Thursday 9 October 2014

STESEN KE SEMBILAN - STESEN KE SEPULUH

STESEN KE SEMBILAN - STESEN KE SEPULUH



Rasa kekerdilan diri semakin kuat menguasai hati si hamba. Bila diri berasa kerdil dapatlah hati merasakan kebesaran, ketinggian dan keagungan Allah s.w.t. Apa sahaja yang berkait dengan Allah s.w.t akan menggetarkan hati nurani. Nama-nama Allah s.w.t, sifat-sifat-Nya dan ayat-ayat-Nya memberi kesan yang kuat kepada hati. Setiap disebut atau didengarnya nama dan ayat-ayat Allah s.w.t hatinya merasakan seperti ditikam dengan lembing tajam. Setiap patah suara azan yang berkemundang di udara ‘menerpa’ ke dadanya seumpama anak panah yang bisa. Dalam keadaan yang demikian si hamba sujud mengakui kebesaran, ketinggian dan keagungan Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam. Pengalaman yang demikian membuatnya mengerti maksud mukmin yang diceritakan oleh al-Quran.

Orang-orang mukmin apabila diperingatkan dengan Allah nescaya gementarlan hati mereka. (Ayat 2 : Surah al-Anfaal )

Si hamba bersyukur kepada Allah s.w.t kerana mengajarkan maksud ayat al-Quran melalui pengalaman yang membuatnya lebih mengerti dengan apa yang al-Quran katakan. Dia telah dikurniakan nikmat yang besar kerana diberi kesempatan untuk memahami maksud ayat al-Quran melalui pengalaman rasa. Bertambahlah kesyukurannya dan rasa kekerdilan diri di hadapan keagungan Allah s.w.t.
Di dalam suasana kekerdilan diri berhadapan dengan keagungan Allah s.w.t itu Juru-bicara dari dalam dirinya membacakan ayat:

Masuklah engkau ke dalam golongan hamba-Ku dan masuklah engkau ke dalam syurga-Ku. ( Ayat 30 : Surah al-Fajr )

Si hamba tersentak mendengar ‘ucapan’ tersebut. Dia tergamam seketika. Sebelum sesuatu berputik di dalam hatinya dia ‘mendengar’ peringatan daripada Petunjuk Ghaib:

“Apa yang kamu cari masih jauh di hadapan. Jangan kamu berhenti dan terpesona dengan keindahan syurga”.

Si hamba dengan merendahkan diri bermunajat kepada Tuhannya:

“Wahai Tuhanku! Tutupkanlah pandanganku daripada melihat syurga-Mu agar keindahannya tidak memukau daku, yang nanti menyebabkan langkahku menuju-Mu terhenti. Wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. Janganlah Engkau jadikan syurga sebagai penghalang di antara Engkau dengan aku. Ambillah kembali syurga-Mu dan serahkannya kepada sesiapa sahaja yang ada tuntutan terhadap diriku agar aku bebas daripada mereka dan hanya menjadi hamba-Mu sahaja. Janganlah Engkau adakan selain-Mu sebagai hijab di antara Engkau dengan aku. Inilah hamba-Mu yang tidak ada maksud dan tujuan selain Engkau, wahai Tuhanku!”
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

STESEN KE SEPULUH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni`mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

AKAL SANGAT MENAWAN HATI

[Asas-Asas Ilmu Akal]
Akal adalah sebahagian daripada komponen ROHANI dan juga sebahagian daripada komponen RUHUL YAQAZAH. Akal ditempatkan oleh Allah pada tempat yang paling selamat iaitu di dalam otak, dan otak diletakkan di dalam tempurung tengkorak. Tengkorak di salut oleh kulit kepala, dan kulit kepala dilindungi oleh rambut, tempatnya diletakkan pada tempat yang paling tinggi dan selamat iaitu pada tingkat atas pada tubuh manusia.
Akal sangat menawan hati, di mana tugasnya adalah menjalankan amanah Tuhan yang berasaskan kalimah tauhid LA ILLAHA ILLALLAH dan MUHAMMADARRASULLULLAH, pada otak manusia terdapat beribu urat dan saraf. Jika salah satu daripada ribuan saraf ataupun urat itu putus maka fungsi gerakan Akal itu terencat dan keupayaan untuk berfikir menjadi lemah dan kaku.
Akal mempunyai lembaganya tersendiri bagi menilai suasana berbagai-bagai peristiwa di muka bumi ini. Lembaga Akal itu di kenali sebagai Manik, Fikir, Sukma, Budi dan Rasa. Setiap lembaga Akal, masing-masing dengan peranannya, kerana itu manusia perlu faham bahawa setiap lembaga Akal itu adalah punca memahami segala ilmu yang datang bagi membina ketamadunan manusia dalam perkara keinsanan dan ketakwaan.

