Thursday 9 October 2014

stesen ketiga belas - F

RABBIL ‘IZZATI!’ Allah jualah yang memiliki Hijab Yang Teguh.Jika kita imbau sejarah yang terdahulu, bahawa ulamak terdahulu dan sekarang tentu banyak berbezaannya terutama dalam soal ijtihad dan beramal, ini mungkin kerana perkembangan arus tamadun kemanusiaan, ulamak terdahulu banyak membuat penumpuan berfikir tentang masalah akidah dan sekarang banyak membuat penumpuan masalah semasa agama yang menjurus dalam soal tanggungjawab tugas khalifah di bumi, kerana itulah yang awal tugas manusia yang di perintahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia, namun asanya adalah terletak kepada akidah, jika akidah tidak di fahami maka tugas khalifah akan menjadi sia-sia dan tidak bermakna

Orang zaman dulu membuat penumpuan kepada ilmu akidah berasaskan kepada ilmu sifat 20, yang mana ilmu ini sudah tidak lagi di dengar di mana-mana kerana di katakan membawa kepada kesesatan dan menjurus kepada Jabariyah seratus peratus yang kesan akibatnya boleh menyebabkan manusia lupa kepada tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang sebenar, kesannya akan membawa kepada bumi akan di penuhi oleh cara pentadbiran yang batil, ertinya bumi akan di tadbir oleh orang yang tidak mengambil akidah sebagai asasnya

Adapun ilmu sifat 20 itu di kaji dengan cara yang mendalam, maka kita akan dapat mengesan maksud yang terdapat di dalamnya berbagai-bagai istilah alam kehidupan yang membawa kepada akidah serta tamadun kepada seluruh alam ciptaan Tuhan, ertinya di dalam ilmu itu terkumpulnya asal usul makhluk yang ghaib dan nyata dan istilah perhubungan di antara manusia dan Allah serta alam yang lain kerana itu terdapat istilah Nafsiyah, Salbiyah,Maani dan Maanawiyah serta maksud-maksudnya

Di dalam ilmu ini juga terdapat bab yang menyatakan soal Rububiyah dan Uluhiyah, tidaklah semata-mata Rububiyah sahaja kerana perhubungan di antara Rububiyah dan Uluhiyah adalah dua perkara yang tidak akan berpisah-pisahkan di antara satu dengan yang lainnya, oleh yang demikian ujudlah istilah Istaghna dan Iftiqar, apabila ada istilah tersebut maka ujud pula istilah lazim melazimi, demikian juga dengan istilah kharij dan Zihin dan istilah-istilah yang lain yang membawa kepada puncak maksud kalimah LA ILAHA ILLALLAH DAN MUHAMMADARRASULLULLAH yang membawa kefahaman kepada kita bahawa Allah dan Muhammad itu tidak mungkin bercerai

Wallahu aalamJika kita imbau sejarah yang terdahulu, bahawa ulamak terdahulu dan sekarang tentu banyak berbezaannya terutama dalam soal ijtihad dan beramal, ini mungkin kerana perkembangan arus tamadun kemanusiaan, ulamak terdahulu banyak membuat penumpuan berfikir tentang masalah akidah dan sekarang banyak membuat penumpuan masalah semasa agama yang menjurus dalam soal tanggungjawab tugas khalifah di bumi, kerana itulah yang awal tugas manusia yang di perintahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia, namun asanya adalah terletak kepada akidah, jika akidah tidak di fahami maka tugas khalifah akan menjadi sia-sia dan tidak bermakna Orang zaman dulu membuat penumpuan kepada ilmu akidah berasaskan kepada ilmu sifat 20, yang mana ilmu ini sudah tidak lagi di dengar di mana-mana kerana di katakan membawa kepada kesesatan dan menjurus kepada Jabariyah seratus peratus yang kesan akibatnya boleh menyebabkan manusia lupa kepada tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang sebenar, kesannya akan membawa kepada bumi akan di penuhi oleh cara pentadbiran yang batil, ertinya bumi akan di tadbir oleh orang yang tidak mengambil akidah sebagai asasnya Adapun ilmu sifat 20 itu di kaji dengan cara yang mendalam, maka kita akan dapat mengesan maksud yang terdapat di dalamnya berbagai-bagai istilah alam kehidupan yang membawa kepada akidah serta tamadun kepada seluruh alam ciptaan Tuhan, ertinya di dalam ilmu itu terkumpulnya asal usul makhluk yang ghaib dan nyata dan istilah perhubungan di antara manusia dan Allah serta alam yang lain kerana itu terdapat istilah Nafsiyah, Salbiyah,Maani dan Maanawiyah serta maksud-maksudnya Di dalam ilmu ini juga terdapat bab yang menyatakan soal Rububiyah dan Uluhiyah, tidaklah semata-mata Rububiyah sahaja kerana perhubungan di antara Rububiyah dan Uluhiyah adalah dua perkara yang tidak akan berpisah-pisahkan di antara satu dengan yang lainnya, oleh yang demikian ujudlah istilah Istaghna dan Iftiqar, apabila ada istilah tersebut maka ujud pula istilah lazim melazimi, demikian juga dengan istilah kharij dan Zihin dan istilah-istilah yang lain yang membawa kepada puncak maksud kalimah LA ILAHA ILLALLAH DAN MUHAMMADARRASULLULLAH yang membawa kefahaman kepada kita bahawa Allah dan Muhammad itu tidak mungkin bercerai Wallahu aalamSola Tihim Da – i – Mun
 
SOLAH dari perkataan WASLAT maknanya LEKAT atau MENGHAMPIRI. Pengertiannya ialah :-
 
SYARIAT = Mematuhi hukum2 yang tertentu dalam sembahyang
 
TARIKAT = Penyatuan Pencinta dengan Yang Dicintai
 
HAKIKAT = Wudhu ialah Penceraian, Solat ialah Penyatuan. Anda hendaklah mencerai diri anda daripada diri , kemudian anda akan lekat atau bercantum dengan Allah. Oleh itu dikatakanlah wudhu ialah penceraian dan solah itu penyatuan. Siapa tidak bercerai tidak bersatu.
 
Inilah sembahyang yang berkekalan.
 
Al-Mikraj : 23
 
Mereka yang sembahyangnya berkekalan.
 
Perbezaan Solat Syariat Dengan Solat Hakikat
 
Waktu 
 
Syariat = 5 kali sehari semalam
Hakikat = berkekalan
 
Kiblat
 
Syariat = Kaabah
Hakikat = Wajah Allah 
 
Cara
 
Syariat = Ikut Rukun 13
Hakikat = Luas bidangnya
 
Arah
 
Syariat = Kiblat
Hakikat = Mana mana sahaja
 
Kiblat ada 4 – pertama Kaabah, kedua Guru, ketiga Hati & Keempat = Haq
Sembahyang adalah MIKRAJ bagi orang mukmin.
 
Satelah mengosongkan dirinya daripada dirinya sampai kepada yang dicintai yaitu Allah. Inilah MAQAMAN MAHMUDAN / Peringkat Terpuji.
 
Pada peringkat ini dia mengatakan ucapan sembahyangnya KEPADA DIRINYA
 
Simukmin dalam sembahyangnya menukarkan hadapnya dari Kiblat Kaabah kepada Yang Haq dan ini dilakukan semasa BERNIAT dalam sembahyang. 
 
MENGHADAP KEPADA ALLAH IALAH SEMBAHYANG YANG BERKEKALAN.
 
Wudhu ada dua erti = Pertama membersehkan badan dari kekotoran. Kedua Penceraian dari Diri.

