maka jadilah maudu’nya semulia-mulia ilmu dalam agama islam.

10. Kesudahan ilmu ini yaitu dapat membedakan antara I’tikad dan kepercayaan sah dengan yang batil dan dapat pula membedakan antara yang menjadikan dengan yang dijadikan atau antara yang Qadim dengan yang muhadasNya

Ilmu Tauhid
::::::::::::::
Adapun pendahuluan masuk pada menjalankan ilmu tauhid itu berhimpun atas tiga perkara:
1. Khawas yang lima yaitu, Pendengar, Penglihat, Pencium, Perasa lidah dan Penjabat
2. Khabar Mutawatir, yaitu khabar yang turun menurun. Adapun khabar mutawatir itu dua bahagi:

a. Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah orang banyak
b. Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah rasul-rasul
3. Kandungannya yaitu mengandung pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangan kepercayaan kepada Tuhan dan kepada rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh I’tikad yang yakin (kepercayaan yang putus/Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramal menurut bagaimana kepercayaan itu.

Aqal
::::::

Adapun ‘Aqal itu dua bahagi :
1. ‘Aqal Nazori, yaitu aqal yang berkehendak kepada fikir dan keterangan.
2. ‘Aqal Doruri, yaitu aqal yang tiada berkehendak kepada fikir dan keterangan.
Adapun Hukum ‘Aqal itu tiga bahagi:
1. Wajib ‘Aqal, yaitu barang yang tiada diterima oleh aqal akan tiadanya maka wajib adanya (Zat, Sifat dan Af’al Allah)
2. Mustahil ‘Aqal, yaitu barang yang tiada diterima oleh aqal akan adanya maka mustahil adanya (Segala kebalikan daripada sifat yang wajib, sekutu)
3. Harus ‘Aqal, yaitu barang yang diterima oleh akal akan adanya atau tiadanya (Alam dan segala isinya yang baharu/diciptakan)


Sesungguhnya setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui sifat-sifatnya , maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum 'aqal dan bahagiannya.

Pengertian Hukum 'Aqal :

Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu ( Adat ) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan hukum Syari'e ).

Pengertian 'Aqal :

Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga dengan itu manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima ilmu Nazhariyyah ( Ilmu yang berkehendakkan berfikir ) dan boleh mentadbirkan segala pekerjaan dengan fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya berbagai-bagai manafaat dan kebahagiaan kepada manusia.

Dan aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak juga tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada 'aqal. Dan di antara keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( ' Aqal berhajat kepada Syarak dan Syara' berhajat kepada 'Aqal ) .

Bahagian Hukum 'Aqal :

Adalah hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga :

1) Wajib 'Aqli iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka maksudnya ialah mesti ada Allah s.w.t bersifat qidam.

2) Mustahil 'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya mesti tiada . Yang demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya tidak sekali-kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu.

3) Harus 'Aqli iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka hakikatnya boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerak atau diam.

Bahagian Wajib 'Aqli :

Adalah wajib 'aqli terbahagi dua :

1) Wajib 'aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua .

2) Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.

Bahagian Mustahil 'Aqli :

Adalah Mustahil 'Aqli terbahagi dua :

1) Mustahil 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendak kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti contoh menghukumkan tiada terima ;aqal satu itu separuh daripada tiga.

2) Mustahil 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang mensyirik bagi Allah s.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah s.w.t itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendatangkan dalil.

Bahagian Harus 'Aqli :

Adalah Harus A'qli itu terbahagi dua :

1) Harus 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam .

2) Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti contoh memberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal , maka 'aqal menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu .


Mumkinun (Baharu Alam)
::::::::::::::::::::::::::::::

Adapun yang wajib bagi ‘Alam mengandung empat perkara:
1. Jirim, yaitu barang yang beku bersamaan luar dan dalam seperti, batu, kayu, besi dan tembaga
2. Jisim, yaitu barang yang hidup memakai nyawa tiada bersamaan luar dalam seperti manusia dan binatang
3. Jauhar Farad, barang yang tiada boleh dibelah-belah atau dibagi-bagi seperti asap, abu dan kuman yang halus-halus
4. Jauhar Latief, yaitu Jisim yang halus seperti ruh, malaikat, jin, syaiton dan nur

Wajib bagi Jirim, Jisim, Jauhar Farad dan Jauhar Latief bersifat dengan empat sifat:
1. Tempat, maka wajib baginya memakai tempat seperti kiri atau kanan, atas atau bawah, hadapan
atau belakang
2. Jihat, maka wajib baginya memakai jihat seperti utara atau selatan, barat atau timur, jauh atau dekat
3. Berhimpun atau bercerai
4. Memakai ‘arad, yaitu gerak atau diam, besar atau kecil, panjang atau pendek dan memakai rasa seperti manis atau masam, masam atau tawar dan memakai warna-warna seperti hitam atau putih, merah atau hijau dan memakai bau-bauan seperti harum atau busuk.

Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.

1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.

Maka dengan itu kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang Maha Pencipta.

2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih baik dan lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.

Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa Allah Ta’ala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.

3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang dijadikan adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat lagi.

Dan apabila kita perhatikan alam cakerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan semua makhluk yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai memikirkan segala kejadian tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa penciptanya mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan.

Sesungguhnya dari Kaedah Syar’iyyah dan berita para Nabi bahawa yang menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan.


Mengenal Allah S.W.T.
:::::::::::::::::::::::::::
1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.

2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.

3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-


1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.

2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.

4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-

1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.

2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.

3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.

5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka para ulama
membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).

6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan keterangan.

7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Taqlid Jazam (putus)
- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang jazam (putus).

2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak,zhan atau waham(tiada putus).

8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.

9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahli bida’ah.

10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak pada seseorang manusia.

Hukum Adat Thobi'at
:::::::::::::::::::::::::
Adapun yang wajib bagi hukum adat Thobi’at yang dilakukan didalam dunia ini sahaja, seperti makan, apabila makan maka wajib kenyang sekedar yang dimakan begitu juga api apabila bersentuh dengan kayu yang kering maka wajib terbakar, dan pada benda yang tajam yang apabila dipotongkan maka wajib putus atau luka.

Dan begitu juga pada air apabila diminum maka wajib hilang dahaga sekedar yang diminum. Adapun yang mustahil pada adat Thobi’at itu tiada sekali-kali seperti makan tiada kenyang, minum tiada hilang dahaga, dipotong dengan benda yang tajam tiada putus atau luka dan dimasukkan didalam api tiada terbakar. Akan tetapi yang mustahil pada adat itu sudah berlaku pada nabi Ibrahim as di dalam api tiada terbakar dan pada nabi Isma’il as dipotong dengan pisau yang tajam diada putus atau luka .

Adapun yang mustahil pada adat itu jika berlaku pada rasul-rasul dinamakan Mu’jizat, jika berlaku pada nabi-nabi dinamakan Irhas, jika pada wali-wali dinamakan Karamah, dan jika pada orang yang ta’at dinamakan Ma’unah dan jika berlaku pada orang kafir atau orang fasik yaitu ada empat macam:

1. dinamakan Istidraj pada Johirnya bagus dan hakikat menyalahi
2. dinamakan Kahanah yaitu pada tukang tenung
3. dinamakan Sa’uzah yaitu pada tukang sulap mata
4. dinamakan Sihir yaitu pada tukang sihir

AQAI'DUL IMAN
:::::::::::::::::::

Adapun Aqa’idul Iman itu lima bahagian:

1. Aqa’idul Iman 50, yaitu dengan ringkas untuk mengesahkan iman kita dan wajib diketahui bagi tiap-tiap orang islam yang baligh lagi beraqal laki-laki atau perempuan yang mula hendak mengerjakan ibadah kepada Allah Ta’ala, jikalau tiada kita mengetahui Aqa’idul Iman yang ringkas ini maka tiadalah syah ibadah kita kepada Allah Ta’ala yaitu 20 sifat yang wajib dan 20 sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus maka dijumlahkan jadi 41 dan 4 sifat yang wajib bagi rasul dn 4 sifat pula yang mustahil dan 1 sifat yang harus pada rasul maka jadi 9, maka dijumlahkan dengan 41, jadi 50 Aqa’id
2. Aqa’idul Iman 60
3. Aqa’idul Iman 64
4. Aqa’idul Iman 66
5. Aqa’idul Iman 68

Adapun Aqa’idul Iman yang empat (4) kemudian ini untuk ma’rifat yaitu untuk membedakan dzat Allah Ta’ala dengan dzat yang baharu, dan membedakan sifat Allah Ta’ala dengan sifat yang baharu dan membedakan perbuatan Allah Ta’ala dengan perbuatan yang baharu, maka kesemuanya itu benar, hanya perselisihannya pada Rukun Iman sahaja, setengahnya tiada dimasukkan Rukun Iman yang 4 perkara, maka jadi 60, setengahnya dimasukkan Rukun Iman tetapi tiada dimasukkan lawannya, maka jadi 64, dan setengahnya dimasukkan Rukun Iman yang 4 perkara dan lawannya , maka jadilah 68 dan yang 66 tiada masyhur sebab tiada dimasukkan satu (1) sifat yang wajib bagi Rasul dan lawannya maka inilah sebab menjadi 66.