[Lembaga Akal Dan Peranannya]
1. MANIK : Adalah nur lembaga akal yang tugasnya menangkap dan memahami sesuatu berita yang tersurat dan juga tersirat dengan cepat dan tepat. Ia bermula daripada panca indra yang dilihat dan didengar dan akan segera disampaikan dan disimpan pada manik saban waktu di sepanjang hayat manusia serta dapat diingat kembali apabila peti simpanan dibuka dan dikenang akan sesuatu peristiwa walaupun pada masa yang telah lama berlalu.
2. FIKIR : Fungsinya ialah untuk menilai sesuatu berita yang datang ataupun berita yang telah dirakam dan disimpan pada manik, fikir juga dapat menilai serta membuat keputusan sama ada berita itu benar atau sebaliknya mengikut panduan.
3. SUKMA : Fungsinya untuk melahirkan sesuatu perasaan belas kasihan serta menanggung suatu sikap berkesedaran dan kehibaan atas sesuatu tekanan yang dapat mengubah sesuatu alam.
4. BUDI : Fungsinya melahirkan sikap bertimbangrasa mengikut ilmu yang tersimpan pada lembaga Akal (manik dan sukma) yang melahirkan sikap bertanggungjawab atas perkara yang bukan lahir dari dipaksa-paksa dan ia terbit dari sikap dan akhlak.
5. RASA : Fungsinya adalah melahirkan sikap bertanggungjawab apabila diamanahkan sesuatu tanggungjawab ataupun perintah, dan ia membawa sikap yakin, sabar, tegas dan nekad. Ia tertakluk kepada peranan nafsu yang baik dan keimanan yang luhur.
Pada keseluruhannya lembaga Akal ini berhubung rapat di antara pengaruh nafsu dan juga Roh, ini disebabkan ia berada di dalam kumpulan Ruhul Yaqazah. Ilmu yang diperolehinya adalah datang daripada alam yang nyata dan juga dari alam yang ghaib ataupun datang dari alam keliling atau melalui mimpi-mimpi mahupun perkhabaran.

[Membicarakan Masalah Akal Manusia Dan Lembaganya]
Akal adalah makhluk Tuhan yang tersangat tinggi nilainya. Ia mampu membawa manusia ke Syurga ataupun ke Neraka. Akal dan lembaganya adalah yang membezakan di antara kemanusiaan dan kehaiwanan. Akal jika diisikan di dalamnya dengan ilmu yang hak serta mengamalkannya maka manusia akan menjadi selamat, sebaliknya jika ia diisikan dengan ilmu yang batil atas godaan Syaitan walau tidak diamalkan sekalipun maka ia akan merosakkan manusia.
Manusia hendaklah sedar bahawa lembaga akal yang ada pada setiap manusia itu di antara satu dengan yang lainnya adalah bekerjasama dengan rapat di antara satu dengan yang lainnya. Sebagai contoh jika manik menerima isyarat daripada panca indera sama ada secara melihat, merasa, penciuman (bau) , percakapan, sentuhan, atau mendengar maka ia secara langsung akan melahirkan ilmu sama ada ilmu yang batil ataupun hak, demikianlah luasnya sumber ilmu yang diperolehi oleh akal tersebut sehinggakan daripada desiran angin dari pokok dan sebagainya pun akan melahirkan ilmu.