SH0LAT DAIM disebut juga dengan "ASH0LATU DAIMULHAQ" adalah SHOLAT DIAM (tetap) tanpa gerakan,

dilakukan terus menerus sepanjang hidup, disebut pula SHALAT ABADI krna menuju ALAM KEABADIAN yakni:

1. AKU BERNIAT SH0LAT DAIM UNTUK SELAMA HIDUPKU

2. BERDIRI ADALAH HIDUPKU

3. RUKUK ADALAH PENGLIHATANKU

4. IKTIDAL ADALAH PENDENGARANKU

5. SUJUD ADALAH PENCIUMANKU

6. BACAAN AYAT ADALAH UCAPANKU

7. DUDUK ADALAH IMANKU

8. PUJIAN ADALAH KELUAR MASUK NAFASKU

9. DZIKIR ADALAH INGATANKU

10. KIBLAT ADALAH RENUNGANKU

11. FARDHU MENJALANKAN YG WAJIB LANTARAN KUDRATKU

12. AKU PASRAH KEPADA DZAT HIDUPKU

13. KARNA YG DEMIKIAN ITU TELAH BERDIRI ZAT, SIFAT dan PERBUATANKU

inilah Al Qur'an sejati, sebagai tanda HAKIKAT semua SH0LAT

inilah HAKIKAT SH0LAT DAIM yakni sholat yg sejati, tanpa di halangi waktu, tidak mempunyai hitungan rakaat

SH0LAT DAIM ini boleh sambil kerja, duduk dengan berdiri, berdiri dengan duduk, lari dengan berhenti, membisu dengan bercerita, bepergian dengan tidur, tidur dengan terjaga,

seperti itulah ibaratnya, sebab HAKIKAT SH0LAT DAIM tanpa SUJUD dan RUKUK, Yakni hanya berada dalam RASA HIDUP KITA pribadi

AJARAN DASAR ILMU NAFAS
Adapun nyawa yang di luar, iaitu yang keluar masuk, maka yang keluar masuk itu dinamakan Muhammad. Maka Nafas itu dinamakan Nabi kepada kita ( INGAT! Kita bukan Nabi ).
Kemudian yang dinamakan Muhammad itu ialah Pujian, maka maksud Pujian itu ialah berkenaan Ilmu Nafas. Maka Ilmu Nafas itu dinamakan :-
Di luar - Ilmu Ghaibul Ghuyub.
Di dalam - Ilmu Sirrul Asrar.
Maka daripada Nafas itulah terbitnya Ibadat Muhammad. Maka daripada jasad kita yang di luar, maka terbitnya Ibadat Adam, sebagaimana yang ada di dalam Rukun Islam yang lima. Maka ibadat Muhammad itu:-
Salatul Daiem - dinamakan Solat Berkekalan.
Wahdah Fil Kasrah - iaitu pandangan satu kepada yang banyak.
Maka yang dinamakan Nafas itu yang keluar masuk daripada mulut. Maka yang dinamakan Nupus itu yang keluar masuk daripada hidung. Maka yang dinamakan Tanapas itu yang keluar masuk daripada telinga. Maka yang dinamakan Ampas itu yang keluar masuk daripada mata.
Maka Napas itulah yang menuju kepada "ARASHTUL MAJID" kerana itu hendaklah kita ketahui Ilmu Nafas, iaitu Ilmu Ghaibul Ghuyub, kerana yang tersebut itu adalah salah satu daripada ibadat Muhammad. Maka Ilmu Nafas disertai dengan ibadat iaini praktikal, tidak boleh hanya semata-mata dengan teori.
Maka Nafas yang keluar dari lubang hidung kiri itu dinamakan Jibraill, maka ucapannya "ALLAH".
Maka Nafas yang masuk melalui lubang hudung kanan itu dinamakan Izraill, maka ucapannya "HU".
Maka Zikirullah yang dua itu dinamakan NUR. Maka jadilah dua Nur, iaitu kalimah "ALLAH" satu Nur, kalimah "HU" satu Nur.
Maka dua Nur ini bertemu ialah di atas bibir dn tidak masuk ke dalam tubuh. Maka amalan ini sampailah ke darjatnya yang dinamakan Nurul Hadi. Maka ke arah itulah yang dicapai.
Maka Nafas itu naik di dalam badan dinamakan AHMAD, iaitu turun darpada ubun-ubun sampai kepada Jantung Nurani maka dinamakan Izraill, ucapanya "ALLAH".
Maka Nafas yang daripada jantung naik sampai kepada ubun-ubun, maka dinamakan Jibraill, maka ucapannya ialah "HU".
Maka amalan yang tersebut inilah yang dinamakan:-
Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, Syuhudul Kasrah Fil Wahdah.
Amalan Soleh.
Pintu Makrifat.
Maka kedua perkara tersebut itu hendaklah diamalkan tanpa wudhu dan jangan dikuatkan suara hanya semata-mata Khafi ( lafaz di dalam hati ).

Sesungguhnya yang dinamakan HATI (qalbu) itu adalah Nur yang memancarkan dari bahagian bawah jantung (bahagian Muhammad) ke arah bahagian atas jantung (bahagian Allah).Adapun zikir NAFAS itu adalah ketika keluar -ALLAH- dinamakan ABU BAKAR,zikirnya ketika masuk adalah HU dinamakan UMAR-letaknya NAFAS adalah di mulut.Adapun zikir ANFAS itu adalah ketika keluar adalah -ALLAH- dan ketika masuk adalah HU,letaknya ANFAS pada hidung,ianya dinamakan MIKAAIL dan JIBRIL.Adapun zikir TANAFAS itu adalah tetap diam dengan "ALLAH HU" letaknya di tengah-tengah antara dua telinga,ia dinamakan HAKIKAT ISRAFIL.Adapun zikir NUFUS adalah ketika naik HU dan ketika turun adalah "ALLAH" letaknya di dalam jantung,diri nufus ini dikenal dengan USMAN dan perkerjaanya dikenal sebagai ALI...

Sabda Nabi S.A.W yaitu "Barangsiapa keluar masuk nafas dengan tiada zikir Allah maka sia-sialah ia". Bermula nafas itu atas dua langkah, satu Naik dan kedua Turun. Maka tatkala naiknya itu sampai kepada 7 petala langit maka berkata “Wan Nuzuulu Yajrii Ilal Ardhi Fa Qoola HUWALLOH”. Dan tatkala turun kepada 7 petala bumi maka nafas Nabi itu bunyinya ALLAH. Tatkala masuk pujinya HUWA. Tatkala ia terhenti seketika antara keluar masuk Tanafas namanya, pujinya AH.. AH. Tatkala ia tidur atau mati Nufus namanya Haqqu Daeim. Ingatlah olehmu dalam memeliharakan akan nafas itu dengan menghadirkan makna ini sentiasa, di dalam berdiri dan duduk dan di atas barang yang diperbuat hingga memberi bekas kepada sekalian badan dan limpah segala cahaya Nurul ‘Alam itu atas segala anggota. Maka apabila tetaplah tilik hatimu maka jadilah engkau hidup di dalam Dua Negeri yakni Dunia Akhirat dan dibahagiakan Allah baginya pintu selamat sejahteralah di dalam Dunia dan Akhirat. Dianugerahi Allah Ta’ala mereka itu sampai kepada martabat segala Nabi dan segala Muslimin dan mengharamkan Allah Ta’ala tubuhnya dimakan api neraka dan badanya pun tiada dimakan tanah di dalam kubur. Maka engkau tetaplah dengan hatimu wahai saudaraku pada hal ini dan jangan engkau jadi daripada orang yang lupa dan lalai, mudah-mudahan dibahagiakan Allah Ta’ala atas mu dengan berhadapan sentiasa hingga sampai kepada ajalmu. Adapun nafas kita keluar masuk sehari semalam yaitu pada siang 12 000 dan pada malam 12 000 kerana inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam, pada siang 12 jam dan malam 12 jam, demikianlah seperti huruf “Laa Ilaaha Illallah, Muhammadur Rasulullah”, masing-masing mempunyai 12 huruf berjumlah 24 huruf semuanya. Barangsiapa mengucap dengan sempurnanya yang 7 kalimah itu nescaya ditutupkan Allah Ta’ala Pintu Neraka yang 7. Juga barangsiapa mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampuni Allah Ta’ala yang 24 jam. Inilah persembahnya kita kepada Tuhan kita yang tiada berkeputusan yang dinamai Solatul Daeim dan puasa itu melakukan nafsu zahir dan batinnya. Sabda Nabi S.A.W “Ana Min Nuurillah Wal ‘Aalami Nuurii” artinya “Aku daripada Cahaya Allah dan sekalian alam daripada Cahayaku” sebab itulah dikatakan “Ahmadun Nuurul Arwah” artinya “Muhammad itu bapa sekalian nyawa” dan dikatakan “Adam Abu Basyar” artinya “Adam bapa sekalian tubuh”. Adapun yang dikatakan Fardhu itu Nyawa kerana Nyawa itu dapatlah bergerak badan kita. Adapun Awal Muhammad Nurani adapun Akhir Muhammad Rohani. Adapun Zahir Muhammad Insani adapun Batin Muhammad Robbani. Adapun Awal Muhammad Nyawa kita adapun Akhir Muhammad Rupa kepada kita, adapun yang bernama Allah Sifatnya, adapun sebenar-benar Allah itu Zat Wajibal Wujud, adapun yang sebenar-benar Insan yaitu manusia yang tahu berkata-kata adanya. yang bernama Allah Sifatnya, adapun sebenar-benar Allah itu Zat Wajibul Wujud, adapun yang sebenar-benar Insan yaitu manusia yang tahu berkata-kata adanya. 

