Thursday 9 October 2014

Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar oleh Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki

Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar oleh Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki


Bab III : Lima Puluh Enam Buah Keterangan Daripada Tabiin dan Tabiit Tabiin

1. Seruan Dari Langit
“Nama Al-Mahdi akan dipanggil-panggil dari arah langit.”
2. Satu Tanda Pada Matahari
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum muncul suatu tanda pada matahari.”
3. Dua Tanda Keluarnya Al-Mahdi
“Bagi Al-Mahdi ada dua tanda, sesuatu yang belum pernah berlaku kepada sesiapa pun sejak Allah
menciptakan langit dan umi. Kedua-dua tanda itu ialah bulan yang memancarkan cahaya merah pada
awal bulan Ramadan dan matahari memancarkan cahaya merah pada pertengahan bulan Ramadan.”
4. Panji-panji Hitam
“Sebelum Al-Mahdi muncul, Panji-panji Hitam akan berkibar dan baju pasukannya berwarna putih di
bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi. Mereka menyerang pasukan As-Sufyani. Akhirnya dia
sampai ke Baitulmaqdis lalu menyerahkan kekuasaan kepada Al-Mahdi. Jarak waktu antara
penyerangan Syuaib dengan penyerahan kekuasaan kepada Al-Mahdi adalah 72 bulan.”
5. Panglima Perang Al-Mahdi
“Panglima perang Al-Mahdi adalah orang-orang yang paling terpilih. Penolong dan pembaiat Al-
Mahdi adalah penduduk Kufah, Yaman dan para wali abdal dari negeri Syam. Yang berada di
hadapan Al-Mahdi adalah malaikat Jibil dan Mikail AS. Dia dicintai oleh para makhluk,
kepemimpinannya mampu menyelesaikan bencana yang menjadi-jadi. Penduduk bumi berasa amat
tenteram sehingga lima orang perempuan dapat menunaikan ibadat haji tanpa seorang muhrim pun.
Mereka ini tidak takut sedikit pun melainkan kepada Allah.”
6. Keterangan Al-Mahdi Dalam Kitab-kitab Rasul Terdahulu
“Tertulis di dalam kitab para nabi bahawa Al-Mahdi adalah orang yang tidak pernah melakukan
kezaliman dan tidak mempunyai kesalahan.”
7. Penaklukan-penaklukannya
“Al-Mahdi mengibarkan panji-panji ke Turki lalu menundukkan penduduknya. Dia mengambil harta
yang ada di wilayah itu lantas bergerak menuju ke Syam dan menundukkan penduduknya. Kemudian
dia memerdekakan setiap hamba dan membayar harga tebusan bagi setiap hamba tersebut.”
8. Keadaan Umat Manusia yang Berada Dalam Wilayah Al-Mahdi
“Al-Mahdi berada di tengah-tengah umat Islam selama 39 tahun. Ketika itu yang kecil berkata,
“Aduhai, aku seperti orang dewasa.” Dan orang dewasa pula berkata, “Aduhai, aku seperti budak
kecil lagi.”
9. Masa Hidup Al-Mahdi
“Al-Mahdi hidup selama 40 tahun.”
10. Masa Kepmimpinannya
“Al-Mahdi hidup selama 30 tahun.”
11. Masa Hayat Al-Mahdi
“Al-Mahdi hidup selama 14 tahun.”
12. Tempat Meninggalnya
“Al-Mahdi hidup selama 40 tahun dan meninggal dunia di atas tempat tidurnya.”
13. Manusia Mendatangi Al-Mahdi
“Al-Mahdi didatangi oleh orang ramai di rumahnya. Ketika itu manusia sedang ditimpa pembunuhan.
Dia dipanggil, “Ke marilah kamu!” Dia menolak sehingga diancam akan dibunuh. Pada ketika itulah
dia bangkit untuk menyelamatkan manusia. Setelah itu tidak ada lagi pembunuhan.”
14. Tahun Kemunculan Al-Mahdi
“Umat manusia akan berkumpul pada tahun 1204.”
15. Panglima Al-Mahdi
“Yang akan membawa bendera Al-Mahdi adalah seorang lelaki yang muda usia. Dia berjanggut nipis
dan berkulit kuning. Sekiranya dia menggempur gunung, nescaya gunung itu hancur rata dipukulnya
hingga mereka sampai ke bandar Ilyak.”