[Pemahaman Melalui Soal Jawab]
Soalan : Adakah Akal itu makhluk ?
Jawapan : Akal adalah makhluk yang tinggi nilai kejadiannya, ia di ibaratkan sebagai makhluk yang tersangat mustahak di dalam kehidupan manusia, dia juga dikatakan sebahagian makhluk yang awal Allah jadikan.
Soalan : Bagaimanakah ia memperoleh ilmu ?
Jawapan : Ia memperolehi ilmu melalui penglihatan, pendengaran, penciuman (bau), sentuhan dan sebagainya.
Soalan : Berapa jenis ilmu yang tersimpan di dalam akal ?
Jawapan : Ada empat jenis ilmu yang terdapat di dalam akal. 
1. Ilmu yang hak dari sumber yang hak. 
2. Ilmu yang batil dari sumber yang batil. 
3. Ilmu yang ragu kesahihannya.
4. Ilmu dari ilham dan laduni ; samada diperolehi secara laduni, taufik dan hidayah atau mimpi yang benar.
Soalan : Adakah ilmu yang hak dan yang batil itu ditempatkan pada satu tempat ?
Jawapan : Setiap ilmu disimpan mengikut penjenisan ilmu, ia tidak disimpan di satu tempat secara bercampur gaul.
Soalan : Adakah ilmu yang hak dan yang batil itu sentiasa aktif ?
Jawapan : Ilmu yang tersimpan pada lembaga akal Manik adalah mengikut kategori yang terdahulu dan terkemudian, ada kalanya ilmu yang terdahulu ada berkait dengan ilmu yang terkemudian. Apabila ini berlaku maka ilmu tersebut menjadi aktif berganda, jika tiada berkait maka ilmu yang terkini saja yang aktif, demikianlah keadaannya samada ilmu yang hak atau yang batil dan ini bergantung pada dorongan hawa nafsu samada hawa nafsu yang baik ataupun hawa nafsu yang tidak baik.
Soalan : Adakah ilmu yang hak dan batil itu akan melahirkan tindakan ?
Jawapan : Tidak semestinya ilmu yang hak dan yang batil itu akan melahirkan tindakan yang diikuti dengan perbuatan, kerana setiap ilmu ada dengan keperluan dan ilmu penangguhan serta ilmu yang tidak perlu dilaksanakan kerana tiada keutamaan. Ia bergantung kepada kebebasan atau halangan yang mungkin membawa risiko, dan ada ilmu yang telah terlalu lama tidak dilaksanakan kerana menghadapi sebab-sebab namun ia tetap mengikut jangka masa ia dilakukan atau tetap disimpan di dalam manik dan ia menjadi sentiasa diingati. Ilmu ini termasuk dalam kategori azam yang tergendala.
Soalan : Siapakah yang menggerakkan ilmu yang tersimpan di dalam manik ?
Jawapan : Segala ilmu yang tersimpan di dalam lembaga Akal yang bernama manik akan digerakkan oleh hawa nafsu. Sudah tentu hawa nafsu yang berperangai kurang baik akan menggoda ilmu yang tidak hak yang ada di dalam lembaga akal untuk dilaksanakan, dengan tujuan supaya manusia itu melakukan yang mungkar, sementara nafsu yang baik akan menggerakkan ilmu yang baik, akan tetapi jika sekiranya ilmu yang baik itu dapat dilaksanakan maka ketika mana ia dipraktikkan, maka nafsu yang kurang baik itu akan menghubungi syaitan supaya ianya diganggu-gugat. Ertinya musuh ilmu yang baik itu tersangat banyak kecuali manusia itu tahu cara yang sempurna dalam beribadat.
Soalan : Adakah Roh akan terlibat apabila berlaku tindakan dari keputusan akal untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan?
Jawapan : Apabila hawa nafsu berjaya menggoda lembaga akal maka lembaga akal yang bernama fikir akan membuat keputusan melakukan sesuatu perbuatan, maka sudah tentu Roh akan turut serta terlibat kerana setiap perbuatan itu memerlukan tenaga, sementara tenaga itu datang daripada wujudnya Roh di dalam badan manusia.
Soalan : Boleh atau tidak berlaku segala gerak yang dilakukan oleh manusia tanpa dorongan nafsu ?
Jawapan : Tidak boleh! Kerana segala punca pekerjaan adalah memerlukan dorongan dan kecenderungan, tanpanya ia tidak akan berlaku, sedangkan dorongan tersebut datang kerana adanya nafsu.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan akal yang kotor dan akal yang bersih ?
Jawapan : Akal yang bersih itu datang daripada ilmu yang benar dan sentiasa ia memikirkan kebesaran Tuhan dan kebenarannya. Ini dinamakan akal yang bersih sementara akal yang kotor datang daripada ilmu yang kotor dan sentiasa ia memikirkan perkara maksiat.
Soalan : Berapa banyakkah cerita yang direka oleh Akal ?
Jawapan : Akal mampu menghasilkan berbagai cerita yang bercampur baur di dalam akal malah ia mampu melahirkan 7 x 24,000 perkataan dalam masa satu hari atau lebih daripada itu.
Soalan : Adakah akal mampu mengubah sesuatu objek ?
Jawapan: Akal mampu mengubah sesuatu objek sekiranya manusia itu duduk pada kedudukan INSAN KAMIL dan tahu ilmu yang di sebut sebagai TAWAKKAL, ia melibatkan ilmu sifat QAHAR dan sifat KAMAL
Soalan : Adakah akal mampu melahirkan sesuatu tindakan dengan sendirinya ?
Jawapan : Akal tidak berkemampuan bertindak dengan sendirinya tanpa dorongan daripada nafsu.
Soalan : Apakah kerja akal semasa di dalam ibadat ?