Kita telahpun mendengar bahawa barangsiapa yang tidak mengenal ilmu zikir nafas ,maka sudah tentu orang yang berkenaan tidak dapat menyelami alam hakikat solat daeim...dalam bab-bab yang lalu telah diterangkan dengan jelas tentang solat,dimana pengertian solat tersebut adalah berdiri menyaksikan diri sendiri iaitu penyaksian kita terhadap diri zahir dan diri batin kita yang menjadi rahsia Allah Taala.

Di sini kita akan membincangkan takrif dan cara-cara untuk mencapai martabat atau makam solat da'aim.Solat Daaim boleh ditakrifkan sebagai solat yang berkekalan tampa putus walaupun sesaat dalam masa hidupnya iaitu penyaksian diri sendiri (diri batin dan diri zahir) pada setiap masa dan setiap ketika tampa berhenti henti walaupun sesaat...seperti firman Allah yg bermaksud " YANG MEREKA ITU TETAP MENGERJAKAN SOLAT" ( Al-Makrij-23).

Jika di dalam solat tugas kita adalah menumpukan sepenuh perhatian dengan  mata batin kita menilik diri batin kita dan telinga batin menumpukan sepenuh perhatian kepada setiap bacaan oleh angota zahir dan batin kita disepanjang upacara solat yang tersebut tampa menolehkan perhatian kearah lain.

Solat adalah merupakan latihan diperingkat untuk kita melatih diri kita supaya menyaksikan diri batin kita yang  menjadi rahsia Allah Taala...tetapi setelah berjaya membuat penyaksian diri diwaktu kita menunaikan solat,maka haruslah pula melatihkan diri kita supaya dapatlah kita menyaksikan diri batin kita pada setiap saat didalam masa hidup kita dalam masa dua puluh empat jam disepanjang hayat kita,sebab itulah kita mengucapkan syahadah:............

Maka bererti kita berikrar dengan diri kita sendiri untuk menyaksikan diri rahsia Allah itu pada setiap saat di dalam masa 24 jam sehari semalam.

Oleh itu untuk mempraktikkan penyaksian tersebut,maka kita haruslah mengamalkan solat daaim dalam hidup kita seharian sepertimana yang pernah dibuat dan diamalkan oleh Rasulullah s.a.w,nabi-nabi dan wali wali agung.

Antara syarat syarat untuk mendapatkan makam solat daaim adalah seperti berikut:-

1- Hendaklah memahami dan berpegang teguh dengan hakikat kelakuan zikir nafas,

2- haruslah terlebih dahulu berjaya mendapat NUR QALBU iaitu hati nurani,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3783338390793&set=a.1306342147435.45736.1496981155&type=3&theater

3- Telahpun mengalami proses pemecahan wajah KHAWAS FI AL KHAWAS,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3455683879635&set=a.1306342147435.45736.1496981155&type=3&theater

4- Telahpun memahami dan dapat berpegang dengan penyaksian sebenar/SYUHUD AL-HAQ,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2684777767464&set=a.1306342147435.45736.1496981155&type=3&theater
 
Untuk mengamalkan dan mendapatkan makam solat daaim maka sesorang itu haruslah memahami pada peringkat awalnya tentang hakikat perlakuan zikir nafas iaitu tentang gerak-gerinya..zikirnya..lafaz zikirnya...letaknya..dan sebagainya,hal ini telahpun disentuh didalam bab-bab yang lalu,oleh itu amalkanlah zikir nafas itu bersungguh sungguh supaya kita mendapat QALBU iaitu pemancar nur di dalam jantung kita yang menjadi kuasa pemancar kepada makrifat untuk makrifat diri kita dengan Allah Taala.

 Sesungguhnya dengan zikir nafas sahajalah ketul ketul darah hitam yang menjadi istana iblis di dalam jantung kita akan hancur dan terpancarlah NURQALBU dan kemudian terpancarlah pula makrifah bagi membolehkan sesorang itu memakrifatkan dirinya dengan Allah Taala dan dapatlah diri rahsia Allah yang menjadi diri batin kita membuat perhubungan dengan diri ZATUL HAQ tuhan semesta alam.

 Latihan untuk menyaksikan diri ini hendaklah dibuat berperingkat peringkat,diperingkat awalnya melalui solat sebagaimana yang diterangkan di dalam bab yang lalu..dalam masa proses  penyaksian diri sesorang itu akan mengalami satu proses membebaskan diri batin (KHAWAS FI KHAWAS) dari jasad dan dengan itu maka sesorang itu akan dapat melihat wajah kesatu wajah yang lain sampailah kepada wajah kesembilan iaitu martabat yang paling tinggi di dalam ilmughaib...dengan mendapat pecahan wajah maka akan dapatlah manusia itu membuat suatu  penyaksian yang sebenar pada setiap saat dimasa hidupnya samada pada masa beribadah ataupun keadaan biasa.

Pada peringkat ini dinamakan juga peringkat martabat BAQA BILLAH iaitu suatu keadaan yang kekal pada setiap pendengaran,penglihatan,perasaan dan sebagainya,dan pada tahap ini ia adalah seperti orang awam dan payah untuk mengetahui darjah dirinya dengan Allah Taala..

 Biasanya orang yang berjaya mencapai makam solat daaim dapatlah kembali kehadrat Allah Taala dengan diri batin dan diri zahir tampa terpisahkan diantara satu sama lain,ia dapat memileh samada hendak mati (meninggal) atau hendak ghaib....


 Artikel berkenaan Ilmu Nafas........
 
 
Bangsa Melayu adalah satu bangsa mistik yang memiliki banyak ilmu tersembunyi.Antaranya ialah ilmu nafas.Semua pendekar melayu pasti akan diperturunkan ilmu nafas dan pelbagai petua yang kesemuanya berkaitan dengan nafas.
 
Dengan memerhatikan suhu dan pergerakan keluar masuk nafas melalui hidung,digabungkan dengan sedikit ilmu firasat, biasanya pendekar melayu mampu meramal untung nasibnya di medan tempur.Semasa hendak turun tangga untuk meninggalkan rumah samada untuk berkerja atau merantau pun , petua dalam ilmu nafas selalu digunakan oleh orang-orang tua kita.Nafas kiri atau nafas kanan cukup diambil kira! Tapi sayang, kini ilmu ini semakin pupus dan jarang diperturunkan oleh orang orang tua kita.
 
Tidak dapat dinafikan lagi, bukan bangsa melayu saja, tetapi boleh dikatakan semua bangsa juga mempunyai ilmu dan kaedah berkaitan dengan nafas ini.Contoh yang paling baik ialah senaman Yoga, ia amat menitik beratkan berkaitan dengan cara mengolah pernafasan!
 
Mungkin ada yang terkejut jika saya katakan bahawa ada orang melayu lama kita yang boleh menyimpan atau menahan nafas sehingga berjam-jam lamanya.Ada juga yang boleh menyelam di dalam air agak lama.Ada juga yang kebal dan tidak lut senjata tajam hanya dengan kaedah mengendalikan nafas mereka ! Semua ini berkaitan dengan ilmu nafas.Jika anda membaca artikel saya yang lama tentang pendekar sufi dan Mat Kilau, saya ada menulis tentang bagaimana Mat Kilau pura-pura mati sehingga beberapa hari untuk mengelirukan Inggeris.Mungkinkah Mat Kilau telah menggunakan ilmu nafasnya dan amat mahir dalam ilmu nafas ini?
 
Lebih hebat lagi, ada juga orang-orang tua kita yang membunyikan zikir-zikir tertentu ketika masuk atau keluarnya nafas mereka.Ilmu ini tersangat rahsia dan jika kita hendak mempelajarinya, carilah guru yang benar-benar tahu tentang ilmu ini.Biasanya mereka akan belajar dengan sangat mendalam berkaitan nafas sehingga kepada ampas, tanapas dan nupus, malah dikatakan juga dengan ilmu ini, si pengamalnya akan dapat mengetahui bilakah saat saat kematiannya!
 
