Thursday 9 October 2014

Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar oleh Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki

Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar oleh Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki


Bab II : Tiga Puluh Sembilan Buah Keterangan Daripada Para Sahabat RA
1. Bencana yang Terjadi Sebelum Al-Mahdi
“Sebelum muncul Al-Mahdi, ada bencana yang membinasakan umat manusia. Kamu semua jangan
mencela penduduk Syam, kerana merekalah yang menerima bencana tersebut. Demikian (berlaku)
kerana para wali abdal adalah lahir daripada mereka. Bencana tersebut antaranya berupa hujan lebat
yang menenggelamkan manusia, sehingga andainya mereka berhadapan dengan segerombolan
musang sahaja, nescaya mereka akan dikalahkan. Setelah itu Allah memunculkan Al-Mahdi yang
berada di tengah-tengah pasukan yang minimumnya berjumlah 12,000 orang atau maksimumnya
15,000 orang.”
2. Berarak Menuju Al-Mahdi
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum seorang nafsuz zakiyah terbunuh. Apabila nafsuz zakiyah ini
terbunuh, maka penduduk langit dan bumi menjadi marah. Kemudian manusia mendatangi Al-Mahdi
dengan berjalan pantas seperti cepatnya jalan pengantin lelaki menuju pengantin perempuan.”
3. Menghalalkan yang Haram
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum terjadinya suatu masa semua perkara yang haram dianggap
halal. Kemudian dia diserahkan jawatan khalifah, yang pada ketika itu dia sedang berada di dalam
rumahnya dan dia adalah sebaik-baik penduduk bumi.”
4. Tanda-tanda Kemunculannya
“Tanda-tanda kemunculan Al-Mahdi adalah terjadinya sekumpulan tentera yang ditelan oleh bumi di
Al-Baidak.”
5. Keluar Askar Al-Mahdi
“Al-Mahdi berserta askarnya akan muncul dari Timur. Seandainya gunung menjadi penghalang,
nescaya gunung itu akan dihancurkan sehingga rata menjadi jalan.”
6. Sebahagia-bahagia Umat Pada Zaman Al-Mahdi
“Sebahagia-bahagia umat pada zaman Al-Mahdi adalah bangsa Kufah.”
7. Beberapa Tanda Bagi Al-Mahdi
“Tanda-tanda kemunculan Al-Mahdi adalah jika harta pusaka melimpah, pemimpin-pemimpin yang
mengumpulkan harta telah mati, setelah itu digantikan oleh seorang lelaki yang lemah yang kemudian
dipecat semula setelah dua tahun diangkat, ada sekumpulan tentera yang ditelan oleh bumi di barat
Damsyik, munculnya tiga belas orang tokoh di Syam, keluar penduduk Barat ke Mesir, yang
semuanya ini berlaku pada zaman pemerintahan As-Sufyani.”
8. Suara Hatif
“Apabila ada seruan dari langit, “Sesungguhnya kebenaran berada di pangkuan Keluarga Nabi
Muhammad SAW,” maka pada ketika itu Al-Mahdi mulai gempar diperkatakan orang. Lantas umat
manusia beransur-ansur mencintai Al-Mahdi. Seterusnya tidak ada orang lain lagi yang disebut-sebut
oleh mereka melainkan Al-Mahdi.”
9. Muncul Panji-panji Hitam Menyerang As-Sufyani
“Panji-panji Hitam keluar lalu menyerang As-Sufyani. Di tengah-tengah pasukan itu ada Pemuda Bani
Hasyim yang di tangan kirinya berkiba bendera pasukan itu, manakala di hadapannya adalah Syuaib
bin Saleh at-Tamimi.”
10. Angkatan Laut As-Sufyani
“Sebelum muncul Al-Mahdi, pasukan berkuda As-Sufyani menyerang Kufah dan penduduk
Khurasan keluar mencari Al-Mahdi. Kemudian penduduk Khurasan bertemu dengan pasukan Al-
Hasyimi di tengah-tengah Panji-panji Hitam yang dipimpin oleh Syuaib bin Saleh. Penduduk
Khurasan lantas bertemu dengan pasukan As-Sufyani di kawasan yag berbatu, dan terus berlaku
pertempuran sengit. Dalam pertempuran itu, yang terhebat adalah pasukan Panji-panji Hitam,
manakalaa pasukan As-Sufyani melarikan diri. Pada ketika itu umat manusia amat berharap dapat
menemui Al-Mahdi dan terus mencarinya.”