Jawapan : Kerja akal di dalam ibadat ialah merangkumi hukum qalbi qauli dan fi'li. Ia menjalankan tugasnya mengingat maksud yang dibaca serta tujuannya, di samping itu ia perlu juga memikirkan kerja nyawa dan Roh yang menggerakkan tubuh dan bacaan di dalam masa beribadat.بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ Yang menguasai di Hari Pembalasan إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ Tunjukilah kami jalan yang lurus, صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni`mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. AKAL SANGAT MENAWAN HATI [Asas-Asas Ilmu Akal] Akal adalah sebahagian daripada komponen ROHANI dan juga sebahagian daripada komponen RUHUL YAQAZAH. Akal ditempatkan oleh Allah pada tempat yang paling selamat iaitu di dalam otak, dan otak diletakkan di dalam tempurung tengkorak. Tengkorak di salut oleh kulit kepala, dan kulit kepala dilindungi oleh rambut, tempatnya diletakkan pada tempat yang paling tinggi dan selamat iaitu pada tingkat atas pada tubuh manusia. Akal sangat menawan hati, di mana tugasnya adalah menjalankan amanah Tuhan yang berasaskan kalimah tauhid LA ILLAHA ILLALLAH dan MUHAMMADARRASULLULLAH, pada otak manusia terdapat beribu urat dan saraf. Jika salah satu daripada ribuan saraf ataupun urat itu putus maka fungsi gerakan Akal itu terencat dan keupayaan untuk berfikir menjadi lemah dan kaku. Akal mempunyai lembaganya tersendiri bagi menilai suasana berbagai-bagai peristiwa di muka bumi ini. Lembaga Akal itu di kenali sebagai Manik, Fikir, Sukma, Budi dan Rasa. Setiap lembaga Akal, masing-masing dengan peranannya, kerana itu manusia perlu faham bahawa setiap lembaga Akal itu adalah punca memahami segala ilmu yang datang bagi membina ketamadunan manusia dalam perkara keinsanan dan ketakwaan. [Lembaga Akal Dan Peranannya] 1. MANIK : Adalah nur lembaga akal yang tugasnya menangkap dan memahami sesuatu berita yang tersurat dan juga tersirat dengan cepat dan tepat. Ia bermula daripada panca indra yang dilihat dan didengar dan akan segera disampaikan dan disimpan pada manik saban waktu di sepanjang hayat manusia serta dapat diingat kembali apabila peti simpanan dibuka dan dikenang akan sesuatu peristiwa walaupun pada masa yang telah lama berlalu. 2. FIKIR : Fungsinya ialah untuk menilai sesuatu berita yang datang ataupun berita yang telah dirakam dan disimpan pada manik, fikir juga dapat menilai serta membuat keputusan sama ada berita itu benar atau sebaliknya mengikut panduan. 3. SUKMA : Fungsinya untuk melahirkan sesuatu perasaan belas kasihan serta menanggung suatu sikap berkesedaran dan kehibaan atas sesuatu tekanan yang dapat mengubah sesuatu alam. 4. BUDI : Fungsinya melahirkan sikap bertimbangrasa mengikut ilmu yang tersimpan pada lembaga Akal (manik dan sukma) yang melahirkan sikap bertanggungjawab atas perkara yang bukan lahir dari dipaksa-paksa dan ia terbit dari sikap dan akhlak. 5. RASA : Fungsinya adalah melahirkan sikap bertanggungjawab apabila diamanahkan sesuatu tanggungjawab ataupun perintah, dan ia membawa sikap yakin, sabar, tegas dan nekad. Ia tertakluk kepada peranan nafsu yang baik dan keimanan yang luhur. Pada keseluruhannya lembaga Akal ini berhubung rapat di antara pengaruh nafsu dan juga Roh, ini disebabkan ia berada di dalam kumpulan Ruhul Yaqazah. Ilmu yang diperolehinya adalah datang daripada alam yang nyata dan juga dari alam yang ghaib ataupun datang dari alam keliling atau melalui mimpi-mimpi mahupun perkhabaran. [Membicarakan Masalah Akal Manusia Dan Lembaganya] Akal adalah makhluk Tuhan yang tersangat tinggi nilainya. Ia mampu membawa manusia ke Syurga ataupun ke Neraka. Akal dan lembaganya adalah yang membezakan di antara kemanusiaan dan kehaiwanan. Akal jika diisikan di dalamnya dengan ilmu yang hak serta mengamalkannya maka manusia akan menjadi selamat, sebaliknya jika ia diisikan dengan ilmu yang batil atas godaan Syaitan walau tidak diamalkan sekalipun maka ia akan merosakkan manusia. Manusia hendaklah sedar bahawa lembaga akal yang ada pada setiap manusia itu di antara satu dengan yang lainnya adalah bekerjasama dengan rapat di antara satu dengan yang lainnya. Sebagai contoh jika manik menerima isyarat daripada panca indera sama ada secara melihat, merasa, penciuman (bau) , percakapan, sentuhan, atau mendengar maka ia secara langsung akan melahirkan ilmu sama ada ilmu yang batil ataupun hak, demikianlah luasnya sumber ilmu yang diperolehi oleh akal tersebut sehinggakan daripada desiran angin dari pokok dan sebagainya pun akan melahirkan ilmu. [Pemahaman Melalui Soal Jawab] Soalan : Adakah Akal itu makhluk ? Jawapan : Akal adalah makhluk yang tinggi nilai kejadiannya, ia di ibaratkan sebagai makhluk yang tersangat mustahak di dalam kehidupan manusia, dia juga dikatakan sebahagian makhluk yang awal Allah jadikan. Soalan : Bagaimanakah ia memperoleh ilmu ? Jawapan : Ia memperolehi ilmu melalui penglihatan, pendengaran, penciuman (bau), sentuhan dan sebagainya. Soalan : Berapa jenis ilmu yang tersimpan di dalam akal ? Jawapan : Ada empat jenis ilmu yang terdapat di dalam akal. 1. Ilmu yang hak dari sumber yang hak. 2. Ilmu yang batil dari sumber yang batil. 