Bagaimana pula ilmu nafas ini dari sudut pandangan sains dan kesihatan?
 
Rahsia tahap kesihatan seseorang bergantung kepada cara pernafasannya! Ini adalah kerana dengan kaedah pernafasan, manusia memperolehi bekalan gas oksigen untuk keperluan sel sel badan.Oksigen penting untuk mengekalkan fungsi dan tahap kesihatan setiap sel badan.
 
Udara yang disedut akan memasuki paru-paru dan gas oksigen akan diserap di Alveolus paru-paru kedalam salur kapilari darah.Sel-sel darah merah yang beredar akan mengangkut oksigen tersebut seperti yang diterangkan dibawah :
 
Setiap unit sel yang sihat akan membentuk satu organ yang sihat dan setiap organ yang sihat akan membentuk satu sistem yang sihat di dalam badan kita.Beberapa sistem dalam badan kita pula akan berinteraksi dan membentuk satu jasad badan yang kita kenali sebagai manusia.
 
Di antara sistem yang paling penting dalam badan ialah sistem darah dan peredarannya serta sistem limfa.
 
Dalam youtube dibawah, anda akan dapat melihat bagaimana sel-sel darah merah yang mengangkut gas oksigen menggunakan Hemoglobinnya beredar dalam salur darah dan membekalkan gas oksigen kepada sel-sel badan.
 
Cara bernafas bukan saja mempengaruhi oksidasi sel, malah ia juga mengawal peredaran sistem cecair limfa.Sistem cecair limfa yang mengandungi sel darah putih adalah merupakan sistem pertahanan badan yang penting bagi manusia untuk melawan kuman dan penyakit.Banyak juga toksin dikumuhkan melalui sistem limfa.
 
Selain dari pergerakan otot (muscular movement ), “deep breathing” atau cara pernafasan yang efektif juga dikenalpasti mempengaruhi sistem peredaran cecair limfa.Dr Jack Shields, seorang Lymphologist dari Santa Barbara, California dalam kajiannya terhadap immune system telah meletakkan sebuah kamera didalam badan pesakit untuk melihat apakah mekanisma yang menjalankan pembersihan terhadap sistem limfa, lalu beliau membuat kesimpulan bahawa “ a deep diaphragmatic breath is the most effective way to stimulate cleansing of lymphatic system”.
 
Dr Otto Warburg, Pengarah The Max Planck Institute for Cell Physiology, yang juga bekas pemenang Hadial Nobel Prize telah membuat satu kajian khusus tentang kaitan oksigen terhadap sel.Dalam kajiannya itu beliau mendapati jika kandungan oksigen yang diperlukan oleh sesuatu sel yang sihat itu dikurangkan , maka sel itu akan cepat berubah menjadi ‘malignant cell’.Selepas itu kajiannya diteruskan pula oleh Dr Harry Goldblatt. Dalam Journal of Experimental Medicine 1953, Goldblatt menyatakan hasil kajian ilmiahnya itu keatas spesies tikus.
 
Anthony Robbins, dalam bukunya “Unlimited Power” telah menyarankan agar kita bernafas dengan cara nisbah 1:4:2 ataupun Inhale one count,Hold four count,Exhale two count.
 
Untuk lebih memudahkan anda , saya berikan contohnya, jika anda tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dan mendalam selama 5 saat, maka tahan nafas anda selama 20 saat dan hembus nafas perlahan-lahan selama 10 saat, ia terpulang kepada anda, tetapi jangan lupa : dengan nisbah 1:4:2
 
Mengapa masa hembusan nafas [exhale] 2x ganda masa sedutan nafas[inhale]? Ia adalah untuk memastikan semua toksin dari sel dikumuhkan sepenuhnya ke dalam cecair limfa.
 
Mengapa pula perlu menahan nafas [hold] dalam masa 4x ganda lebih lama berbanding masa sedutan nafas? Ia adalah untuk memastikan semua gas oksigen yang disedut itu akan digunakan secara optima oleh setiap sel badan dan dalam masa yang sama akan mengaktifkan sistem limfa.
 
Anda cubalah bernafas dengan formula ini, iaitu 1:4:2 atau gunakan gandaaan ini mengikut kemampuan anda!anda boleh cuba dengan nisbah 2:8:4 atau 3:12:6 dan sebagainya.
 
Cubalah anda bernafas dengan cara ini bermula dari 10x sedutan 3x sehari dan insyaAllah anda akan merasakan kelainannya seperti lebih tenang, lebih bertenaga dan lebih sihat, cubalah . Lebih elok lagi jika latihan nafas ini anda lakukan selepas solat, dikala hati dan jiwa kita tenang.
 
Cara bernafas nisbah 1:4:2 yang saya terang diatas ini adalah mengikut sains, jika ada di antara pembaca sekalian yang ingin berkongsi ilmu dan pengalaman dalam ilmu nafas melayu lama, komen dan pendapat anda amatlah saya alu-alukan!
 
Mungkinkah nenek moyang kita dahulukala selalu mempraktikkan ilmu nafas mereka setiap hari atau lebih hebat lagi mereka selalu melakukan riadah riadah jiwa seperti dibawah ini sambil mengoptimakan kecerdasan spiritual mereka? Cuba kaji dan cuba fikir-fikirkan, semoga melayu kembali gemilang dan terbilang diakhir zaman.
 

 Berkata Arifbillah...........Alhamdulillahirabbilalamin....
 
‘Matikan dirimu sebelum kamu mati’. Maka ‘mati yang pertama’ itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yang berkuasa, kamudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu ialah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua.
 
Ditarikkan ‘nafas’ itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Ruh). Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim.
 
Maka selepas sempurna ‘mematikan diri yang pertama’ hendaklah melakukan ‘mikraj’ iaitu ‘mematikan diri peringkat kedua’ yang dinamakan mati maknawi, iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu malainkan hanya berhadap pada Allah jua. Dengan meletakkan nafas kita melalui alam ‘ampas’ iaitu antara dua kening (Kaf Kawthar) merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu dalam kepala kita hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua.
 
‘Mati pada peringkat ketiga’ adalah mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan sendiri sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat ‘Fakir, Dhaif, lemah dan hina’. Dinaikkan ‘tanafas’ hingga ditempatkannya dengan sempurna di ‘nufus’ dengan melihat pada matahati itu dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.
 
Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah menggerakkan Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan Nafas, dari nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah yang mengerakkan sekeliannya. Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua. Maka Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya,
 
“Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontar………

Ilmu Nafas memang tidak asing di kalangan pengikut-pengikut Yoga, Tai Chi, Qi Gong dan Sufi Islam. Orang-orang tua Melayu dahulukala yang mahir ilmu tenaga dalam, menekankan corak pernafasan yang betul, guna meningkatkan ‘tenaga dalam’, yang dikenali juga dengan nama chi, qi, prana atau qudrah (tenaga kosmik yang wujud di sekeliling kita)

Malangnya dengan gaya hidup kita sekarang yang serba-serbi nak cepat ditambah dengan persekitaran yang sentiasa STRESS, kita terdorong untuk bernafas secara ‘cetek’ (shallow breathing) dan cepat. Mengikut kajian, ini akan menyebabkan kita kurang menyedut chi (tenaga kosmik) dan ini akan mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung, kanser dll.

Kajian moden di negara barat telah membuktikan, dengan bernafas secara perlahan dan dalam, ianya dapat menurunkan tekanan darah, mengurangkan stress dan membantu aliran darah ke seluruh tubuh. Ada dua jenis pernafasan ie.
- pernafasan dada (chest breathing) dan 
- pernafasan perut (abdominal breathing).

—–Cuba anda tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.

Apakah yang mengembang? bahagian dada atau perut?

Corak pernafasan yang baik ialah bila bahagian dada mengembang bila anda menarik nafas.Ini kerana pusat tenaga dalam bukan terletak di dada tetapi di perut, yang digelar ‘solar plexus’.

Jika anda jenis yang bernafas melalui dada, dengan latihan rutin, sebenarnya anda boleh mengubah kepada jenis pernafasan melalui perut.

Latihan Pernafasan 4-4-4.

Ini adalah teknik asas latihan pernafasan yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja, dan dengan kebiasaan, ianya dapat meningkatkan tenaga dalam atau chi kita.