16. Terbunuhnya Raja-raja
“Sebelum Al-Mahdi, raja Syam terbunuh, raja Mesir terbunuh, bangsa Syam menawan kabilah dari
Mesir, seorang lelaki dari Timur berangkat mengibarkan Panji-panji Hitam yang menurut satu riwayat
adalah berbangsa Syam, dan dialah yang akan menyerahkan kekuatannya kepada Al-Mahdi.”
17. Penguasa Afrika dan Keadilannya
“Sebelum Al-Mahdi, pemerintah Afrika berkuasa selama dua belas tahun. Kemudian dia dikuasai oleh
seorang lelaki yang berkulit coklat, yang keadilannya meratai seluruh Afrika. Kemudian dia berangkat
menuju Al-Mahdi untuk menyerahkan kekuatannya dan berperang untuk Al-Mahdi.”
18. Panji-panji Hitam
“Sebelum Al-Mahdi, ada Panji-panji Hitam yang berkibar dari Khurasan, sebuah wilayah di Kufah.
Jika Al-Mahdi sudah berada di Makkah, pasukan ini akan dikirimkan ke Makkah.”
19. Tanda-tanda Keluarnya
“Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi adalah pupusnya kepemimpinan Bani Abbas, para pemegang
bendera menambatkan kuda-kuda mereka pada pokok zaitun, runtuhnya pemerintahan Bani Jaafar
dan Bani Abbas, As-Sufyani duduk di atas mimbar Damsyik dan pasukan Barbar menyerang pusat
bandar Syam.”
20. Pasukan Tentera As-Sufyani
“Sebelum Al-Mahdi, As-Sufyani mengerahkan pasukan tenteranya sampai ke kawasan di timur
Khurasan dan Parsi. Mereka diperangi oleh penduduk Timur dan banyak yang terbunuh. Orangorang
Timur ini kemudian membaiat Al-Hasyimi yang tangan kanannya memegang bendera
(pasukan). Allah memudahkan urusan dan jalannya. Kemudian dia keluar bersama-sama dengan lima
ribu penduduk Khurasan di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, seorang bekas hamba yang
berkulit kuning, berjanggut nipis dan tidak (banyak) jambang. Sekiranya mereka melalui gunung,
nescaya akan mereka hancurkannya. Mereka pun berhadapan dengan pasukan As-Sufyani, terus
menggempurnya dan membunuh mereka dalam jumlah yang amat besar. Pasukan As-Sufyani
bercerai-berai melarikan diri manakala As-Sufyani sendiri menghilang. Kemudian secara diam-diam
At-Tamimi menuju ke Baitulmaqdis. Dalam perjalanannya menuju ke Syam, dia menyerahkan
jemaahnya kepada Al-Hasyimi.”
“Ketika itu At-Tamimi berkata (kepada Al-Hasyimi), “Wahai anak pamanku, al-Mahdi akan berada di
Makkah setelah kota Madinah runtuh.” Kemudian jika Al-Mahdi muncul, maka Al-Hasyimi juga
muncul.”
21. Askar As-Sufyani Menuju Madinah
“As-Sufyani mengirimkan askarnya ke Madinah dan memerintahkan agar membunuh setiap orang
daripada keturunan Bani Hasyim, kemudian mereka menyerangnya. Bani Hasyim akhirnya bercerai
berai di gurun-gurun dan di gunung-gunung. Apabila Al-Mahdi muncul kelak, maka mereka ini akan
(berjaya) dikumpulkan semula.”
22. Panji-panji Dari Barat
“Tanda-tanda munculnya Al-Mahdi ialah keluarnya Panji-panji dari Barat, yang di tengah-tengah panji
itu terdapat seorang lelaki Kindah yang kakinya pincang.”
23. Tahun Kebangkitan Al-Mahdi
“Al-Mahdi akan muncul pada tahun 200.”
24. Tanda yang Berbeza-beza Bagi Al-Mahdi
“Al-Mahdi akan muncul di Makkah pada waktu Isyak dengan membawa panji-panji Rasulullah SAW.