3. Ilmu yang ragu kesahihannya. 4. Ilmu dari ilham dan laduni ; samada diperolehi secara laduni, taufik dan hidayah atau mimpi yang benar. Soalan : Adakah ilmu yang hak dan yang batil itu ditempatkan pada satu tempat ? Jawapan : Setiap ilmu disimpan mengikut penjenisan ilmu, ia tidak disimpan di satu tempat secara bercampur gaul. Soalan : Adakah ilmu yang hak dan yang batil itu sentiasa aktif ? Jawapan : Ilmu yang tersimpan pada lembaga akal Manik adalah mengikut kategori yang terdahulu dan terkemudian, ada kalanya ilmu yang terdahulu ada berkait dengan ilmu yang terkemudian. Apabila ini berlaku maka ilmu tersebut menjadi aktif berganda, jika tiada berkait maka ilmu yang terkini saja yang aktif, demikianlah keadaannya samada ilmu yang hak atau yang batil dan ini bergantung pada dorongan hawa nafsu samada hawa nafsu yang baik ataupun hawa nafsu yang tidak baik. Soalan : Adakah ilmu yang hak dan batil itu akan melahirkan tindakan ? Jawapan : Tidak semestinya ilmu yang hak dan yang batil itu akan melahirkan tindakan yang diikuti dengan perbuatan, kerana setiap ilmu ada dengan keperluan dan ilmu penangguhan serta ilmu yang tidak perlu dilaksanakan kerana tiada keutamaan. Ia bergantung kepada kebebasan atau halangan yang mungkin membawa risiko, dan ada ilmu yang telah terlalu lama tidak dilaksanakan kerana menghadapi sebab-sebab namun ia tetap mengikut jangka masa ia dilakukan atau tetap disimpan di dalam manik dan ia menjadi sentiasa diingati. Ilmu ini termasuk dalam kategori azam yang tergendala. Soalan : Siapakah yang menggerakkan ilmu yang tersimpan di dalam manik ? Jawapan : Segala ilmu yang tersimpan di dalam lembaga Akal yang bernama manik akan digerakkan oleh hawa nafsu. Sudah tentu hawa nafsu yang berperangai kurang baik akan menggoda ilmu yang tidak hak yang ada di dalam lembaga akal untuk dilaksanakan, dengan tujuan supaya manusia itu melakukan yang mungkar, sementara nafsu yang baik akan menggerakkan ilmu yang baik, akan tetapi jika sekiranya ilmu yang baik itu dapat dilaksanakan maka ketika mana ia dipraktikkan, maka nafsu yang kurang baik itu akan menghubungi syaitan supaya ianya diganggu-gugat. Ertinya musuh ilmu yang baik itu tersangat banyak kecuali manusia itu tahu cara yang sempurna dalam beribadat. Soalan : Adakah Roh akan terlibat apabila berlaku tindakan dari keputusan akal untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan? Jawapan : Apabila hawa nafsu berjaya menggoda lembaga akal maka lembaga akal yang bernama fikir akan membuat keputusan melakukan sesuatu perbuatan, maka sudah tentu Roh akan turut serta terlibat kerana setiap perbuatan itu memerlukan tenaga, sementara tenaga itu datang daripada wujudnya Roh di dalam badan manusia. Soalan : Boleh atau tidak berlaku segala gerak yang dilakukan oleh manusia tanpa dorongan nafsu ? Jawapan : Tidak boleh! Kerana segala punca pekerjaan adalah memerlukan dorongan dan kecenderungan, tanpanya ia tidak akan berlaku, sedangkan dorongan tersebut datang kerana adanya nafsu. Soalan : Apakah yang dimaksudkan akal yang kotor dan akal yang bersih ? Jawapan : Akal yang bersih itu datang daripada ilmu yang benar dan sentiasa ia memikirkan kebesaran Tuhan dan kebenarannya. Ini dinamakan akal yang bersih sementara akal yang kotor datang daripada ilmu yang kotor dan sentiasa ia memikirkan perkara maksiat. Soalan : Berapa banyakkah cerita yang direka oleh Akal ? Jawapan : Akal mampu menghasilkan berbagai cerita yang bercampur baur di dalam akal malah ia mampu melahirkan 7 x 24,000 perkataan dalam masa satu hari atau lebih daripada itu. Soalan : Adakah akal mampu mengubah sesuatu objek ? Jawapan: Akal mampu mengubah sesuatu objek sekiranya manusia itu duduk pada kedudukan INSAN KAMIL dan tahu ilmu yang di sebut sebagai TAWAKKAL, ia melibatkan ilmu sifat QAHAR dan sifat KAMAL Soalan : Adakah akal mampu melahirkan sesuatu tindakan dengan sendirinya ? Jawapan : Akal tidak berkemampuan bertindak dengan sendirinya tanpa dorongan daripada nafsu. Soalan : Apakah kerja akal semasa di dalam ibadat ? Jawapan : Kerja akal di dalam ibadat ialah merangkumi hukum qalbi qauli dan fi'li. Ia menjalankan tugasnya mengingat maksud yang dibaca serta tujuannya, di samping itu ia perlu juga memikirkan kerja nyawa dan Roh yang menggerakkan tubuh dan bacaan di dalam masa beribadat.