1) Duduk bersila dengan tegak dan rileks

2) Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan pastikan bahagian perut mengembang (bukan dada!) dengan kiraan 1,2,3,4.Tahan nafas di perut.

3) Tahan nafas di perut dalam kiraan 1,2,3,4

4) Hembus nafas melalui hidung dalam kiraan 1,2,3,4 perlahan-lahan.

Lakukan dalam 5-10 cycle mengikut kesesuaian masa anda, tapi sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari pun dah cukup! ataupun bila anda dalam keadaan STRESS!


"Allah ada dalam setiap hembusan nafas kita ", kata salah seorang ahli hikmah, yang juga merupakan Wali Allah, yaitu Imam Al-Ghazali. Beliau dikenal dengan ajaran estoterik-nya mengenai nafas Allah, ungkapan beliau yang terkenal adalah sebagai berikut :

"Fayalma'u fil-qulubi min waroo'i sitril-ghoibi syay'un min ghoro'ibil ‘ilmi", yang artinya : Maka bersinarlah dalam hati ini, pengetahuan yang unik dan luar biasa, dari balik dinding kegaiban. Beliau membuktikan bahwa gaibnya Allah adalah kekuatan, dan anugerah Allah ( fadlal Allah ), dapat diberikan kepada orang yang dikehendaki-Nya.

Sekarang bagaimana mempraktikkan nafas Allah dalam priktek peningkatan konsentrasi kita kepada Allah ?

Para ahli hikmah manafsirkan bahwa berdzikir Allah....Allah....., adalah cara utama untuk mencapai hal tersebut. Selain peningkatan ibadah kepada Allah, juga kita disadarkan ada Allah disetiap nafas kehidupan kita.

Kemudian dalam praktiknya inilah yang harus kita kerjakan :

> Ambillah nafas yang cukup sebelum berdzikir Allah, kemudian hembuskan nafas kita sambil mengucap, "Allah..." sampai nafas kita habis. > Satu kalimah Allah, dalam satu tarikan dan hembusan nafas. Al ( lah* )........ tarik......

( Al* ) lah.... buang.

Pada mulanya kita merasakan nafas tersenggal seperti kehabisan nafas, tetapi dengan latihan yang cukup, nantinya kita akan merasakan semacam enerji adikodrati mulai mengisi lorong-lorong pernafasan menuju kepusat diri (pusar) dan akhirnya berjalan keseluruh tubuh. Tubuh terasa ringan, kon-sentrasi kita meningkat, dan tanpa disadari kita telah mengolah kemampuan ilmu hikmah kita kejajaran yang lebih tinggi lagi.

Membiasakan bernafas Allah, berarti kita mulai meningkatkan konsentrasi ibadah kita kehadirat Allah. Dan Insya Allah akan memberikan kita anugerah berupa kekuatan-kekuatan dan pengetahuan yang diatas manusia biasa.
Kuncinya adalah ikhlas, sabar, tekun & selalu Tawakal kepada Allah SWT. 