11. Keluar Seorang Lelaki Daripada Keluarga Nabi SAW
“Sebelum Al-Mahdi, ada seorang lelaki dari kalangan Ahlulbait keluar di Timur, seraya menyandang
pedang di atas bahunya selama lapan belas tahun. Dia membunuh, mengamuk dan menuju ke
Baitulmaqdis. Namun dia mati sebelum sempat sampai ke sana.”
12. Madinah Hancur Binasa
“Sebelum Al-Mahdi, di Madinah terjadi pertempuran yang mengakibatkan hancurnya Madinah.
Darah yang mengalir daripadanya sampai di kawasan Ahjaruz Zait dan Ma al-Hirrah. Bandar tersebut
terletak lebih kurang 44 batu dari Madinah. Kemudian Al-Mahdi dibaiat.”
13. Tenggelamnya Tentera di Al-Baidak
“Penguasa Madinah mengirimkan tentera kepada Al-Hasyimi di Makkah. Tentera ini kemudian
mengusir penduduk Makkah. Peristiwa ini didengar oleh khalifah di Syam, iaitu As-Sufyani daripada
keturunan Abu Sufian bin Harb. Seterusnya As-Sufyani mengirimkan pasukan ke Makkah. Dalam
perjalanan itu, mereka singgah di Al-Baidak yang pada waktu itu kebetulan bulan penuh. Kemudian
ada seorang penyeru yang memerhatikan (ketibaan) pasukan itu berkata, “Aduh, celakalah kamu
semua penduduk Makkah kerana kedatangan pasukan ini.” Dia terus pergi dan datang lagi ke tempat
itu. Tetapi dia tidak nampak lagi pasukan tadi. Dia lantas bertasbih, “Subhanallah, mereka telah
berangkat sebentar tadi.” Lalu dia meneruskan perjalanannya. Di sana dia menemui pasukan tadi
dalam keadaan tertimbus separuh badan. Dia bercadang mahu membantu tetapi tidak mampu
berbuat apa-apa. Akhirnya dia meklum bahawa pasukan tadi telah ditelan oleh bumi. Dia bergegas
masuk ke Makkah untuk menyampaikan berita tersebut. Mendengar berita ini, penduduk Makkah
mengucapkan alhamdulillah, kemudian berkata, “Inilah tanda yang kita tunggu-tunggu.” Lantas
mereka pergi menuju ke Syam.”
14. Pelaksanaan Pembaiatan Al-Mahdi
“Sebelum Al-Mahdi muncul, perdagangan-perdagangan akan terhenti, jalan-jalan terputus dan banyak
berlaku bencana. Setelah itu ada tujuh buah panji-panji daripada tujuh buah pasukan, secara kebetulan
sama-sama mencari Al-Mahdi. Dari setiap kelompok itu ada sekitar 33 - 39 orang yang berjanji untuk
menemukan Al-Mahdi. Mereka dan pasukan terus mencari dan akhirnya menjumpai Al-Mahdi di
Makkah. Sebahagian daripada mereka ada yang bertanya kepada yang lain, “Apa perlunya kita datang
ke sini?” Sebahagian yang lain menjawab, “Kita datang untuk mencari orang yang layak diserahkan
tugas untuk mengakhiri bencana-bencana ini dan yang akan menakluk Kostantinopel.” Sambung
mereka, “Kami telah mengetahui namanya, nama ayah dan nama ibunya serta pasukan perangnya.”