Baju besi dan pedangnya mempunyai tanda-tanda khusus, berkilauan dan bercahaya. Selepas
mengerjakan sembahyang Isyak, dia pun naik ke atas mimbar dan berkhutbah dengan khutbah yang
panjang, mengajak manusia supaya taat kepada Allah dan rasul-Nya. Bumi Hijaz akan diserahkan
kepadanya, Bani Hasyim yang sedang berada di laut akan mendarat, Panji-panji Hitam dari Kufah
dikirimkan untuknya dan askar-askarnya bertebaran ke seluruh penjuru alam.”
25. As-Sufyani Ditawan
“As-Sufyani ditawan dan dikirimkan kepada Al-Mahdi, kemudian diputuskan untuk dipancung di atas
pintu Al-Rahabah. Kemudian wanita-wanita suku Kalb, iaitu paman As-Sufyani dan harta-harta
rampasannya akan dijual di pingir-pinggir jalan di kota Damsyik.”
26. Tiba di Ilyak
“Apabila Al-Mahdi mendengar berita tentang terbenamnya pasukan tentera As-Sufyani di Al-Baidak,
sedangkan dia ketika itu masih berada di Makkah, dia terus keluar bersama-sama 12 ribu orang
tentera, yang di antaranya adalah para wali abdal, sehingga mereka sampai di Ilyak. Pada masa itu juga
ketika As-Sufyani mendengar berita tersebut, dia bercadang mahu menyerah diri kepada Al-Mahdi
tetapi dia dikecam oleh bapa saudaranya, Kalb. Kemudian dia menyerang Al-Mahdi dan terus
ditangkap lalu Al-Mahdi berkata, “Inilah orang yang menentang perintahku!” Kemudian dia dihukum
untuk disembelih di atas batu di Ilyak. Seterusnya Al-Mahdi mencari Kalb dan kemudian
menghancurkannya.”
27. Gelap gelita
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum kamu menyaksikan siang menjadi gelap-gelita.”
28. Pembunuhan Besar-besaran
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum berlaku pembunuhan seramai tujuh daripada sembilan orang.”
29. Kekhusyukan Al-Mahdi
“Al-Mahdi adalah seorang yang khusyuk kerana Allah seperti tenangnya sayap burung nasar.”
30. Ciri-ciri Al-Mahdi
“Al-Mahdi adalah seorang yang nipis alis matanya lagi terpisah kedua-duanya, dan biji matanya besar.
Dia keluar dari Hijaz dan berkhutbah di atas mimbar Damsyik, sedangkan umurnya baru mencapai 8
tahun.”
31. Al-Mahdi Muncul Selepas Peristiwa Sekumpulan Askar Ditelan Oleh Bumi
“… ketika itu juga akan terdengar satu seruan dari langit yang berbunyi, “Ketahuilah bahawa para
wali Allah itu, mereka tidak pernah berasa takut dan tidak juga mereka itu bersedih hati.” (Surah
Yunus : 62)”
32. As-Sufyani Masuk ke Kufah
“As-Sakhra (As-Sufyani) masuk ke Kufah lalu ada berita yang sampai kepadanya mengenai
kedatangan Al-Mahdi. Dia lantas mengerahkan askarnya untuk menyerang Al-Mahdi. Mereka lantas
ditelan oleh bumi sehingga tidak ada yang selamat melainkan seorang yang akan menyampaikan berita
gembira kepada Al-Mahdi dan seorang lagi yang akan menyampaikan berita duka kepada s-Sufyani.
Al-Mahdi lalu meninggalkan Makkah dan As-Sufyani bertolak pula, dan sama-sama menuju ke Syam.
Kedua-dua pemimpin ini saling berduluan untuk sampai lebih dahulu ke Syam tetapi ternyatalah
bahawa Aas-Sufyanilah yang sampai lebih awal. Lantas Al-Mahdi mengirimkan tenteranya untuk
menyerang As-Sufyani. Kemudian As-Sufyani berbaiat kepada Al-Mahdi. Al-Mahdi terus pergi ke
Baitulmaqdis untuk menetap di sana selama tiga tahun. Bersamaan pada waktu itu, Kalb membawa
askar-askarnya keluar untuk membantu As-Sufyani, kemudian bergerak bersama-sama pasukan yang
lain lagi sehingga mereka berhenti rehat di Yasan. Al-Mahdi pun segera menyerang pasukan gabungan
ini dengan membawa bendera yang terbesar. Kalb dan isteri-isterinya melarikan diri sehingga anakanak
gadisnya ditangkap dan dijual dengan harga lapan dirham. Pada masa itu juga As-Sufyani berjaya
ditangkap dan disembelih seperti menyembelih kambing di atas seketul batu besar yang membujur di
atas tanah dekat gereja yang berada di lembah jurang di hujung jalan bukit Al-Qantarah di sebelah
kanan.”