Amin....Sola Tihim Da – i – Mun SOLAH dari perkataan WASLAT maknanya LEKAT atau MENGHAMPIRI. Pengertiannya ialah :- SYARIAT = Mematuhi hukum2 yang tertentu dalam sembahyang TARIKAT = Penyatuan Pencinta dengan Yang Dicintai HAKIKAT = Wudhu ialah Penceraian, Solat ialah Penyatuan. Anda hendaklah mencerai diri anda daripada diri , kemudian anda akan lekat atau bercantum dengan Allah. Oleh itu dikatakanlah wudhu ialah penceraian dan solah itu penyatuan. Siapa tidak bercerai tidak bersatu. Inilah sembahyang yang berkekalan. Al-Mikraj : 23 Mereka yang sembahyangnya berkekalan. Perbezaan Solat Syariat Dengan Solat Hakikat Waktu Syariat = 5 kali sehari semalam Hakikat = berkekalan Kiblat Syariat = Kaabah Hakikat = Wajah Allah Cara Syariat = Ikut Rukun 13 Hakikat = Luas bidangnya Arah Syariat = Kiblat Hakikat = Mana mana sahaja Kiblat ada 4 – pertama Kaabah, kedua Guru, ketiga Hati & Keempat = Haq Sembahyang adalah MIKRAJ bagi orang mukmin. Satelah mengosongkan dirinya daripada dirinya sampai kepada yang dicintai yaitu Allah. Inilah MAQAMAN MAHMUDAN / Peringkat Terpuji. Pada peringkat ini dia mengatakan ucapan sembahyangnya KEPADA DIRINYA Simukmin dalam sembahyangnya menukarkan hadapnya dari Kiblat Kaabah kepada Yang Haq dan ini dilakukan semasa BERNIAT dalam sembahyang. MENGHADAP KEPADA ALLAH IALAH SEMBAHYANG YANG BERKEKALAN. Wudhu ada dua erti = Pertama membersehkan badan dari kekotoran. Kedua Penceraian dari Diri. SH0LAT DAIM disebut juga dengan "ASH0LATU DAIMULHAQ" adalah SHOLAT DIAM (tetap) tanpa gerakan, dilakukan terus menerus sepanjang hidup, disebut pula SHALAT ABADI krna menuju ALAM KEABADIAN yakni: 1. AKU BERNIAT SH0LAT DAIM UNTUK SELAMA HIDUPKU 2. BERDIRI ADALAH HIDUPKU 3. RUKUK ADALAH PENGLIHATANKU 4. IKTIDAL ADALAH PENDENGARANKU 5. SUJUD ADALAH PENCIUMANKU 6. BACAAN AYAT ADALAH UCAPANKU 7. DUDUK ADALAH IMANKU 8. PUJIAN ADALAH KELUAR MASUK NAFASKU 9. DZIKIR ADALAH INGATANKU 10. KIBLAT ADALAH RENUNGANKU 11. FARDHU MENJALANKAN YG WAJIB LANTARAN KUDRATKU 12. AKU PASRAH KEPADA DZAT HIDUPKU 13. KARNA YG DEMIKIAN ITU TELAH BERDIRI ZAT, SIFAT dan PERBUATANKU inilah Al Qur'an sejati, sebagai tanda HAKIKAT semua SH0LAT inilah HAKIKAT SH0LAT DAIM yakni sholat yg sejati, tanpa di halangi waktu, tidak mempunyai hitungan rakaat SH0LAT DAIM ini boleh sambil kerja, duduk dengan berdiri, berdiri dengan duduk, lari dengan berhenti, membisu dengan bercerita, bepergian dengan tidur, tidur dengan terjaga, seperti itulah ibaratnya, sebab HAKIKAT SH0LAT DAIM tanpa SUJUD dan RUKUK, Yakni hanya berada dalam RASA HIDUP KITA pribadi AJARAN DASAR ILMU NAFAS Adapun nyawa yang di luar, iaitu yang keluar masuk, maka yang keluar masuk itu dinamakan Muhammad. Maka Nafas itu dinamakan Nabi kepada kita ( INGAT! Kita bukan Nabi ). Kemudian yang dinamakan Muhammad itu ialah Pujian, maka maksud Pujian itu ialah berkenaan Ilmu Nafas. Maka Ilmu Nafas itu dinamakan :- Di luar - Ilmu Ghaibul Ghuyub. Di dalam - Ilmu Sirrul Asrar. Maka daripada Nafas itulah terbitnya Ibadat Muhammad. Maka daripada jasad kita yang di luar, maka terbitnya Ibadat Adam, sebagaimana yang ada di dalam Rukun Islam yang lima. Maka ibadat Muhammad itu:- Salatul Daiem - dinamakan Solat Berkekalan. Wahdah Fil Kasrah - iaitu pandangan satu kepada yang banyak. Maka yang dinamakan Nafas itu yang keluar masuk daripada mulut. Maka yang dinamakan Nupus itu yang keluar masuk daripada hidung. Maka yang dinamakan Tanapas itu yang keluar masuk daripada telinga. Maka yang dinamakan Ampas itu yang keluar masuk daripada mata. Maka Napas itulah yang menuju kepada "ARASHTUL MAJID" kerana itu hendaklah kita ketahui Ilmu Nafas, iaitu Ilmu Ghaibul Ghuyub, kerana yang tersebut itu adalah salah satu daripada ibadat Muhammad. Maka Ilmu Nafas disertai dengan ibadat iaini praktikal, tidak boleh hanya semata-mata dengan teori. Maka Nafas yang keluar dari lubang hidung kiri itu dinamakan Jibraill, maka ucapannya "ALLAH". Maka Nafas yang masuk melalui lubang hudung kanan itu dinamakan Izraill, maka ucapannya "HU". Maka Zikirullah yang dua itu dinamakan NUR. Maka jadilah dua Nur, iaitu kalimah "ALLAH" satu Nur, kalimah "HU" satu Nur. Maka dua Nur ini bertemu ialah di atas bibir dn tidak masuk ke dalam tubuh. Maka amalan ini sampailah ke darjatnya yang dinamakan Nurul Hadi. Maka ke arah itulah yang dicapai. Maka Nafas itu naik di dalam badan dinamakan AHMAD, iaitu turun darpada ubun-ubun sampai kepada Jantung Nurani maka dinamakan Izraill, ucapanya "ALLAH". Maka Nafas yang daripada jantung naik sampai kepada ubun-ubun, maka dinamakan Jibraill, maka ucapannya ialah "HU". Maka amalan yang tersebut inilah yang dinamakan:- Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, Syuhudul Kasrah Fil Wahdah. Amalan Soleh. Pintu Makrifat. Maka kedua perkara tersebut itu hendaklah diamalkan tanpa wudhu dan jangan dikuatkan suara hanya semata-mata Khafi ( lafaz di dalam hati ). Sesungguhnya yang dinamakan HATI (qalbu) itu adalah Nur yang memancarkan dari bahagian bawah jantung (bahagian Muhammad) ke arah bahagian atas jantung (bahagian Allah).Adapun zikir NAFAS itu adalah ketika keluar -ALLAH- dinamakan ABU BAKAR,zikirnya ketika masuk adalah HU dinamakan UMAR-letaknya NAFAS adalah di mulut.Adapun zikir ANFAS itu adalah ketika keluar adalah -ALLAH- dan ketika masuk adalah HU,letaknya ANFAS pada hidung,ianya dinamakan MIKAAIL dan JIBRIL.Adapun zikir TANAFAS itu adalah tetap diam dengan "ALLAH HU" letaknya di tengah-tengah antara dua telinga,ia dinamakan HAKIKAT ISRAFIL.Adapun zikir NUFUS adalah ketika naik HU dan ketika turun adalah "ALLAH" letaknya di dalam jantung,diri nufus ini dikenal dengan USMAN dan perkerjaanya dikenal sebagai ALI... Sabda Nabi S.A.W yaitu "Barangsiapa keluar masuk nafas dengan tiada zikir Allah maka sia-sialah ia". Bermula nafas itu atas dua langkah, satu Naik dan kedua Turun. Maka tatkala naiknya itu sampai kepada 7 petala langit maka berkata “Wan Nuzuulu Yajrii Ilal Ardhi Fa Qoola HUWALLOH”. Dan tatkala turun kepada 7 petala bumi maka nafas Nabi itu bunyinya ALLAH. Tatkala masuk pujinya HUWA. Tatkala ia terhenti seketika antara keluar masuk Tanafas namanya, pujinya AH.. AH. Tatkala ia tidur atau mati Nufus namanya Haqqu Daeim. Ingatlah olehmu dalam memeliharakan akan nafas itu dengan menghadirkan makna ini sentiasa, di dalam berdiri dan duduk dan di atas barang yang diperbuat hingga memberi bekas kepada sekalian badan dan limpah segala cahaya Nurul ‘Alam itu atas segala anggota. Maka apabila tetaplah tilik hatimu maka jadilah engkau hidup di dalam Dua Negeri yakni Dunia Akhirat dan dibahagiakan Allah baginya pintu selamat sejahteralah di dalam Dunia dan Akhirat. Dianugerahi Allah Ta’ala mereka itu sampai kepada martabat segala Nabi dan segala Muslimin dan mengharamkan Allah Ta’ala tubuhnya dimakan api neraka dan badanya pun tiada dimakan tanah di dalam kubur. Maka engkau tetaplah dengan hatimu wahai saudaraku pada hal ini dan jangan engkau jadi daripada orang yang lupa dan lalai, mudah-mudahan dibahagiakan Allah Ta’ala atas mu dengan berhadapan sentiasa hingga sampai kepada ajalmu. Adapun nafas kita keluar masuk sehari semalam yaitu pada siang 12 000 dan pada malam 12 000 kerana inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam, pada siang 12 jam dan malam 12 jam, demikianlah seperti huruf “Laa Ilaaha Illallah, Muhammadur Rasulullah”, masing-masing mempunyai 12 huruf berjumlah 24 huruf semuanya. Barangsiapa mengucap dengan sempurnanya yang 7 kalimah itu nescaya ditutupkan Allah Ta’ala Pintu Neraka yang 7. Juga barangsiapa mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampuni Allah Ta’ala yang 24 jam. Inilah persembahnya kita kepada Tuhan kita yang tiada berkeputusan yang dinamai Solatul Daeim dan puasa itu melakukan nafsu zahir dan batinnya. Sabda Nabi S.A.W “Ana Min Nuurillah Wal ‘Aalami Nuurii” artinya “Aku daripada Cahaya Allah dan sekalian alam daripada Cahayaku” sebab itulah dikatakan “Ahmadun Nuurul Arwah” artinya “Muhammad itu bapa sekalian nyawa” dan dikatakan “Adam Abu Basyar” artinya “Adam bapa sekalian tubuh”. Adapun yang dikatakan Fardhu itu Nyawa kerana Nyawa itu dapatlah bergerak badan kita. Adapun Awal Muhammad Nurani adapun Akhir Muhammad Rohani. Adapun Zahir Muhammad Insani adapun Batin Muhammad Robbani. Adapun Awal Muhammad Nyawa kita adapun Akhir Muhammad Rupa kepada kita, adapun yang bernama Allah Sifatnya, adapun sebenar-benar Allah itu Zat Wajibal Wujud, adapun yang sebenar-benar Insan yaitu manusia yang tahu berkata-kata adanya. yang bernama Allah Sifatnya, adapun sebenar-benar Allah itu Zat Wajibul Wujud, adapun