Mereka terus mencari dan akhirnya bertemu di Makkah. Mereka menegur, “Engkau adalah si fulan
bin si fulan.” Tetapi Al-Mahdi menafikannya dan lari ke Madinah. Kemudian dia balik semula ke
Makkah, yang pada masa itu mereka sedang berkeliaran di sekeliling Hajar Aswad. Lalu pasukanpasukan
itu berkata, “Dosa-dosa kami berada di tanganmu, jiwa kamu berada di pundakmu, maka
hulurkanlah tanganmu untuk kami baiat sebab tentera As-Sufyani sudah kelihatan menuju ke sini
untuk menyembelih kami.” Seorang lelaki dari Tanah Suci tadi lantas duduk di antara Hajar Aswad
dan Maqam Ibrahim lalu menghulurkan tangannya dn terus dibaiat. Di sinilah Allah mempertemukan
kekasih-Nya dengan umat manusia yang kemudian mereka berjalan bersama-sama. Mereka ini amat
berani pada waktu siang dan amat ditakuti pada waktu malam.”
15. Munculnya Al-Hasyimi Sebelum Al-Mahdi
“Sebelum Al-Mahdi, Al-Hasyimi keluar untuk berperang selama 18 bulan. Dia akan menuju
Baitulmaqdis tetapi tidak sampai ke sana. Serentak dengan itu, As-Sufyani mengirimkan pasukannya
untuk menyerang Al-Mahdi tetapi mereka ditelan oleh bumi di Al-Baidak. Peristiwa ini sampai
kepada penduduk Syam. Mereka kemudian berkata kepada khalifahnya, “Berbaiatlah engkau kepada
Al-Mahdi. Jika tidak maka kamu akan kami bunuh!” Kemudian khalifah ini memberikan baiatnya
kepada Al-Mahdi. Al-Mahdi lantas berjalan hingga sampai ke Baitulmaqdis. Maka bangsa Arab, Ajam,
pasukan-pasukan perang, bangsa Rom dan lain-lain menyerah kepada Al-Mahdi tanpa peperangan.
Kemudian masjid-masjid dibangunkan di Kostantinopel dan di tempat-tempat lain.”
16. Tempat Lahirnya
“Al-Mahdi lahir di Madinah.”
17. Tempat Hijrahnya
“Tempat hijrahnya adalah Baitulmaqdis.”
18. Janggut Al-Mahdi
“Dia berjanggut tebal tetapi tidak begitu lebat.”
19. Kedua-dua Belah Matanya
“Kedua-dua pelupuk matanya kelihatan bercelak.”
20. Gigi Seri Al-Mahdi
“Gigi seri Al-Mahdi kelihatan bersinar.”
21. Wajah Al-Mahdi
“Pipi Al-Mahdi ada bertahi lalat.”
22. Tanda Pada Bahu Al-Mahdi
“Pada bahu Al-Mahdi terdapat cap kenabian Nabi Muhammad SAW.”
23. Bendera Nabi Muhammad SAW
“Al-Mahdi akan keluar dengan membawa bendera seperti bendera Nabi SAW, iaitu tidak berjahit,
berwarna hitam dan lebar yang tidak berkibar lagi sejak kewafatan Nabi SW sehinggalah muncul Al-
Mahdi.”
24. Dikawal Malaikat
“Allah menugaskan malaikat sebanyak tiga ribu untuk mengawal Al-Mahdi seraya memukul orangorang
yang memusuhi dan menentang Al-Mahdi.”
25. Usia Pelantikan Al-Mahdi
“Al-Mahdi diutus ketika dia berumur antara 30 hingga 40 tahun.”
26. Kulit Al-Mahdi
“Kulit Al-Mahdi berwarna coklat (sawo matang).”
27. Seorang yang Bernama Al-Hasyimi
“Al-Hasyimi menyerahkan kekhalifahan kepada Isa bin Maryam AS.”
28. Bencana yang Terjadi Sebelum Al-Mahdi
“Sebelum Al-Mahdi, terjadi banyak bencana. Kemudian sekumpulan orang berkumpul di hadapan
seorang lelaki keturunan Ali KMW, yang mana lelaki ini pada sisi Allah dinyatakan tidak mempunyai
dosa. Dia akan membunuh atau terbunuh. Kemudian Al-Mahdi pun muncul.”
29. Pelaksanaan Pembaiatan Al-Mahdi
“Orang ramai pergi menunaikan haji, mereka berwukuf di Arafah tanpa seorang imam pun, lantas di
Mina berlaku pemberontakan dan mereka dibunuh beramai-ramai di sana sehingga darah-darahna
mengalir dari (Jamrah) Aqabah. Mereka lantas meminta pertolongan kepada seorang yang mulia.