33. Seorang Lelaki Muncul Lalu Menyerang Rom
“Allah akan membangkitkan seorang lelaki yang akan memerangi Rom dan akan diberikan sepuluh
keistimewaan.”
34. Peti Tabut
“Al-Mahdi akan mengeluarkan Peti Tabut dari bandar Antokiah.”
35. Panji-panji Rasulullah SAW
“Al-Mahdi akan membawa bendera Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya.”
36. Kata-kata Baiat
“Di atas kepala Al-Mahdi tertulis ucapan yang akan digunakan untuk baiat.”
37. Akhlak Al-Mahdi
“Al-Mahdi adalah orang yang sangat banyak amal ibadatnya, sangat banyak pergaulannya dan sangat
belas kasihan kepada orang-orang miskin.”
38. Binasanya Pemimpin yang Sesat
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum para pemimpin yang sombong dibinasakan.”
39. Al-Hasyimi Menjadi Amir Sebelum Al-Mahdi
“Sebelum Al-Mahdi, Al-Hasyimi akan menjadi penguasa. Tidak seorang pun daripada Bani Umaiyah
yang ada melainkan pasti ditawan. Mereka kemudian dibebaskan, namun setiap orang akan
membunuh dua orang lelaki daripada Bani Umaiyah sehingga tidak ada yang tinggal melainkan yang
perempuan sahaja. Kemudian Al-Mahdi pun muncul.”
40. Terjadi Bencana Sebelum Al-Mahdi
“Alam ini akan mengalami bencana, suatu yang tidak berkesudahan, sehinggalah terdengar satu
seruan dari langit, “Ketahuilah bahawasanya yang menjadi pemimpin kamu di dunia ini adalah si anu. Dialah
pemimpin yang sejati.” Diulang-ulang sebanyak tiga kali”
41. Seruan Dari Langit
“Suara dari langit menyeru, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan
Rasulullah SAW.” Pada ketika itu suara dari bumi menyebutkan, “Sesungguhnya pemimpin yang
sebenar adalah daripada keturunan Nabi Isa.” Atau dia mengatakan “Al-Abbas.” Suara dari bumi itu
adalah suara syaitan manakala seruan dari langit itu adalah Kalam Allah, dan seruan inilah yang
menang.”
42. Lahirnya Puak-puak dan Berbeza-beza Pendapat
“Di dunia ini akan terjadi sikap berpuak-puak dan perbezaan pendapat, sehingga muncul suatu
tangan dan seruan dari langit yang menyeru, “Ketahuilah, bahawasanya pemimpin kamu semua adalah si
fulan.”
43. Suara Dari Langit
“Semasa Al-Mahdidan As-Sufyani bertembung dalam peperangan, akan terdengar suatu suara dari
langit, “Ketahuilah, bahawa wali-wali Allah adalah kawan-kawan Al-Mahdi.”
44. Tanda-tanda Pada Hari Itu Juga
“Tanda-tanda pada hari itu adalah adanya tangan yang menjulur dari langit yang dapat dilihat oleh
sekalian manusia.”
45. Komet (Bintang Berekor) Dari Arah Timur
“Sebelum Al-Mahdi muncul, terlihat di ufuk Timur sebiji bintang berekor (raksasa) yang
memancarkan sinar.”
46. Gerhana Bulan
“Sebelum Al-Mahdi muncul, akan berlaku dua kali gerhana bulan pada bulan Ramadan.”
47. Mengembalikan Hak Orang yang Dizalimi
“Al-Mahdi dapat mengembalikan hak bagi orang yang pernah dizalimi, sehingga andainya di dalam
mulut seseorang ada bekas ucapan yang digunakan untuk berbuat kezaliman, maka ucapannya itu
akan dikoyak lalu ditampar kembali (ke muka orang yang berkata itu).”