yang sebenar-benar Insan yaitu manusia yang tahu berkata-kata adanya. Kita telahpun mendengar bahawa barangsiapa yang tidak mengenal ilmu zikir nafas ,maka sudah tentu orang yang berkenaan tidak dapat menyelami alam hakikat solat daeim...dalam bab-bab yang lalu telah diterangkan dengan jelas tentang solat,dimana pengertian solat tersebut adalah berdiri menyaksikan diri sendiri iaitu penyaksian kita terhadap diri zahir dan diri batin kita yang menjadi rahsia Allah Taala. Di sini kita akan membincangkan takrif dan cara-cara untuk mencapai martabat atau makam solat da'aim.Solat Daaim boleh ditakrifkan sebagai solat yang berkekalan tampa putus walaupun sesaat dalam masa hidupnya iaitu penyaksian diri sendiri (diri batin dan diri zahir) pada setiap masa dan setiap ketika tampa berhenti henti walaupun sesaat...seperti firman Allah yg bermaksud " YANG MEREKA ITU TETAP MENGERJAKAN SOLAT" ( Al-Makrij-23). Jika di dalam solat tugas kita adalah menumpukan sepenuh perhatian dengan mata batin kita menilik diri batin kita dan telinga batin menumpukan sepenuh perhatian kepada setiap bacaan oleh angota zahir dan batin kita disepanjang upacara solat yang tersebut tampa menolehkan perhatian kearah lain. Solat adalah merupakan latihan diperingkat untuk kita melatih diri kita supaya menyaksikan diri batin kita yang menjadi rahsia Allah Taala...tetapi setelah berjaya membuat penyaksian diri diwaktu kita menunaikan solat,maka haruslah pula melatihkan diri kita supaya dapatlah kita menyaksikan diri batin kita pada setiap saat didalam masa hidup kita dalam masa dua puluh empat jam disepanjang hayat kita,sebab itulah kita mengucapkan syahadah:............ Maka bererti kita berikrar dengan diri kita sendiri untuk menyaksikan diri rahsia Allah itu pada setiap saat di dalam masa 24 jam sehari semalam. Oleh itu untuk mempraktikkan penyaksian tersebut,maka kita haruslah mengamalkan solat daaim dalam hidup kita seharian sepertimana yang pernah dibuat dan diamalkan oleh Rasulullah s.a.w,nabi-nabi dan wali wali agung. Antara syarat syarat untuk mendapatkan makam solat daaim adalah seperti berikut:- 1- Hendaklah memahami dan berpegang teguh dengan hakikat kelakuan zikir nafas, 2- haruslah terlebih dahulu berjaya mendapat NUR QALBU iaitu hati nurani, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3783338390793&set=a.1306342147435.45736.1496981155&type=3&theater 3- Telahpun mengalami proses pemecahan wajah KHAWAS FI AL KHAWAS, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3455683879635&set=a.1306342147435.45736.1496981155&type=3&theater 4- Telahpun memahami dan dapat berpegang dengan penyaksian sebenar/SYUHUD AL-HAQ, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2684777767464&set=a.1306342147435.45736.1496981155&type=3&theater Untuk mengamalkan dan mendapatkan makam solat daaim maka sesorang itu haruslah memahami pada peringkat awalnya tentang hakikat perlakuan zikir nafas iaitu tentang gerak-gerinya..zikirnya..lafaz zikirnya...letaknya..dan sebagainya,hal ini telahpun disentuh didalam bab-bab yang lalu,oleh itu amalkanlah zikir nafas itu bersungguh sungguh supaya kita mendapat QALBU iaitu pemancar nur di dalam jantung kita yang menjadi kuasa pemancar kepada makrifat untuk makrifat diri kita dengan Allah Taala. Sesungguhnya dengan zikir nafas sahajalah ketul ketul darah hitam yang menjadi istana iblis di dalam jantung kita akan hancur dan terpancarlah NURQALBU dan kemudian terpancarlah pula makrifah bagi membolehkan sesorang itu memakrifatkan dirinya dengan Allah Taala dan dapatlah diri rahsia Allah yang menjadi diri batin kita membuat perhubungan dengan diri ZATUL HAQ tuhan semesta alam. Latihan untuk menyaksikan diri ini hendaklah dibuat berperingkat peringkat,diperingkat awalnya melalui solat sebagaimana yang diterangkan di dalam bab yang lalu..dalam masa proses penyaksian diri sesorang itu akan mengalami satu proses membebaskan diri batin (KHAWAS FI KHAWAS) dari jasad dan dengan itu maka sesorang itu akan dapat melihat wajah kesatu wajah yang lain sampailah kepada wajah kesembilan iaitu martabat yang paling tinggi di dalam ilmughaib...dengan mendapat pecahan wajah maka akan dapatlah manusia itu membuat suatu penyaksian yang sebenar pada setiap saat dimasa hidupnya samada pada masa beribadah ataupun keadaan biasa. Pada peringkat ini dinamakan juga peringkat martabat BAQA BILLAH iaitu suatu keadaan yang kekal pada setiap pendengaran,penglihatan,perasaan dan sebagainya,dan pada tahap ini ia adalah seperti orang awam dan payah untuk mengetahui darjah dirinya dengan Allah Taala.. Biasanya orang yang berjaya mencapai makam solat daaim dapatlah kembali kehadrat Allah Taala dengan diri batin dan diri zahir tampa terpisahkan diantara satu sama lain,ia dapat memileh samada hendak mati (meninggal) atau hendak ghaib.... Artikel berkenaan Ilmu Nafas........ Bangsa Melayu adalah satu bangsa mistik yang memiliki banyak ilmu tersembunyi.Antaranya ialah ilmu nafas.Semua pendekar melayu pasti akan diperturunkan ilmu nafas dan pelbagai petua yang kesemuanya berkaitan dengan nafas. Dengan memerhatikan suhu dan pergerakan keluar masuk nafas melalui hidung,digabungkan dengan sedikit ilmu firasat, biasanya pendekar melayu mampu meramal untung nasibnya di medan tempur.Semasa hendak turun tangga untuk meninggalkan rumah samada untuk berkerja atau merantau pun , petua dalam ilmu nafas selalu digunakan oleh orang-orang tua kita.Nafas kiri atau nafas kanan cukup diambil kira! Tapi sayang, kini ilmu ini semakin pupus dan jarang diperturunkan oleh orang orang tua kita. Tidak dapat dinafikan lagi, bukan bangsa melayu saja, tetapi boleh dikatakan semua bangsa juga mempunyai ilmu dan kaedah berkaitan dengan nafas ini.Contoh yang paling baik ialah senaman Yoga, ia amat menitik beratkan berkaitan dengan cara mengolah pernafasan! Mungkin ada yang terkejut jika saya katakan bahawa ada orang melayu lama kita yang boleh menyimpan atau menahan nafas sehingga berjam-jam lamanya.Ada juga yang boleh menyelam di dalam air agak lama.Ada juga yang kebal dan tidak lut senjata tajam hanya dengan kaedah mengendalikan nafas mereka ! Semua ini berkaitan dengan ilmu nafas.Jika anda membaca artikel saya yang lama tentang pendekar sufi dan Mat Kilau, saya ada menulis tentang bagaimana Mat Kilau pura-pura mati sehingga beberapa hari untuk mengelirukan Inggeris.Mungkinkah Mat Kilau telah menggunakan ilmu nafasnya dan amat mahir dalam ilmu nafas ini? Lebih hebat lagi, ada juga orang-orang tua kita yang membunyikan zikir-zikir tertentu ketika masuk atau keluarnya nafas mereka.Ilmu ini tersangat rahsia dan jika kita hendak mempelajarinya, carilah guru yang benar-benar tahu tentang ilmu ini.Biasanya mereka akan belajar dengan sangat mendalam berkaitan nafas sehingga kepada ampas, tanapas dan nupus, malah dikatakan juga dengan ilmu ini, si pengamalnya akan dapat mengetahui bilakah saat saat kematiannya! Bagaimana pula ilmu nafas ini dari sudut pandangan sains dan kesihatan? Rahsia tahap kesihatan seseorang bergantung kepada cara pernafasannya! Ini adalah kerana dengan kaedah pernafasan, manusia memperolehi bekalan gas oksigen untuk keperluan sel sel badan.Oksigen penting untuk mengekalkan fungsi dan tahap kesihatan setiap sel badan. Udara yang disedut akan memasuki paru-paru dan gas oksigen akan diserap di Alveolus paru-paru kedalam salur kapilari darah.Sel-sel darah merah yang beredar akan mengangkut oksigen tersebut seperti yang diterangkan dibawah : Setiap unit sel yang sihat akan membentuk satu organ yang sihat dan setiap organ yang sihat akan membentuk satu sistem yang sihat di dalam badan kita.Beberapa sistem dalam badan kita pula akan berinteraksi dan membentuk satu jasad badan yang kita kenali sebagai manusia. Di antara sistem yang paling penting dalam badan ialah sistem darah dan peredarannya serta sistem limfa. Dalam youtube dibawah, anda akan dapat melihat bagaimana sel-sel darah merah yang mengangkut gas oksigen menggunakan Hemoglobinnya beredar dalam salur darah dan membekalkan gas oksigen kepada sel-sel badan. Cara bernafas bukan saja mempengaruhi oksidasi sel, malah ia juga mengawal peredaran sistem cecair limfa.Sistem cecair limfa yang mengandungi sel darah putih adalah merupakan sistem pertahanan badan yang penting bagi manusia untuk melawan kuman dan penyakit.Banyak juga toksin dikumuhkan melalui sistem limfa. Selain dari pergerakan otot (muscular movement ), “deep breathing” atau cara pernafasan yang efektif juga dikenalpasti mempengaruhi sistem peredaran cecair limfa.Dr Jack Shields, seorang Lymphologist dari Santa Barbara, California