Si hamba membebaskan dirinya daripada sebarang pergantungan kepada daya usaha dan ikhtiar memilih, kosong daripada kehendak dan tujuan yang bersangkutan dengan dunia dan juga akhirat. Hatinya menjadi kosong daripada hawa nafsu, keinginan, harapan, cita-cita dan angan-angan. Jadilah hatinya benar-benar kosong. Dia adalah umpama mayat di tangan pemandi mayat.
Si hamba telah membuktikan kehambaan dan pengabdiannya kepada Tuhan dengan rela menyerahkan apa sahaja kepada-Nya dan bersedia menjalankan perintah-Nya seperti malaikat yang bersifat teguh.

Apakah itu sudah memadai bagi menghilangkan kecemburuan Tuhan Yang Maha Cemburu?

Pengorbanan yang demikian boleh dilakukan oleh seorang manusia untuk kekasihnya yang juga seorang manusia. Bukan sedikit manusia yang sanggup membunuh diri demi kekasihnya. Bukan sedikit manusia yang sanggup membinasakan orang lain demi kekasihnya. Pengorbanan untuk Allah s.w.t mestilah lebih agung daripada segala bentuk pengorbanan yang boleh dilakukan oleh manusia untuk sesama manusia. Pengorbanan yang paling tinggi boleh dilakukan oleh seorang hamba untuk Tuhannya adalah menetapkan keesaan-Nya, tidak menyengutukan-Nya dengan sesuatu, baik daripada anasir bumi atau langit, anasir nyata atau ghaib atau apa sahaja termasuklah dirinya sendiri.