48. Peti Tabut
“Peti Tabut dari Laut Tibriyah akan berada di tangan Al-Mahdi. Dia membawanya lalu diletakkan di
Baitulmaqdis. Jika orang-orang Yahudi melihatnya, maka mereka akan masuk Islam melainkan
sebilangan kecil sahaja.”
49. Tahun Kemunculan Al-Mahdi
“Orang biasa akan menjadi raja. Kemudian masalah-masalahnya akan bermunculan pada tahun 95
atau pada tahun 97. Lantas Al-Mahdi muncul sebagai pemimpin.”
50. Al-Mahdi dan Pemerintahan Bani Abbas
“Keadilan dan kemakmuran akan sentiasa wujud selagi pemerintahan Bani Abbas tidak jatuh.
Kemudian dunia ini dipenuhi oleh bencana sehinggalah Al-Mahdi tampil memegang tampuk
pemerintahan.”
51. Bendera Al-Mahdi
“Permulaan bendera yang dikibarkan oleh Al-Mahdi adalah perjalanannya menuju pembaiatannya di
Turki.”
52. Kelaparan yang Dideritai Oleh Kaum Mukminin
“Dajjal mengepung para mukminin di Baitulmaqdis, menyebabkan mereka menanggung kelaparan
yang amat sangat sehingga memakan belulang yang telah dibuat tali. Dalam keadaan seperti inilah
tiba-tiba mereka mendengar satu suara pada akhir malam. Serentak mereka berkata, “Sungguh ini
adalah suara seorang lelaki yang kenyang.” Kemudian mereka melihatnya. Tidak disangka-sangka dia
adalah Isa bin Maryam. Sebentar lagi sembahyang subuh akan didirikan. Para pemimpin umat Islam
mempersilakan Al-Mahdi untuk menjadi imam tetapi Al-Mahdi mempersilakan Nabi Isa. Kemudian
Isa bertindak sebagai imam. Selepas itu dia menjadi imam sembahyang pada setiap waktu.”
53. Terbenamnya Pasukan Tentera di Kawasan Ghautah
“Al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah ad pasukan perang yang ditelan oleh bumi di kawasan
Ghautah, yang bernama bandar Jirista.”
54. Suara yang Memanggil-manggil Nama Al-Mahdi
“Ada suara dari langit yang memanggil-manggil nama Al-Mahdi. Suara itu dapat didengar oleh setiap
orang, sama ada yang berada di Timur ataupun di Barat, sehinggakan orang yang sedang tidur pun
akan terjaga kerananya.”
55. Kostantinopel Ditakluk
“Semasa menundukkan Kostantinopel, Al-Mahdi memacakkan benderanya untuk berwuduk dan
menunaikan sembahyang Subuh. Ketika itu di hadapan Al-Mahdi terbentang lautan yang luas. Dia
pun mencari jalan untuk melintasi lautan tersebut. Akhirnya dia menemukan di sekitar itu juga, lalu
memacakkan benderanya (di situ pula). Kemudian ada satu suara menyeru, “Wahai umat manusia,
melintaslah. Sesungguhnya Allah Azzawajalla membelah laut ini seperti Dia membelahkan untuk Bani
Israel.” Lantas mereka melintasinya sehingga sampai di hadapan Kostantinopel. Mereka pun
bertakbir, maka runtuhlah satu sudut pertahanan Kostantinopel. Mereka bertakbir lagi, maka runtuh
lagi, dan bertakbir lagi lantas runtuh pula sekitar dua belas ketumbukan pertahanan (Rom).”
56. India Ditakluk
“Pemerintah Baitulmaqdis iaitu Al-Mahdi mengirimkan askarnya ke India. Mereka berjaya
menundukkannya dan mengambil harta simpanannya. Harta ini kemudian digunakan untuk
menghiasi Baitulmaqdis. Raja India ini menghadapinya bermati-matian, namun dengan mudah pula
dikalahkan. Akhirnya Al-Mahdi menguasai kawasan sepanjang Timur dan Barat.”

No comments:

Post a Comment