dalam kajiannya terhadap immune system telah meletakkan sebuah kamera didalam badan pesakit untuk melihat apakah mekanisma yang menjalankan pembersihan terhadap sistem limfa, lalu beliau membuat kesimpulan bahawa “ a deep diaphragmatic breath is the most effective way to stimulate cleansing of lymphatic system”. Dr Otto Warburg, Pengarah The Max Planck Institute for Cell Physiology, yang juga bekas pemenang Hadial Nobel Prize telah membuat satu kajian khusus tentang kaitan oksigen terhadap sel.Dalam kajiannya itu beliau mendapati jika kandungan oksigen yang diperlukan oleh sesuatu sel yang sihat itu dikurangkan , maka sel itu akan cepat berubah menjadi ‘malignant cell’.Selepas itu kajiannya diteruskan pula oleh Dr Harry Goldblatt. Dalam Journal of Experimental Medicine 1953, Goldblatt menyatakan hasil kajian ilmiahnya itu keatas spesies tikus. Anthony Robbins, dalam bukunya “Unlimited Power” telah menyarankan agar kita bernafas dengan cara nisbah 1:4:2 ataupun Inhale one count,Hold four count,Exhale two count. Untuk lebih memudahkan anda , saya berikan contohnya, jika anda tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dan mendalam selama 5 saat, maka tahan nafas anda selama 20 saat dan hembus nafas perlahan-lahan selama 10 saat, ia terpulang kepada anda, tetapi jangan lupa : dengan nisbah 1:4:2 Mengapa masa hembusan nafas [exhale] 2x ganda masa sedutan nafas[inhale]? Ia adalah untuk memastikan semua toksin dari sel dikumuhkan sepenuhnya ke dalam cecair limfa. Mengapa pula perlu menahan nafas [hold] dalam masa 4x ganda lebih lama berbanding masa sedutan nafas? Ia adalah untuk memastikan semua gas oksigen yang disedut itu akan digunakan secara optima oleh setiap sel badan dan dalam masa yang sama akan mengaktifkan sistem limfa. Anda cubalah bernafas dengan formula ini, iaitu 1:4:2 atau gunakan gandaaan ini mengikut kemampuan anda!anda boleh cuba dengan nisbah 2:8:4 atau 3:12:6 dan sebagainya. Cubalah anda bernafas dengan cara ini bermula dari 10x sedutan 3x sehari dan insyaAllah anda akan merasakan kelainannya seperti lebih tenang, lebih bertenaga dan lebih sihat, cubalah . Lebih elok lagi jika latihan nafas ini anda lakukan selepas solat, dikala hati dan jiwa kita tenang. Cara bernafas nisbah 1:4:2 yang saya terang diatas ini adalah mengikut sains, jika ada di antara pembaca sekalian yang ingin berkongsi ilmu dan pengalaman dalam ilmu nafas melayu lama, komen dan pendapat anda amatlah saya alu-alukan! Mungkinkah nenek moyang kita dahulukala selalu mempraktikkan ilmu nafas mereka setiap hari atau lebih hebat lagi mereka selalu melakukan riadah riadah jiwa seperti dibawah ini sambil mengoptimakan kecerdasan spiritual mereka? Cuba kaji dan cuba fikir-fikirkan, semoga melayu kembali gemilang dan terbilang diakhir zaman. Berkata Arifbillah...........Alhamdulillahirabbilalamin.... ‘Matikan dirimu sebelum kamu mati’. Maka ‘mati yang pertama’ itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yang berkuasa, kamudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu ialah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua. Ditarikkan ‘nafas’ itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Ruh). Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim. Maka selepas sempurna ‘mematikan diri yang pertama’ hendaklah melakukan ‘mikraj’ iaitu ‘mematikan diri peringkat kedua’ yang dinamakan mati maknawi, iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu malainkan hanya berhadap pada Allah jua. Dengan meletakkan nafas kita melalui alam ‘ampas’ iaitu antara dua kening (Kaf Kawthar) merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu dalam kepala kita hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua. ‘Mati pada peringkat ketiga’ adalah mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan sendiri sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat ‘Fakir, Dhaif, lemah dan hina’. Dinaikkan ‘tanafas’ hingga ditempatkannya dengan sempurna di ‘nufus’ dengan melihat pada matahati itu dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah. Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah menggerakkan Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan Nafas, dari nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah yang mengerakkan sekeliannya. Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua. Maka Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya, “Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontar……… Ilmu Nafas memang tidak asing di kalangan pengikut-pengikut Yoga, Tai Chi, Qi Gong dan Sufi Islam. Orang-orang tua Melayu dahulukala yang mahir ilmu tenaga dalam, menekankan corak pernafasan yang betul, guna meningkatkan ‘tenaga dalam’, yang dikenali juga dengan nama chi, qi, prana atau qudrah (tenaga kosmik yang wujud di sekeliling kita) Malangnya dengan gaya hidup kita sekarang yang serba-serbi nak cepat ditambah dengan persekitaran yang sentiasa STRESS, kita terdorong untuk bernafas secara ‘cetek’ (shallow breathing) dan cepat. Mengikut kajian, ini akan menyebabkan kita kurang menyedut chi (tenaga kosmik) dan ini akan mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung, kanser dll. Kajian moden di negara barat telah membuktikan, dengan bernafas secara perlahan dan dalam, ianya dapat menurunkan tekanan darah, mengurangkan stress dan membantu aliran darah ke seluruh tubuh. Ada dua jenis pernafasan ie. - pernafasan dada (chest breathing) dan - pernafasan perut (abdominal breathing). —–Cuba anda tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan. Apakah yang mengembang? bahagian dada atau perut? Corak pernafasan yang baik ialah bila bahagian dada mengembang bila anda menarik nafas.Ini kerana pusat tenaga dalam bukan terletak di dada tetapi di perut, yang digelar ‘solar plexus’. Jika anda jenis yang bernafas melalui dada, dengan latihan rutin, sebenarnya anda boleh mengubah kepada jenis pernafasan melalui perut. Latihan Pernafasan 4-4-4. Ini adalah teknik asas latihan pernafasan yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja, dan dengan kebiasaan, ianya dapat meningkatkan tenaga dalam atau chi kita. 1) Duduk bersila dengan tegak dan rileks 2) Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan pastikan bahagian perut mengembang (bukan dada!) dengan kiraan 1,2,3,4.Tahan nafas di perut. 3) Tahan nafas di perut dalam kiraan 1,2,3,4 4) Hembus nafas melalui hidung dalam kiraan 1,2,3,4 perlahan-lahan. Lakukan dalam 5-10 cycle mengikut kesesuaian masa anda, tapi sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari pun dah cukup! ataupun bila anda dalam keadaan STRESS! "Allah ada dalam setiap hembusan nafas kita ", kata salah seorang ahli hikmah, yang juga merupakan Wali Allah, yaitu Imam Al-Ghazali. Beliau dikenal dengan ajaran estoterik-nya mengenai nafas Allah, ungkapan beliau yang terkenal adalah sebagai berikut : "Fayalma'u fil-qulubi min waroo'i sitril-ghoibi syay'un min ghoro'ibil ‘ilmi", yang artinya : Maka bersinarlah dalam hati ini, pengetahuan yang unik dan luar biasa, dari balik dinding kegaiban. Beliau membuktikan bahwa gaibnya Allah adalah kekuatan, dan anugerah Allah ( fadlal Allah ), dapat diberikan kepada orang yang dikehendaki-Nya. Sekarang bagaimana mempraktikkan nafas Allah dalam priktek peningkatan konsentrasi kita kepada Allah ? Para ahli hikmah manafsirkan bahwa berdzikir Allah....Allah....., adalah cara utama untuk mencapai hal tersebut. Selain peningkatan ibadah kepada Allah, juga kita disadarkan ada Allah disetiap nafas kehidupan kita. Kemudian dalam praktiknya inilah yang harus kita kerjakan : > Ambillah nafas yang cukup sebelum berdzikir Allah, kemudian hembuskan nafas kita sambil mengucap, "Allah..." sampai nafas kita habis. > Satu kalimah Allah, dalam satu tarikan dan hembusan nafas. Al ( lah* )........ tarik...... ( Al* ) lah.... buang. Pada mulanya kita merasakan nafas tersenggal seperti kehabisan nafas, tetapi dengan latihan yang cukup, nantinya kita akan merasakan semacam enerji adikodrati mulai mengisi lorong-lorong pernafasan menuju kepusat diri (pusar) dan akhirnya berjalan keseluruh tubuh. Tubuh terasa ringan, kon-sentrasi kita meningkat, dan tanpa disadari kita telah mengolah kemampuan ilmu hikmah kita kejajaran yang lebih tinggi lagi. Membiasakan bernafas Allah, berarti kita mulai meningkatkan konsentrasi ibadah kita kehadirat Allah. Dan Insya Allah akan memberikan kita anugerah berupa kekuatan-kekuatan dan pengetahuan yang diatas manusia biasa. Kuncinya adalah ikhlas, sabar, tekun & selalu Tawakal kepada Allah SWT. Amin.

No comments:

Post a Comment