Maka baharulah jadi Syahadat itu dua (2) bahagi:

1. Syahadat Tauhid, yaitu Ashadu anllaa ilaha ilallah
2. Syahadat Rasul, yaitu Ashadu ana muhammadarrasuulullaah


Adapun Fardhu Syahadat itu dua perkara:

1. Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah
2. Ditasdiqkan makna itu kedalam hati


Syarat Syahadat itu empat perkara:

1. Diketahui apa isi didalam dua kalimah itu
2. Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah
3. Ditasdiqkan maknanya itu kedalam hati
4. Diyakinkan sungguh-sungguh didalam hati


Rukun Syahadat itu empat perkara:

1. Mengisbatkan dzat Allah Ta’ala dzat yang wajibal wujud
2. Mengisbatkan sifat Allah Ta’ala sifat yang kamalat atau sifat yang kesempurnaan
3. Mengisbatkan af’al Allah Ta’ala memberi bekas dan yang berlaku dalam alam ini semua perbuatannya
4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah dan Muhammad itu benar-benar pesuruh Allah


Kesempurnaan Syahadat itu empat (4) perkara:

1. Diketahui
2. Diikrarkan dengan lidah
3. Ditasdiqkan maknanya didalam hati
4. Diamalkan dari dalam hati hingga melimpah keseluruh anggota


Yang Membinasakan Syahadat itu empat (4) perkara:

1. Syak hatinya pada Allah Ta’ala
2. Menduakan Allah Ta’ala
3. Menyangkal dirinya dijadikan Allah Ta’ala
4. Tiada mengisbatkan dzat, sifat dan af’al Allah Ta’ala dan kebenaran Rasul


Adapun dzikir itu tiga (3) bahagian

1. Dzikir lidah yaitu: Laa ilaha ilallah
2. Dzikir hati yaitu: Allah
3. Dzikir sirr yaitu: Huwa


Adapun Laa ilaha ilallaah dzikir orang Syari’at
Adapun Allah... Allah... dzikir orang Tarikat
Adapun Huwa… Huwa… dzikir orang Hakikat

Laa ilaha ilallaah itu makanan Jasmani
Allah… Allah… itu makanan Qalbu
Huwa… Huwa… itu makanan Ruhani

ALLAH
Alif = Dzat
Lam = Sifat
Lam = Af’al
Ha = Asma’


~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

MA'RIFAT

Adapun hakikat Ma’rifat itu berhimpun atas tiga perkara:
1. 'Itikad Jazam, yaitu 'Itikad yang putus tiada syak, dzon dan waham
2. Muwafikulilhaq, yaitu Muafakat dengan yang sebenarnya mengikut Al Qur’an dan Hadits
3. Mu’addalil yaitu beserta dalil

Adapun Dalil itu dua bahagi:

1. Dalil naqal (naqli), yaitu Al Qur’an dan Hadits.
2. Dalil aqal (aqli), yaitu aqal kita



~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

Adapun dalil wujud Allah Ta’ala pada orang awam yaitu Baharu alam seperti firman Allah Ta’ala dalam Al Qur’an : Allahu khaliqu kullu syai’in, artinya: Allah Ta’ala yang menjadikan tiap-tiap sesuatu

Adapun Hakikat Ma’rifat orang yang Khawas :

1. 'Itikat jazam, tiada syak, dzon dan waham
2. Muwafakat ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan Ilham Ilahi
3. Dalil pada dirinya, seperti firman Allah Ta’ala dalam Al Qur’an: wa fii amfusikum afala tubsiruun, artinya: pada diri kamu tiadakah kamu lihat, dan juga Hadits Rasullullah, Man arofa nafsahu faqod arofa Robbahu, artinya barang siapa mengenal dirinya bahwasanya mengenal Tuhannya.

Adapun Hakikat Ma’rifat orang yang Khawasul khawas:

1. I’tikad jazam, tiada sak, dzon dan waham
2. Muwafakat Ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan kasaf Ilahi terkaya ia daripada dalil yakni tiada berkehendak lagi kepada dalil (Aqal dhoruri) terus ia ma’rifat kepada Allah Ta’ala.



~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

Adapun Ma’rifat itu tiga martabat:
1. Ilmul yaqin, yaitu segala Ulama
2. ‘Ainul yaqin, yaitu segala Aulia
3. Haqqul yaqin, yaitu segala Anbiya

~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

SIFAT-SIFAT KETUHANAN

Adapun yang wajib bagi Ketuhanan itu bersifat dengan empat sifat:


1. Sifat Nafsiyah, yaitu Wujud
2. Sifat Salbiyah yaitu, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Qiyamuhu binafsihi dan Wahdaniat
3. Sifat Ma’ani, yaitu, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Bashir dan Kalam
4. Sifat Ma’nawiyah, yaitu Qadirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirrun dan Muttaqalimuun

Dibahagi lagi menjadi dua sifat (Pendekatan secara nafi dan isbat)

1. Sifat Istighna’ yaitu, Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilkhawadits, Qiyamuhu binafsihi, Sami’, Bashir, Kalam, Sami’un, Bashirun dan Muttaqallimun
2. Sifat Iftikor, yaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kodirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun dan Wahdaniah

No comments:

Post a Comment