Mereka mendatanginya yang pada waktu itu sedang menyandarkan mukanya ke Kaabah sambil
menangis. Mereka lantas berkata, “Ke marilah supaya kami membaiatmu.” Dia menjawab, “Celaka
kamu semua ini, berapa banyak perjanjian yang telah kamu mungkiri dan berapa banyak darah yang
telah kamu tumpahkan.” Kemudian dengan secara terpaksa dia dibaiat. Jika kamu semua
menemuinya, maka berbaiatlah. Sesungguhnya dia adalah Al-Mahdi di bumi dan Al-Mahdi di langit.”
30. Bilangan Pasukan Badar
“Al-Mahdi melangkah menuju sejumlah pasukan Badar daripada penduduk Syam. Oleh penduduk
Syam itu, dia dibawa keluar dari kota Makkah, iaitu dari sebuah rumah dekat Safa, kemudian dengan
terpaksa dia dibaiat. Kemudian mereka bersembahyang dua rakaat berjemaah di sisi Maqam Ibrahim,
lalu dia naik ke atas mimbar untuk berkhutbah.”
31. Tempat Membaiatnya
“Al-Mahdi dibaiat di antara Hajar Aswad dengan Maqam Ibrahim, yang mana pelaksanaannya tidak
sampai membangkitkan orang yang sedang tidur dan tidak pula sampai menunpahkan darah.”
32. Tempat Keluarnya
“Al-Mahdi akan keluar dari Makkah dengan membawa bendera Rasulullah SAW.”
33. Al-Mahdi dan Harta yang Diperoleh Daripada Baitullah
“Al-Mahdi akan membahagi-bahagikan senjata dan harta yang diperolehnya daripada Baitullah untuk
jihad fi sabilillah. Rasulullah SAW menjelaskan kepada Umar RA tentang Al-Mahdi, “Aku tidak tahu
apakah aku akan menyimpan harta dan senjata tadi atau akan membahagi-bahagikannya.”
“Tinggalkanlah bangsa Habsyi apabila mereka meninggalkan kamu kerana sesungguhnya harta
simpanan Kaabah itu tidak akan dapat dikeluarkan melainkan dengan dua kekuatan.”
34. Masa Pemerintahannya
“Al-Mahdi akan memerintah selama 30 atau 40 tahun.”
35. Galian Bumi
“Pada zaman Al-Mahdi, bumi akan mengeluarkan galian-galiannya yng berharga seperti gumpalangumpalan
emas dan perak.”
36. Lagi Tanda-tanda Al-Mahdi
“Ada suatu tanda yang dituntut daripada Al-Mahdi. Lantas dia memberi isyarat kepada burung, maka
burung itu hinggap di atas tangannya. Kemudian Al-Mahdi memacakkan tongkatnya, lantas tongkat
itu menghijau dan berdaun.”
37. Menakluki Benteng Rom
“Seluruh pertahanan Rom dan bandar-bandarnya akan ditawan oleh Al-Mahdi dengan
mengumandangkan tahlil dan takbir.”
38. Tersebar Perdamaian di Hampir Seluruh Dunia
“Pada zaman Al-Mahdi nanti, kambing dan serigala digembala sekali, kanak-kanak bermain dengan
ular dan kala jengking, yang mana ular dan kala jengking ini tidak membahayakan sama sekali.
Manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik 700 mud buahnya. Riba, perzinaan dan
minuman keras hapus terus. Umat manusia berumur panjang, amanah-amanah ditunaikan, hal-hal
yang keji lenyap dan orang-orang yang bencikan keluarga Nabi SAW habis binasa.”
39. Menghapuskan Bidaah dan Menegakkan Sunnah
“Pada zaman Al-Mahdi nanti, tidak ada lagi bidaah melainkan dihapuskan dan tidak akan ada sunnah
melainkan ditegakkan. Dia akan menundukkan Kostantinopel, China dan Jabal ad-Dailam. Dia akan
menguasai kawasan tadi selama tujuh tahun, yang mana satu tahun pada waktu itu nanti sama panjang
dengan dua puluh tahun pada waktu sekarang. Kemudian Allah akan melakukan apa sahaja yang Dia
kehendaki.”

No comments:

Post a Comment