Allah Maha Esa, bagaimana yang lain boleh berhadapan dengan-Nya?

Selagi ada istilah hamba selagi itu ada hamba yang berhadapan dengan-Nya. Selagi ada kesanggupan melakukan sesuatu selagi itu ada diri yang berkesanggupan berhadapan dengan-Nya. Selagi mengharapkan pangkat kewalian selagi itulah ada diri yang berharap menjadi wali berhadapan dengan-Nya. Selagi bercita-cita untuk dunia dan akhirat selagi itulah ada diri yang bercita-cita berhadapan dengan-Nya. Selagi ada itu dan ini selagi itulah ada diri yang itu dan ini berhadapan dengan-Nya. Tidak ada yang layak berhadapan dengan-Nya kerana Dia Maha Esa.

Siapakah yang boleh duduk dalam majlis keesaan-Nya melainkan Diri-Nya sendiri?

Apa juga yang tersisa pada si hamba dilenyapkan. Jadilah si hamba itu seumpama tong kosong yang berlubang. Setiap kali hujan turun ia menyucikan sisa-sisa kekotoran yang melekat pada dindingnya. Apabila dinding itu sudah tidak ada sebarang kekotoran, maka air yang bersih dan jernih keluar daripadanya tanpa sedikit pun berubah rupa dan warnanya sebagaimana air yang masuk ke dalamnya. Apa yang turun dari langit itulah juga keluar daripada tong kosong yang berlubang dan suci bersih. Tidak ada pertukaran dan perubahan.

No comments:

Post a Comment